Portal rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri Contact LHDN Customer Service number
Fungsi (LHDN) merupakan satu badan berkanun yang ditubuhkan di bawah Kementerian Kewangan bertujuan untuk memungut hasil negara. Ianya diperbadankan pada 1 Mac 1996 yang dikenali sebagai HASiL.
LHDN merupakan antara salah satu ajen kerajaan yang bertanggungjawab dalam menguruskan perkhidmatan seperti pentadbiran, penilai, pungutan dan pengutipan bayaran cukai.
Antara cukai yang terlibat ialah cukai hartanah, cukai pintu, cukai setem, cukai pindah milik tanah, cukai pendapatan, cukai petroleum dan banyak lagi.
Kini, LHDN malaysia mempunyai 12 buah pejabat pengarah negeri dengan 38 buah cawangan yang terdapat di serata negeri-negeri di Malaysia. Ianya merangkumi dan dibantu oleh 19 jabatan yang professional dalam menguruskan urusan pentadbiran melibatkan percukaian.
Cara Contact LHDN Customer Service
Waktu operasi Lembaga Hasil Dalam Negeri adalah pada hari Isnin sehingga hari Jumaat, bermula pada jam 9 pagi sehingga 5 petang.
BACA SINI >> Pcb login: Epcb calculator online & jadual tax 2023
Pengguna boleh menghubungi pusat panggilan nombor telefon LHDN hotline melalui talian HASIL Care Line pada nombor 03-8911 1000.
Pengguna perlu menyatakan nama penuh, nombor rujukan cukai dan nombor telefon lhdn ketika membuat panggilan lhdn customer service tersebut.
Pihak pegawai LHDN akan membantu anda dalam menyelesaikan isu yang dihadapi oleh anda setiap kali anda contact mereka melalui nombor lhdn customer service seperti yang dinyatakan di atas.

Fungsi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Terdapat 19 jabatan di bawah satu bumbung badan berkanun lhdn yang membawa bidang tugas yang tersendiri.
1. Mengurus Semakan Keputusan Permohonan Bantuan Keluarga Malaysia
Setiap bantuan yang diumumkan oleh kerajaan dalam bajet tahunan negara adalah merupakan inisiatif dibawah penyeliaan Kementerian Kewangan.
Menjadi peranan pihak LHDN untuk membuat bayaran bantuan yang diberikan oleh kerajaan kepada rakyat.
Bantuan Kerajaan Keluarga Malaysia ini adalah bertujuan untuk meringankan bebanan yang dihadapi oleh rakyat kerana peningkatan taraf hidup pada masa kini.
Pihak LHDN akan memastikan setiap individua tau keluarga yang layak akan memanfaatkan bantuan ini.
Setiap individu yang layak perlu membuat permohonan kepada bantuan melalui laman sesawang https://bkm.hasil.gov.my.
Setelah permohonan dihantar dan ditapis oleh pihak LHDN, pemohon boleh membuat semakan permohonan di laman sesawang yang sama dengan memasukkan nombor kad pengenalan pemohon.
Bagi individu yang berjaya, bantuan akan dikreditkan ke akaun bank pemohon mengikut tarikh-tarikh atau tempoh yang telah ditetapkan oleh kerajaan.
Manakala, bagi yang gagal, rayuan boleh dibuat untuk pertimbangan pihak LHDN.
2. Kutipan Cukai PCB LHDN oleh Majikan
Potongan Cukai Bulanan (PCB) ialah potongan hasil pendapatan pekerja pada tahun semasa secara bulanan.
Tujuan penolakan ini adalah untuk memastikan pekerja membayar cukai setahun secara sekali gus.
Pihak majikan bertanggunjawab dalam memotong hasil pendapatan pekerja untuk tujuan pembayaran cukai PCB.
Jabatan Pungutan Hasil LHDN akan memastikan setiap majikan membuat potongan cukai terhadap pekerjanya yang memenuhi syarat gaji minimum yang telah ditetapkan oleh LHDN iaitu;
- Pendapatan individu bujang adalah RM2851 sebulan selepas penolakan KWSP.
- Pendapatan bagi individu yang sudah berkahwin dan mempunyai pasangan yang tidak bekerja berpendapatan RM3851 sebulan selepas penolakan KWSP.
Majikan boleh membuat pembayaran PCB ini secara atas talian melalui e-PCB atau e-Data PCB dengan menyerahkan borang CP39 kepada pihak LHDN.
3. Kutipan Cukai CKHT Lembaga Hasil Dalam Negeri
Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) diperkenalkan dibawah Akta Keuntungan Cukai Harta Tanah 1976 bertujuan menyekat sebarang isu spekulasi terhadap harta tanah.

Antara contoh harta tanah yang dikenakan cukai ialah rumah, bangunan, tanah, gudang dan banyak lagi.
Cukai akan dikenakan apabila berlaku pelupusan terhadap harta tanah tersebut pada tahun taksiran.
Pembayaran cukai ini menjadi tanggunjawab pemeroleh hartanah dan juga pelupus hartanah. CKHT ini akan dikenakan kepada individu yang melupuskan harta tanah dalam tempoh 5 tahun pertama dari tarikh pemerolehan.
Pihak LHDN telah menetapkan kadar bagi CKHT bagi tahun 2022 adalah seperti berikut;
4. Kutipan Duti Setem Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
BACA SINI >> Senarai Lhdn stamping Duty Exemption 2022
Akta Setem 1949 memperuntukkan taksiran dan pungutan duti setem ke atas surat cara dan aktiviti yang tidak melibatkan transaksi seperti perjanjian.
Surat cara ialah dokumen yang yang berada dibawah kategori undang-undang, komersial dan urusan kewangan.
Sebagai contoh, perjanjian sewa, perjanjian hutang/ loan pendidikan, perjanjian pertukaran hak milik hartanah dan banyak lagi.
Duti Setem ini terbahagi kepada dua (2) jenis iaitu Duti Ad Valorem dan Duti Tetap. Duti Ad Valorem ini dikenakan ke atas surat cara mengikut harga semasa, manakala duti tetap pula dikenakan nilai cukai secara tetap.
Surat cara yang jatuh dibawah dua jenis duti ini wajib disetem di LHDN. Ini adalah bertujuan untuk memastikan surat cara yang dipersetujui sah disisi undang-undang jika berlaku sebarang permasalahan atau isu dikemudian hari.
Penyeteman boleh dilakukan di kaunter mana-mana cawangan LHDN yang berdekatan atau boleh dilakukan secara atas talian di laman sesawang https://stamps.hasil.gov.my seperti pada Rajah di bawah

5. Kutipan Cukai Individu Lembaga Hasil Dalam Negeri
- BACA SINI >> Semakan pengesahan e filing
Cukai individu atau lebih dikenali dengan cukai pendapatan merupakan hasil cukai daripada hasil pendapatan yang diperolehi dan dijana oleh individu selama setahun.
Cukai individu ini tertakluk dibawah Akta Cukai Pendapatan 1967 yang berkuatkuasa ke atas individu yang layak untuk dikenakan cukai.
Tujuan kutipan cukai individu ini adalah merupakan hasil daripada pendapatan negara bertujuan untuk mentadbir dan membangunkan negara dari segi sosial, ekonomi dan infrastruktur.
Kutipan cukai individu ini dikenakan oleh LHDN berbeza-beza mengikut pengiraan pendapatan setahun yang diperolehi oleh individu.
Pembayaran cukai individu ini boleh dibuat dengan menghantar borang BE.
6. Kutipan Cukai Perniagaan
Trend perniagaan di Malaysia semakin meningkat sehingga ke peringkat global. Hasil daripada kutipan cukai perniagaan meningkat dari tahun ke tahun bagai cendawan tumbuh kerana wujudnya perniagaan atas talian.
Kerajaan menyasarkan kutipan cukai dari hasil perniagaan masyarakat yang layak dikenakan cukai ialah selebih kurang RM1.3 bilion setahun.
Syarikat atau individu yang menjalankan urusan perniagaan wajib membayar cukai hasil daripada keuntungan yang diperolehi selama setahun jika memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh LHDN.
Oleh itu, setiap syarikat atau individu yang menjalankan perniagaan diwajibkan untuk menghantar anggaran cukai secara e-filing (e-CP204) di laman sesawang LHDN secara atas talian di https://ez.hasil.gov.my
Ianya menjadi tanggungjawab pengarah syarikat, setiausaha syarikat, pengurus dan individu yang berkaitan untuk memastikan perniagaan yang dijalankan memenuhi bayaran cukai yang dikeluarkan oleh LHDN.
7. Sistem Sekatan Perjalanan Lembaga Hasil Dalam Negeri
Bagi individu yang gagal untuk membuat bayaran cukai pendapatan, cukai keuntungan hartanah dan cukai korporat, mereka akan dinafikan atau disekat perjalanan ke luar negara.
Tujuan sekatan perjalanan ini dikuatkuasakan adalah untuk memastikan setiap individu tidak culas terhadap hutang mereka kepada negara.
Permohonan pelepasan sekatan perjalanan ke luar negara boleh dibuat ke mana-mana cawangan LHDN secara tunai dan resit akan dikeluarkan bagi membenarkan individu ke luar negara.
Walaubagaimanapun, LHDN juga menawarkan pelepasan sekatan perjalanan sementara bagi individu yang memenuhi syarat-syarat seperti pembayar cukai membuat bayaran cukai sebanyak 50 peratus daripada jumlah cukai, pemohon mengemukakan surat permohonan perlepasan atas sebab dan tujuan yang munasabah mengikut pertimbangan pegawai bertugas dan pembayar cukai membayar cukai mengikut jadual pembayaran yang betul.
Surat kebenaran ini akan dikeluarkan oleh pegawai LHDN mengikut tempoh-tempoh yang telah ditetapkan.
Oleh itu, setiap individu wajib memastikan diri mereka bebas daripada sekatan perjalanan oleh LHDN dengan membuat semakan di laman sesawang https://sspi.imi.gov.my/SSPI/
Borang LHDN
PERKARA | LINK PAUTAN |
---|---|
borang cp22 (Borang Pemberitahuan Pekerja Baru dengan LHDN | KLIK SINI |
Soalan Lazim & FAQ
1. Apa peranan dan fungsi LHDN
Peranan LHDN di Malaysia ialah agensi ini berperanan yang penting dalam memperbaiki dan memastikan kualiti serta keberkesanan sistem percukaian di Malaysia supaya ianya telus dan berintegriti.
2. Apa kuasa yang ada pada LHDN
LHDN berkuasa dalam bidang kewangan dan pentadbiran cukai negara yang tertakluk dibawah Akta Lembaga Hasil Dalam Negeri 1995. LHDN juga bertanggungjawab terhadap pengurusan hasil negara yang didasarkan dengan akta-akta seperti Akta Cukai Pendapatan 1967, Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976, Akta Setem 1949, Akta Petroleum 1967, Akta Penggalakan Pelaburan 1986 dan Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Luar Pesisir Labuan 1990.
3. Lhdn di bawah kementerian apa
Kementerian Kewangan malaysia (MOF)
4. Apa no telefon lhdn
LHDN contact number ada dikongsikan seperti di atas ini