Legoland Malaysia Ticket Price 2023: Harga Tiket Murah

Harga tiket murah annual pass Legoland Malaysia Ticket Price 2023 water theme park di johor bahru JB

ticket legoland malaysia price 2023

Malaysia Legoland merupakan sebuah taman tema yang bertemakan permainan lego yang dibuka di Nusajaya, Johor. Taman tema yang bertemakan permainan lego ini merupakan taman tema (theme park & water park) yang pertama ditubuhkan di Asia.

Ia menjadi tarikan utama para pelancong tempatan dan pelancong asing. Legoland Malaysia juga merupakan antara taman tema yang terhebat di rantau Asia. Penginapan legoland hotel malaysia juga disediakan untuk kemudahan pengunjung legoland jb.

Taman tema ini menawarkan lebih 40 tarikan permainan yang sesuai untuk semua lapisan masyarakat. Antara lapan (8) tarikan utama theme park Legoland ini adalah The Beginning, Lego City, Miniland, Lego Ninjago World, Imagination, Lego Kingdoms, Lego Technic dan Land of Adventure. Kesemua tarikan ini menjanjikan pengalaman yang menyeronokkan kepada pengunjung.

Kini, Legoland Malaysia menjadi taman tema impian kanak-kanak kerana terdapat lego yang berwarna warni dan pelbagai bentuk. Legoland menyasarkan jualan ticket legoland dengan menerima kehadiran jutaan pengunjung tempatan dan warga asing menjelang pembukaannya sehingga ke hari ini.

Annual Pass Legoland Malaysia Ticket Price 2023

Pembelian tiket masuk ke theme park Legoland boleh dibeli secara atas talian atau menerusi kaunter ticket Legoland johor bahru.

Pembelian tiket legoland secara atas talian boleh dibuat termasuk annual pass legoland malaysia di laman sesawang https://www.legoland.com.my seperti pada Rajah di bawah ini

harga tiket legoland 2023

Berikut merupakan senarai harga tiket bagi theme park dan water park Legoland Malaysia;

JENIS TIKETKATEGORIHARGA (RM)
1-Day Theme Park LegolandDewasa (12 tahun ke atas)
Kanak-kanak (12 tahun ke bawah)
Warga Emas 
RM199

RM169

RM169
1-Day Double Park (Theme Park & Aquarium)Dewasa (12 tahun ke atas)
Kanak-kanak (12 tahun ke bawah)
Warga Emas 
RM279

RM219

RM219
1-Day Triple Park (harga Annual pass Legoland Theme Park, Water Park Legoland & Aquarium)Dewasa (12 tahun ke atas)
Kanak-kanak (12 tahun ke bawah)
Warga Emas 
RM339

RM279

RM279
1-Day Legoland Water ParkDewasa (12 tahun ke atas)
Kanak-kanak (12 tahun ke bawah) Warga Emas
RM149

RM129

RM129
1-Day Sea LifeDewasa (12 tahun ke atas)
Kanak-kanak (12 tahun ke bawah)
Warga Emas
RM89

RM69

RM69

Harga Tiket Legoland Malaysia Murah 2023 di Klook

KLOOK merupakan aplikasi pihak ketiga yang menjual legoland ticket price taman tema dengan kadar harga yang lebih murah berbanding menerusi portal rasmi mana-mana taman tema.

Pembelian menerusi KLOOK adalah sangat mudah dan cepat. Berikut merupakan cara-cara untuk mendapatkan tiket Legoland di KLOOK;

water park legoland johor bahru jb
  • Muat turun aplikasi KLOOK di telefon bimbit pengguna atau layari laman sesawang https://www.klook.com  seperti pada Rajah di atas ini
  • Klik pada bahagian “Search Destination” dan taip “Legoland Malaysia Ticket” di ruangan yang disediakan.
  • Klik pada butang “Search”.
  • Paparan pilihan tiket Legoland 2023 akan dipaparkan.
  • Klik pada butang “Select Option” seperti pada Rajah di bawah ini
legoland theme park ticket price
  • Senarai pakej tiket legoland murah 2023 akan dipaparkan.
  • Pengguna hendaklah memilih mana-mana pakej yang diinginkan dan klik pada butang “Select Option”.
  • Kemudian, pilih tarikh dan bilangan orang yang memasuki taman tema ini.
  • Klik pada butang “Book Now”.
  • Masukkan butiran maklumat yang dikehendaki dengan lengkap dan klik pada butang “Continue to Payment”.
  • Akhir sekali, bayaran mestilah dibuat dengan memilih mana-mana kaedah pembayaran dan tiket tersebut akan diemelkan menunjukkan tiket legoland murah 2023 berjaya dibeli.

Promotion Ticket Legoland Johor Bahru JB

Legoland menyasarkan 1.5 juta pengunjung setiap tahun menjelang pembukaannya pada tahun 2012.

Promosi-promosi yang menarik disediakan kepada pengunjung ke Legoland terutamanya pada hari cuti hujung minggu dan cuti umum.

Antara promosi promosi legoland malaysia ticket yang ditawarkan adalah;

  1. Potongan sehingga 25 peratus kepada ahli yang mendaftar di dalam kelab Legoland.
  2. Tiket percuma kepada hari jadi pengunjung.
  3. Potongan 20 peratus kepada pengunjung yang menempah hotel dan taman tema Legoland.

Segala promosi yang menarik berkenaan taman tema Legoland ini boleh didapati menerusi laman sesawang https://www.legoland.com.my seperti pada Rajah di bawah ini.

tiket annual pass legoland murah malaysia

Pengalaman Main Legoland Water Theme Park, Best Tak

Tarikan utama Legoland merupakan taman tema yang berasaskan permainan lego yang terdiri daripada 15,000 tarikan lego yang berwarna warni dan pelbagai bentuk yang dibuat dengan lebih 60 juta bata lego.

Pengunjung akan merasai pengalaman berada di dalam

dunia yang dipenuhi dengan permainan lego. Ini pastinya memberi keseronokan kepada pengunjung.

legoland theme park map

Pengunjung akan melalui bahagian taman tema utama yang dikenali sebagai “The Beginning”.

Ia merupakan bahagian laluan masuk pengunjung. Pengembaraan pengunjung ke dunia lego akan bermula dengan adanya kedai-kedai cenderamata lego, kafe-kafe makanan halal dan banyak lagi. 

Seterusnya, terdapat juga bahagian Lego City. Bahagian ini merupakan bahagian yang wajib dilawati oleh setiap pengunjung.

Tarikan permainan lego-lego gergasi berada di bahagian ini. Aktiviti seperti bermain kereta lego, memandu kapal terbang lego, menonton persembahan permainan lego dan banyak lagi aktiviti berasakan lego. Pastinya, bahagian ini dapat menarik minat pengunjung.

Selain itu, di Legoland juga terdapat kawasan yang dikenali dengan “Miniland”. Miniland ini merupakan taman tema yang menpamerkan miniature mercu tanda terkenal dunia seperti KLCC, Taj Mahal, Pyramid Mesir, Burj Khalifa dan banyak lagi.

Pengunjung bukan sahaja akan terdedah dengan mercu tanda Malaysia, akan tetapi mereka juga boleh belajar untuk mengenal mercu tanda dunia yang lain.

water park legoland

Di Legoland juga terdapat Land of Adventure dan Lego Kingdoms. Taman permainan yang berkonsepkan karakter lego.

Ditambah pula dengan Legoland Waterpark yang merupakan taman tema air yang mempunyai 15 tarikan yang penuh dengan keterujaan.

Antara tarikan di taman tema air Legoland adalah Brick Blaster, Build-A-Boat, Build-A-Raft, DUPLO Splash Safari, Imagination Station, Joker Soaker, LEGO Slide Racers, LEGO Wave Pool, Red Rush, Splash ‘N’ Swirl, Tidal Tube, Twin Chasers, Wave Rider, Surf Shop dan Brick Café.

Kesemua aktiviti yang disediakan di Legoland sangat berpatutan dengan kadar harga yang perlu dibayar oleh pengunjung. Wajarlah, taman tema Legoland  ini menjadi pengiktirafan dunia dan cukup terkenal di rantau Asia.

3 Hotel Best Dekat Legoland Malaysia

Legoland Hotel, Hilton Hotel dan St Giles Hotel merupakan antara hotel 5 bintang yang terletak paling dekat dengan taman tema Legoland.

Berikut merupakan info ringkas berkenaan 3 hotel ini yang wajib menjadi pilihan pengunjung sebagai penginapan jika ingin ke Legoland;

1. Legoland Hotel Malaysia

legoland hotel malaysia

Legoland Hotel merupakan sebuah hotel yang terletak berdekatan dengan taman tema Legoland.

  • Bilik hotelnya yang berasakan lego menjadikan hotel ini unik dan mewah. Pengnap boleh memilih tema bilik hotel mereka sama ada Pirate, Kingdom, Adventure dan Ninjago.
  • Bilik hotel yang ditawarkan juga sangat selesa dan luas sesuai untuk penginapan keluarga.
  • Terdapat permainan tersembunyi yang disediakan di setiap bilik dan juga terdapat hadiah di setiap permainan tersebut.
  • Ia terletak 5 minit perjalanan kaki daripada taman tema Legoland. Info lanjut berkenaan hotel ini boleh dilayari di laman sesawang https://www.legoland.com.my

2. Hilton Hotel Johor Bahru

hilton hotel johor

Hilton Hotel Johor merupakan hotel 5 bintang yang terletak di tengah-tengah pusat bandar.

  • Pelbagai suite atau bilik hotel yang mewah ditawarkan yang bermula dengan kadar harga RM500 semalaman. 
  • Menariknya hotel ini adalah terdapatnya fasiliti yang mewah dan juga hidangan makanan yang bertaraf antarabangsa. Ianya dibina kepada pengunjung yang mencari keselesaan dan kemudahan untuk berjalan sekitar hotel.
  • Hotel ini juga terletak 19 minit daripada Legoland.
  • Info lanjut berkaitan dengan hotel ini boleh didapati dengan melayari laman sesawang https://www.hilton.com.

3. St Giles Southkey Johor Bahru

hotel st giles johor bahru dekat midvalley

St Giles Southkey Johor Bahru merupakan hotel 5 bintang. Hotel ini mempunyai akses terus ke pusat beli belah Mid Valley Southkey. 

  • Terdapat 3 jenis bilik mewah yang disediakan seperti Urban room, Family room dan Premium room.
  • Banyak lagi fasiliti yang canggih dan mewah disediakan sesuai dengan harga penginapan semalaman yang bermula dengan kadar harga RM300.
  • Ianya terletak 27 minit perjalanan ke Legoland johor bahru.
  • Info lanjut berkaitan dengan hotel ini boleh dilayari di laman sesawang https://www.stgileshotels.com

Waktu Operasi Legoland Opening Hours

Legoland boleh dikunjungi pada setiap Khamis sehingga Selasa.

Legoland ini ditutup pada setiap hari Rabu atas tujuan penyelenggaraan keselamatan bagi taman tema tersebut.

Waktu operasi Legoland adalah pada jam 10 pagi sehingga 6 petang. 

Soalan Lazim & FAQ

1. Bila ia mula beroperasi di Malaysia

Taman tema ini mula beroperasi pada 15 September 2012.

2. Berapa keluasan malaysia legoland theme park ini di Malaysia

Dengan keluasan berukuran 76 ekar, Legoland Malaysia berjaya mewujudkan taman tema beserta hotel 5 bintang yang bertemakan permainan lego.

Semua artikel di bawah ini sedang 'TRENDING', follower MYPT3 sedang rancak baca untuk dapatkan info berkaitan.


Untuk pastikan anda tidak terlepas walau satu Bantuan 2024 terkini dari kerajaan Malaysia dengan MUDAH & SENANG, join Telegram Bantuan Kerajaan Malaysia seperti yang tertera di bawah

Berita baik, ada tawaran hadiah GOLD BAR / TABLET PERCUMA untuk follower Telegram

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan Malaysiahttps://t.me/bantuankerajaanmalaysia