Kwsp Majikan: Cara Daftar Epf Buka Akaun

Cara daftar kwsp majikan: Cara Buka No / register Nombor Akaun epf secara online

epf kwsp majikan

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja merupakan satu badan yang bertanggungjawab untuk menerima dan mengutip caruman daripada pekerja dan epf majikan hasil daripada pendapatan mereka.

Institusi kerajaan ini ditubuhkan di bawah Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 (Akta 452). Tujuan daftar kWSP ini diwujudkan adalah bertujuan untuk menggalakkan para majikann patuh pada undang-undang dengan membuat caruman kepada para pekerja untuk simpanan masa depan. 

Menurut Seksyen 41(1) Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991, majikan bertanggungjawab untuk daftar, buka akaun dan mencarum dengan KWSP sebaik sahaja majikan tersebut mengambil pekerja untuk bekerja untuknya dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh menggaji pekerja.

KWSP Majikann merupakan caruman majikann sebagai pekerja di sesebuah institusi, perbadanan atau tempat kerja. Majikan diwajibkan untuk mencarum sebagai majikan apabila seseorang majikan itu mempunyai pekerja yang bekerja dibawahnya dan telah membuat kontrak perkhidmatan dengannya.

Cara Daftar Kwsp Majikan

Akaun KWSP boleh didaftarkan melalui dua (2) cara iaitu pertama dengan mendaftar di mana-mana kaunter KWSP dan keduanya, daftar dan buka akaun sendiri secara atas talian hanya bagi syarikat yang berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Bagi majikan sektor awam seperti majikan badan-badan berkanun, badan kerajaan dan jabatan pentadbiran di bawah kerajaan Malaysia dan majikan di bawah kategori yang tidak berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia seperti koperasi, perbadanan dan persatuan, mereka diwajibkan untuk ke kaunter kwsp bagi memudahkan urusan pendaftaran.

Bagi kedua-dua kategori majikan ini, mereka tidak boleh daftar epf majikan secara online.

dokumen kwsp gov my

Dokumen yang diperlukan bagi urusan pendaftaran adalah Borang KWSP 1 (seperti yang boleh dilihat pada Rajah di atas).

Borang KWSP 1 perlu diisi dan diserahkan kepada pegawai KWSP yang bertugas bersama-sama dokumen sokongan. Dokumen sokongan ini tertakluk kepada kategori epf majikan seperti pada Rajah di bawah;

dokumen kwsp gov my

Setelah pihak KWSPP memasukkan data majikan ke dalam sistem, majikan akan dibekalkan dengan nombor rujukan majikan, notis pendaftaran epf majikan dan Sijil Pendaftaran Majikan seperti pada Rajah dibawah.

sijil kwsp

Ini menunjukkan majikann tersebut telah berdaftar bersama KWSP secara sah.

Tuntasnya, majikan bolehlah mula membuat caruman sebagai majikan.

Cara Register Epf Majikan Online

Cara daftar dan register akaun kwsp secara online melibatkan majikan juga boleh dilakukan secara atas talian seperti pada gambar dibawah dengan merujuk laman sesawang, https://secure.kwsp.gov.my

register epf
  • Walaubagaimanapun, pendaftaran majikan secara online hanya tertakluk kepada syarikat yang berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sahaja.
  • Bagi syarikat atau perbadanan yang tidak berdaftar dengan SSM, pihak majikann perlu hadir ke kaunter KWSP;
  • Majikan perlu mengisi setiap butiran-butiran yang diperlukan dan menekan pada butang “Semak” untuk tujuan register dan daftar kwsp majikan secara online.
  • Setiap butiran hendaklah diisi dengan betul dan tepat bagi mengelakkan daripada segala masalah.
  • Semakan akan dibuat oleh pihak KWSP bagi melayakkan majikann tersebut untuk membuat caruman kepada dirinya sendiri dan pekerjanya.

Cara Buat Caruman

  • Pada setiap bulan, pihak majikan wajib mencarum bagi pihak dirinya sendiri dan pekerjanya.
  • Nilai caruman itu dikenakan bagi pihak KWSP adalah 13% bagi majikan dan 11 peratus bagi pekerja.
  • Caruman ini perlu dibuat sebelum atau pada 15 haribulan pada setiap bulan bagi mengelakkan penalty dari pihak KWSP. 
caruman epf

Caruman epf majikan boleh dibuat secara atas talian iaitu melalui “i-Akaun”.

Majikann yang berdaftar dengan KWSP wajib mempunyai akaun ini bagi memudahkan urusan caruman.

  • Untuk mendaftar i-Akaun Majikann ini, majikan perlu mengisi borang KWSP 1 bagi majikan baru dan KWSP 1(i) bagi majikan yang telah berdaftar dengan KWSP.
  • Kedua-dua borang ini boleh didapati di mana-mana kaunter KWSP atau di portal rasmi KWSP.
  • Kemudian, majikann akan hendaklah menyerahkan dokumen kepada petugas KWSP untuk tujuan pendaftaran “i-Akaun”.
  • Petugas KWSP akan membuat pengesahan terhadap borang tersebut dan dokumen cop rasmi syarikat.
  • Seterusnya, petugas KWSP akan membantu untuk mendaftar i-Akaun.
  • Majikan akan menerima kod pengaktifan melalui SMS di telefon bimbit yang didaftarkan.
  • Akhir sekali majikan bolehlah mengaktifkan i-Akaun Majikan menggunakan kod pengaktifan dalam masa 30 hari. 

Majikan bolehlah mula untuk membuat caruman secara atas talian melalui i-Akaun.

Di dalam i-Akaun tersebut, majikan perlu memilih “Caruman” untuk membuat caruman seperti pada Rajah di atas.

Majikann hendaklah memilih bulan caruman yang ingin dibuat bagi mengelakkan sebarang tunggakan dan penalty yang dikenakan oleh pihak KWSP.

Setelah menekan butang “Seterusnya”, majikan perlu mengisi butiran pekerja dan membuat pembayaran bagi caruman pada bulan tersebut dan bulan seterusnya.

Segala data caruman juga boleh diakses di dalam sistem i-Akaun ini sebagai rujukan majikan

Semakan No Majikan Kwsp

Majikan juga perlu tahu no majikan sebagai pendaftar KWSP.

Ini penting bagi setiap majikan untuk membuat caruman, pengeluaran dan banyak lagi urusan yang melibatkan KWSP.

Semakan nombor majikan kwsp ini boleh dibuat secara atas talian untuk memudahkan urusan semua majikan.

Berikut merupakan cara cara untuk membuat semakan nombor majikan kwsp;

semakan nombor no majikan kwsp
  1. Majikann yang berdaftar di bawah badan KWSP mestilah mempunyai akaun i-majikan terlebih dahulu.
  2. Layari laman sesawang https://www.kwsp.gov.my seperti pada Rajah di atas ini.
  3. Klik pada butang “Log Masuk”.
  4. Masukkan ID Pengguna dan kata laluan yang sah.
  5. Akhir sekali, paparan nombor majikan dipaparkan di bahagian menu utama.

Kelebihan Guna Sistem Kwsp Majikan Online

Terdapat dua (2) sistem online KWSP untuk kumpulan Majikann yang boleh digunakan iaitu i-Akaun dan e-Caruman.

Kedua-dua sistem ini diwujudkan bagi memudahkan majikan untuk membuat caruman dimana sahaja pada bila-bila masa.

Maka, tidak ada alasan bagi seseorang majikan itu untuk terlewat membuat caruman daripada Tarikh yang ditetapkan. 

Sistem i-Akaun (seperti pada Rajah di bawah ini) dan e-caruman mempunyai banyak kelebihan dan memberi banyak manfaat kepada majikan.

Antara kelebihannya ialah :

  • Pihak majikan boleh melakukan semakan kwsp majikan dengan mudah.
  • Sebagai contoh, semakan status caruman semasa, semakan caj lewat bayar atau dividen dan semakan maklumat ahli yang tidak lengkap.
  • Ini akan memudakan majikann serta menjimatkan kos dan masa untuk pihak majikan ke kaunter KWSP.
kwsp epf

Cara Tutup Akaun Kwsp

Bagi majikann yang ingin menutup akaun KWSP majikan atas alasan tidak lagi mempunyai pekerja dan tidak berniat untuk mengambil pekerja, pihak majikann bolehlah menutup akaun mereka. 

Pihak majikann perlulah memaklumkan kepada epf dan mengisi borang KWSP 6 (Borang B) dihantar seperti pada Rajah 5.0 dalam tempoh 30 hari.

Pihak KWSP akan menghantar emel pengesahan kepada majikann bagi tujuan menutup akaun.

cara daftar buka akaun kwsp

Soalan Lazim & FAQ

1. Apa Itu Kwsp Majikan

Ia adalah bertujuan untuk memastikan majikan menjalankan tanggungjawab sebagai majikan dengan membuat caruman untuk pekerjanya.

2. Bila Majikan perlu buat caruman

Caruman ini perlu dibuat pada setiap bulan sebelum atau pada 15 hari bulan.

Selain itu, segala transaksi di dalam sistem atas talian KWSP ini juga selamat dan cepat.

Segala data yang dimasukkan ke dalam sistem kwsp majikan ini akan disimpan dengan baik oleh pihak KWSP.

Transaksi pembayaran melibatkan bank juga tidak rumit untuk dilakukan di dalam sistem ini.

Maklumat dan data pekerja boleh dipinda dengan mudah dengan cara yang betul.

Secara konklusinya, sistem yang diwujudkan oleh pihak KWSP ini sangat efisen dan mesra pengguna.  

xm malaysia

Untuk pastikan anda tidak terlepas walau satu Bantuan 2024 terkini dari kerajaan Malaysia dengan MUDAH & SENANG, join Telegram Bantuan Kerajaan Malaysia seperti yang tertera di bawah

Berita baik, ada tawaran hadiah GOLD BAR / TABLET PERCUMA untuk follower Telegram

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan MalaysiaTelegram Bantuan Kerajaan Malaysia