Ktm Student Card : Nikmati Tawaran Diskaun 50 Peratus
Ada yang kata negara kita mengalami masalah sistem pengangkutan di Malaysia. Hakikat sebenarnya banyak pilihan pengangkutan awam di bandar besar Kaula Lumpur.
Kepada yang menggunakan perkhidmatan ktm ini berita baik buat anda. Keretapi Tanah melayu Berhad berbesar hati untuk membantu kalangan pengguna setia mereka terutamanya dikalangan student supaya mendapatkan kad terbaru mereka.
Dengan kad terbaru mereka, anda sebagai pelajar boleh dapat diskaun dan potongan murah sehingga 50 peratus setiap kali anda menggunakan perkhidmatan KTM Malaysia.
Dengan diskaun yang ditawarkan ini, banyak penjimatan yang boleh dinikmati oleh kalangan pelajar universiti, pelajar kolej, pelajar sekolah.
Pendaftaran Ktm Student Card
Bagi memudahkan proses permohonan, KTMB telah menyediakan sistem daftar kad secara online.
Daripada proses permohonan sehinggalah pembayaran, semuanya boleh dilakukan secara online
PERKARA | PAUTANNYA |
---|---|
Permohonan Online | https://www.ktmb.com.my/KTMCard.html |
Dengan adanya kad ini anda boleh gunakan untuk mendapatkan diskaun 50 peratus bagi penggunaan komuter di sekitar Lembah Klang, dan 40 peratus potongan untuk penggunakan ETS antara bandar
Syarat Permohonan Ktm Student Card
- Anda hanya dikenakan caj tahunan serendah RM33
- Kad ini hanya sah untuk dimohon dan digunakan oleh kalangan pelajar universiti dan kolej di Malaysia samada pelajar IPTA atau pelajar IPTS
- Kad yang telah sah didaftarkan akan boleh digunakan sepanjang tempoh 12 bulan dan selepas itu anda perlu renew dengan membayar yuran tahunan
Hubungi Bantuan
Jikalau anda ada sebarang masalah, boleh terus berjumpa dengan kakitangan ktmb yang berada di setiap stesen, ataupun anda juga boleh hubungi mereka berdasarkan butiran di bawah ini :
PERKARA | PAUTANNYA |
---|---|
No telefon | 03-2267 1200 |
callcenter@ktmb.com.my |
P/S : Diharapkan dengan tawaran ktm student card dapat membantu merancakkan penggunakan pengangkutan awam dikalangan pelajar sekaligus mengurangkan beban kos pengangkutan mereka setiap bulan