BSN i Banjir Myringgit Semakan Status: Cara Bayar

Status Semakan BSN i Banjir Myringgit dan semak cara bayar

semakan bsn i banjir loan myringgit

Bencana banjir yang berlaku pada Disember meninggalkan kesan yang amat dalam kepada seluruh rakyat Malaysia. Banjir yang berlaku pada tahun tersebut menjadi tragedi ngeri dan ianya juga merupakan antara fenomena banjir yang paling teruk dialami oleh rakyat Malaysia.

BACA SINI >> Semakan info banjir terkini di Malaysia

Banyak bantuan yang telah diperkenalkan oleh Kerajaan seperti Pakej Bantuan Banjir bagi membantu masyarakat yang terlibat dengan tragedi banjir.

Oleh itu, kerajaan telah memperkenalkan satu inisiatif dalam bentuk kewangan yang dinamakan sebagai BSN MyRinggit-I Banjir.

Semakan BSN i Banjir

Permohonan BSN MyRinggit-I Banjir boleh dibuat secara atas talian melalui laman sesawang https://www.bsn.com.my. Pemohon hendaklah mengisi segala maklumat yang diperlukan seperti pada Rajah di bawah. 

BACA SINI >> Special Perils: Insurans Bencana Alam Banjir Untuk Kereta

  1. Setelah semua maklumat diisi dengan betul dan tepat, pemohon mestilah memuat naik dokumen-dokumen sokongan seperti salinan kad pengenalan pemohon, salinan bil elektrik (TNB) rumah yang terjejas akibat banjir dan surat pengesahan daripada Pegawai Daerah atau JKKK.
  2. Akhir sekali, tekan pada butang “Hantar” untuk menghantar pemohonan anda. 
  3. Pihak BSN akan memaklumkan status permohonan pemohon sama ada berjaya atau gagal melalui sistem pesanan ringkas (SMS) dalam tempoh 7 hari bekerja selepas permohonan dibuat.
  4. Bagi individu yang berjaya, pembiayaan akan dibuat ke akaun pemohon.

BACA SINI >> Prudential payment online: corporate payment portal

bsn myringgit i banjir
  • Skim ini adalah satu bentuk inisiatif kerajaan dalam menjaga kebajikan dan meringankan beban rakyat untuk jangka masa pendek.
  • Rakyat yang membuat permohonan ini dapat menggunakan wang tersebut untuk membaikpulih harta benda serta kelengkapan rumah yang terjejas akibat banjir.
  • Individu yang terjejas dengan bencana ini bolehlah membuat permohonan melalui Bank Simpanan Nasional (BSN).

Check Status Bsn Myringgit i Banjir Online

Semakan BSN I Banjir hanya dibuka sehingga 31 Januari.

  • Bagi individu yang telah membuat permohonan skim i banjir bsn ini boleh membuat semakan status permohonan di laman sesawang https://bsncheckin.com.my/
  • Pemohon hendaklah memasukkan nombor kad pengenalan dan klik “Search” untuk membuat semakan status permohonan seperti pada Rajah di bawah ini.

Syarat Kelayakan

Bagi individu yang terjejas dengan bencana banjir Disember 2021, mereka boleh membuat permohonan BSN MyRinggit-I Banjir bagi meringankan beban kewangan akibat terjejas daripada bencana tersebut.

Walaubagaimanapun, pemohon hendalah memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN).

Antara syarat-syarat kelayakan yang perlu dipenuhi bagi pemohon adalah seperti berikut;

  1. Pemohon mestilah merupakan warganegara Malaysia.
  2. Pemohon adalah merupakan penduduk yang tinggal di kawasan yang disahkan terjejas dengan bencana banjir berdasarkan pengesahan daripada Pegawai Daerah, pihak JKKK atau melalui Laporan Polis.
  3. Pemohon mestilah bukan terdiri daripada seorang yang muflis.
  4. Pemohon hnaya dibenarkan untuk membuat satu (1) permohonan sahaja.

Dokumen Penting Yang Diperlukan

Pemohon yang membuat permohonan untuk skim BSN MyRinggit-I Banjir perlu mengisi permohonan secara atas talian di portal rasmi BSN atau melalui kaunter BSN.

Pemohon hendaklah melampirkan dokumen penting bagi menyokong permohonan skim tersebut.

Permohonan tanpa lampiran dokumen penting ini akan ditolak oleh pihak BSN dan dianggap sebagai permohonan yang tidak lengkap.

Antara dokumen-dokumen penting yang perlu disediakan oleh pemohon sebelum membuat permohonan adalah seperti berikut;

  1. Salinan kad pengenalan pemohon.
  2. Salinan bil elektrik rumah yang terjejas dengan bencana banjir.
  3. Surat pengesahan seperti pada Rajah 3.0 daripada Pegawai Daerah tempat tinggal pemohon, pihak JKKK atau laporan polis berkenaan dengan rumah yang terjejas akibat banjir.

Maklumat Penting Pembiayaan

BSN MyRinggit-I Banjir menawarkan skim kadar keuntungan efektif 0 peratus untuk tempoh pembiayaan selama 3.5 tahun termasuklah moratorium (rehat bayaran) selama 6 bulan pertama ke atas pembayaran ansuran bulanan.

Tambahan pula, pembiayaan ini terhad sehingga RM10,000 untuk setiap individu atau keluarga yang terjejas.

Dengan ini, secara tidak langsung dapat menampung pembelanjaan keluarga yang terjejas dengan banjir serta meringankan beban kewangan mereka untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Bayaran pembiayaan ini dibuat melalui kaedah tunai di kaunter BSN, melalui atas talian seperti e-payment, ATM dan CDM atau mana-mana kaedah yang dibenarkan oleh pihak BSN.

Berikut merupakan jadual ansuran skim BSN MyRinggit-I Banjir bulanan dalam tempoh 3.5 tahun adalah seperti pada Rajah 4.0.

pinjaman banjir bsn

Bagi individu yang ingin mendapatkan maklumat yang lebih lanjut berkenaan dengan skim BSN MyRinggit-I Banjir ini, mereka boleh menghubungi 1300-88-1900 dan berhubung dengan pegawai yang bertugas untuk bertanyakan berkaitan skim ini.

Selain itu, individu yang ingin mengetahui skim ini dengan lebih jelas, mereka juga boleh melayari laman sesawang BSN https://www.bsn.com.my atau kunjungi mana-mana cawangan BSN yang berdekatan dengan mereka.

Soalan Lazim & FAQ

1. Apa itu ibanjir

Skim ini diadakan adalah untuk meringankan beban rakyat Malaysia yang terjejas dengan tragedi banjir yang berlaku pada Disember

2. Berapa kemudahan pembiayaan maksimum yang ditawarkan

Skim ini ditawarkan dalam bentuk pembiayaan peribadi tanpa cagaran sehingga pinjaman loan RM10000

xm malaysia

Untuk pastikan anda tidak terlepas walau satu Bantuan 2024 terkini dari kerajaan Malaysia dengan MUDAH & SENANG, join Telegram Bantuan Kerajaan Malaysia seperti yang tertera di bawah

Berita baik, ada tawaran hadiah GOLD BAR / TABLET PERCUMA untuk follower Telegram

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan Malaysiahttps://t.me/bantuankerajaanmalaysia