Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak: Harga Bawah RM100

Jom Rebut Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak & Baby Bawah RM100

kerusi keselamatan kanak kanak

Berdasarkan pemerhatian Mypt3 sekarang ini sudah mula teraba-bara dan tercari car seat murah menhelangkan perlaksanaan car seat wajib 2020 oleh kerajaan Malaysia.

Dijangka harga kerusi keselamatan kanak kanak akan terus melambung tinggi dek kerana permintaan tinggi dikalangan ibu bapa yang masih tiada lagi atau tidak pernah menggunakannya selama ini pada kereta masing-masing.

Tetapi jangan risau, asalkan anda tidak lambat bertindak! Ada berita baik untuk anda.

Kami dimaklumkan sekarang ini pihak BMW Malaysia dengan kerjasama penting dengan Safeā€™ n Sound dan Childline FoundationĀ sedang giat melancarkan program subsidi kepada kalangan anda semua yang layak bagi mendapatkan car seat murah dan berpatutan tetapi pada kualiti dan tahap piawaian yang dibenarkan oleh kerajaan Malaysia.

10 Fakta Program Kerusi Keselamatan Kanak Kanak Murah

Bertambah menarik apabila harga yang ditawarkan adalah jauh lebih murah, iaitu hanya bawah RM100 sahaja. YA, BETUL! TERBAIK!

1) Ini contoh gambar kerusi keselamatan kanak-kanak baby yang akan diberikan kepada anda yang layak. Cantik dan menarik bukan?

2) Harga asalnya adalah RM199 seunit. Tetapi atas nama program subsidi untuk membantu kalangan yang memerlukan, anda boleh dapatkan SERENDAH RM100 SAHAJA. Jenama kerusi ini adalah snskidz Ace cukup terkenal dan tersohor

3) Anda boleh gunakan daripada bayi anda uyang baru lahir sehinggalah ke berat 13kg maksimum. Biasanya berat 13kg usia kanak kanak sudah pun menjangkau 1 tahun setengah hingga 2 tahun setengah.

4) Pastikan jikalau anda berminat untuk mendapatkan kerusi murah ini, gaji dan pendapatan bulanan anda tidak lebih daripada RM3,000 sebulan. Dan berat baby atau anak kecil masih laagi tidak lebih 13 kg.

5) Kepada yang layak program subsidi kerusi keselamatan kanak kanak murah ini, anda akan dimaklumkan melalui email yang telah anda daftarkan

Jadi kepada yang berminat boleh ikuti langkah untuk mohon secara mudah seperti di bawah ini

Cara Mohon Program Subsidi

1) Sila klik pada pautan yang kami kongsikan di bawah ini untuk hantar permohonan anda secara online. Lengkapkan butiran yang dipelrukan selengkapnya.

PERKARA PAUTANNYA
Permohonan secara online di sini https://www.safensound.com.my/pages/program-subsidi-kerusi-keselamatan-kanak-kanak

kerusi keselamatan baby
2) Kepada yang terpilih, mereka akan maklumkan kepada emel yang telah anda daftarkan pada borang permohonan online.

3) Kepada yang layak, kami ucapkan TAHNIAH! Sila buat pembayaran dan bawa bukti pembayaran untuk menuntut car seat baby ini di pejabat urusan Safe’n Sound di Gelenmarie Shah Alam.

Terima kasih kami ucapkan kerana menganjurkan program subsidi yang cukup hebat ini. Harap lebih banyak syarikat yang bersama-sama menjayakan program hebat untuk membantu lebih ramai memilikinya pada harga mampu milik.

Dengan penjimatan ini dapat membantu kalangan ibu bapa menggunakan untuk persiapan anak anak pada tahun 2020

P/S : Warwarkan berita baik kepada kenalan dan family anda yang masih ada anak kecil di Facebook dan Whatapps mereka