Kerja Kursus Geografi PT3 2019 Tingkatan 3: Panduan Tugasan?

Contoh tugasan folio Kerja Kursus Geografi PT3 2019 Tingkatan 3: Panduan Tugasan bagi kajian taburan guna tanah dengan peta lakar?

Alhamdulillah, rata-rata pembaca setia Mypt3 sedang bertungkus lumus menyiapkan kerja kursus sejarah Pt3 2019, hampir kesemuanya telah memulakan, ada yang telah siap malah ada yang hantar awal kepada guru masing-masing.

kerja kursus geografi pt3

Semuanya hasil panduan yang Mypt3 kongsikan di sini dan tidak lupa juga semangat kerjasama yang ditunjukkan oleh kalangan ahli kumpulan “Study Group Pt3 by Mypt3.com”. Tahniah diucapkan kepada anda semua.

Nah, kali ini giliran tugasan kerja kursus Geografi Pt3 2019 untuk disudahkan oleh kalangan pelajar Tingkatan 3 yang mana akan bermula selepas cuti Hari Raya Aidilfitri.

Seperti biasanya Mypt3.com akan berkongsi segala intipati dan maklumat berdasarkan format yang telah ditetapkan termasuklah :

Butiran Awal Kerja Kursus Geografi Pt3 2019

Seperti yang kita semua sedia maklum, tajuk kajian guna tanah telah dipilih untuk anda muatkan dalam Tugasan Kerja Khusus Geografi Pt3 2019 kali ini melibatkan kawasan kajian anda.

Seperti di bawah ini antara perlu anda sudahkan dan siapkan sebelum dihantarkan pada tarikh akhir yang ditetapkan iaitu 31 Julai 2018 ini.

Kehendak soalan atau tugasan yang telah diberikan hendaklah ditepati dalam menghasilkan kajian kes yang bermutu dan terbaik. Aspek kehendak soalan yang dikehendaki itu merangkumi :

  1. Pengenalan
  2. Tajuk kajian kes yang relevan
  3. Senarai Isi Kandungan
  4. Penghargaan
  5. Objektif Kajian Yang Dijalankan,
  6. Kaedah Kajian Geografi PT3
  7. Latar Belakang bagi kawasan kajian (Pendahuluan), Ciri fizikal dan ciri budaya di kawasan kajian yang dilakukan
  8. Peta Lakar berasas peta topografi di kawasan kajian anda melibatkan taburan guna tanah
  9. Melakukan tafsiran terhadap peta lakar
  10. Salah satu jenis guna tanah dipilih untuk dimuatkan dalam tugasan folio
  11. Huraian faktor mempengaruhi guna tanah
  12. Senaraikan kesan guna tanah terhadap alam sekitar di kawasan kajian
  13. Senarai usaha usaha, langkah dan cadangan menyelesaikan halangan dan masalah kesan guan tanah di kawasan kajian
  14. Rumusan Geografi PT3
  15. Borang Soal Selidik Geografi Pt3
  16. Lampiran (gambar/dokumen) yang berkaitan dan akhir sekali adalah Sumber Rujukan.

Jelas? Di bawah ini adalah tarikh tempoh pelaksanaan kerja kursus Geografi PT3 2019 berserta dengan perkara yang mesti dirangkumkan dalam kes kajian geografi anda:

  • Tempoh Kerja Kursus Geografi PT3 2018 – Tarikh pelaksanaan : 8 Julai sehingga 27 Julai 2018
  • Arahan Kerja Kursus Geografi PT3 2018,Latar belakang ciri fizikal dan ciri budaya di kawasan kajian
    – Melukis dan mentafsir peta lakar berasaskan peta topografi di kawasan kajian
    – Senarai faktor mempengaruhi dan kesan guan tanah di kawasan kajian anda
    – Cadangan Penambahbaikan atau pembaikanpulih atau usaha-usaha atau langkah-langkah yang boleh dilaksanakan terhadap sebarang halangan dan masalah guna tanah di kawasan kes kajian hendaklah.
    – Pembentangan laporan hasil kajian kepada guru

Calon PT3 dikehendaki untuk melakukan Tugasan kerja kursus geografi PT3 iaitu kajian taburan guna tanah melalui lukisan peta lakar yang perlu ditafsirkan di kawasan tempat tinggal calon ataupun berhampiran sekolah calon.

Calon dinasihati supaya memastikan ketulenan ataupun ‘originality” kajian kes kerja kursus geografi Pt3 yang dijalankan. Dalam erti kata lain, anda tidak boleh memplagiat ataupun meniru secara bulat-bulat sepenuhnya hasil kerja pihak dan individu lain. Seeloknya tugasan kajian yang dihasilkan ini adalah atas titik peluh dan usaha calon sendiri.

Mahu lihat contoh terbaik untuk kerja kursus geografi pt3 2019 yang boleh anda jadikan rujukan, hasil perkongsian Mypt3.com boleh klik pada pautan di bawah ini :

  • Contoh Geografi Pt3 Jawapan Tugasan 2019 : KLIK SINI

P/S : Kongsikan halaman ini dengan kawan sekelas anda melalui Whatapps atau Facebook atau Telegram supaya dapat bincangkan bersama.

SUDAH BACA

bsh bantuan sara hidup

Lebih 150,000 Berjaya Tuntut Duit BSH Terus di BSN [MUDAH]

20 Isu Popular BSH Bantuan Sara Hidup Fasa 2 + JAWAPAN termasuk isu nama pemohon atas nama isteri tetapi akaun bank suami yang ramai...