Kerajaan Baru Malaysia 2020

Berita terkini Kerajaan Baru Malaysia 2020 selepas Tun Mahathir jumpa Ahong

berita terkini kerajaan baru malaysia 2020

Sebenarnya apa yang berlaku dikala tampak tenang di Malaysia pada hujung minggu yang lalu, rakyat Malaysia sibuk dengan keluarga masing-masing.

Secara tiba-tiba rakyat Malaysia dicampaknya dan dikejutkan dengan gelombang politik Malaysia membabitkan kepimpinan peringkat tertinggi dalam landskap politik Malaysia.

Bermula daripada awal pagi semalam sehingga tengah malam tadi dan membawa kepada sekarang ini apa yang berlaku, dan apa pengakhirannya kepada perkembangan berita terkini kerajaan Malaysia hari ini.

Rakyat Malaysia sedang mengikuti secara dekat, pertempuran ‘silat politik’ antara kem anwar ibrahim dengan kem Tun Mahathir samada mereka akan berseteru sekaligus berpecah ataupun mereka akan berunding di saat-saat akhir?

Berita Terkini Kerajaan Baru Malaysia 2020

Boleh ikuti kronologi yang kami kongsikan di bawah ini mengikut tarikh dan masa yang mana kami akan kemaskini daripada masa ke semasa perkembangan berita terkini kerajaan Malaysia baru.

24 Februari 2020 (hari ini Isnin)

berita terkini kerajaan malaysia

  • Ada maklumat yang mula bertebaran….Antaranya….
  • Tun Mahathir akan letak jawatan?
  • Akan akan terus kemaskini berita terkini kerajaan Malaysia yang berlaku sekarang
  • Sama-sama kita nantikan!

tun mahathir letak jawatan

23 Februari 2020 (hari Ahad)

  • Ini kami rasa semua orang sudah tahu apa yang berlaku pada hujung minggu lalu, hari Ahad pagi sehinggalah ke tengah malam perkembangan kerajaan baru Malaysia 2020
  • Ini termasuklah kelibat Tun Mahathir jumpa Agong, Azmin Ali keluarga PKR dan sebagainya…
  • Rupa-rupanya, dalam kehangatan perbincangan Bersatu, Warisan, GPS, UMNO dan UMNO, Anwar jumpa Agong lebih awal daripada Mahathir dengan membawa sokongannya untuk mempersembahkan kepada Yang Dipertuan Agong
  • Tetapi…..

NOTA : Tetapi…. sehingga tengah malam Ahad, selepas ramai pengamal media, dan rakyat Malaysia tertunggu-tunggu apakah pengumuman rasmi hasil perbincangan di antara Bersatu, Warisan, Gabungan Parti Sarawak (GPS), serpihan parti PKR Malaysia dikepalai Azmin Ali, UMNO dan PAS, masih tiada pengumuman rasmi? Mengapa?

  • Dikatakan jumlah sokongan yang dicapai oleh Anwar atau Tun Mahathir untuk krisis kerajaan baru Malaysia 2020 agak meragukan dek kerana ada kalangan 11 atau 12 ahli parlimen yang main ‘2 kolam besar’.
  • Mereka ini tandangan SD untuk Anwar Ibrahim dan juga SD untuk Tun Mahathir
  • Dimudahkan cerita, jumlah yang dibawa Tun Mahathir jumpa Agung tidak cukup selesa termasuk kem Azmin ada yang buat ‘u turn’, dan juga isu 11 ahli parlimen main 2 kolam besar

21 Februari 2020 (hari Jumaat)

tun mahathir jumpa agong

  1. Berlangsungnya Majlis Presiden Pakatan Harapan.
  2. Pada mula mesyuarat pra Pakatan Harapan berlangsung tenang di antara keenam-enam pemimpin tertinggi berlansgung tenang
  3. Dan mesyuarat mula menjadi panas apabila bermulanya mesyuarat Majlis Presiden yang disertai 26 orang
  4. Permulaan perbincangan mesyuarat berkisar ketidakpuashatian mereka terhadap Baru Bian menjelang Pilihanraya Negeri Sarawak, membabitkan pemilihan penyelaras DUN Sarawak. OK baik!
  5. Bertambah panas, apabila Khalid Samad telah meminta supaya ada tarikh peralihan kuasa yang jelas bagi antara Tun Mahathir Mohamad dan Anwar Ibrahim
  6. Melihatkan desakan tersebut, Azmin Ali antara yang mempertahan supaya Tun Mahathir kekal sebagai Perdana Menteri Malaysia sehingga habis satu penggal
  7. Tindakan Azmin Ali ini telah menyebabkan beliau telah dihentam terus dalam mesyuarat Majlis Presiden Harapan tersebut termasuk daripada Mohamad Sabu (Mat Sabu)
  8. Suasana tegang berlaku, Bersatu memberikan amaran untuk keluar daripada kerajaan PH jikalau Tun Mahathir terus didesak meletakkan tarikh untuk letak jawatan
  9. Secara matematik politik, jikalau Bersatu tarik keluar daripada Pakatan Harapan, maka terkuburlah kerajaan PH!
  10. Dan melihatkan situasi tegang pada masa itu, keadaan panas mula reda semula apabila Anwar Ibrahim sendiri memberikan pandangannya supaya ruang sepenuhnya diberikan kepada Tun Mahathir untuk letak jawatan pada tarikh dan waktu sesuai selepas persidangan Apec
  11. Akhirnya mesyuarat majlis Presiden PH kembali reda. Sebaliknya, ramai yang mengharapkan ini adalah mesyuarat terakhir Majlis Presiden PH, tetapi ia tidak berlaku. Antara berharap sangat agar mesyuarat tersebut menjadi tegang dan panas, adalah Azmin Ali. Tetapi ia tidak berlaku seperti diharapkan supaya dengan ketegangan yang berlaku memberikan laluan kepada kerjasama dengan UMNO dan PAS.
  12. Akhirnya, Azmin Ali tampak kecewa hasil mesyuarat tersebut. Itu sebablah Azmin Ali dan kemnya tidak kelihatan pada sidang media seperti yang dikongsikan di bawah ini
  13. Dan perkembangan pada mesyarat tersebut membawa rentetan perkembangan politik negara untuk hari-hari berikutnya…

P/S : Adakah akan berlaku kerajaan baru Malaysia akan jadi kenyataan atau tidak jadi, sama-sama kita nantikan!