≡ BACK

Berita Terkini Keputusan PRK Sungai Kandis Selangor

Berita terkini Keputusan PRK Sungai Kandis Selangor

Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia SPR telah pun menerima pemakluman rasmi daripada Speaking Dewan Undangan Negeri Selangor, Tuan Ng Suee Lim pada 3 Julai 2018, berhubung kekosongan kerusi luar jangka N49 Sungai Kandis. Ini berikutan kematian penyandangnya Tuan Mat Shuhaimi Shafiei meninggal dunia pada 2 Julai 2018 yang lalu.

keputusan prk sungai kandis Kematiannya adalah disebabkan kanser limfoma.

Sehubungan dengan itu Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia SPR telah mengadakan mesyuarat khas dan menetapkan bahawa satu pilihanraya kecil PRK Sungai Kandis perlu diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan mulai pada 3 julai 2018 untuk mengisi kekosongan pada kerusi berkenaan.

Dalam pada masa yang sama pada minggu ini ramai yang ternanti-nanti keputusan prk seri setia. Adakah akan memihak terus kepada Pakatan Harapan.

Bagi maksud menjalankan PRK ini, SPR telah menetapkan tarikh seperti berikut :

Tarikh Keputusan PRK Sungai Kandis

  • Tarikh penamaan calon Sungai Kandis : 21 Julai 2018
  • Hari penamaan calon Sungai Kandis : Sabtu
  • Hari mengundi : 4 Ogos 2018 (sabtu)
  • Keputusan pilihanraya Sungai Kandis : Akan dikemaskinikan

5 Intipati Penting Menjelang Keputusan PRK Sungai Kandis

1) Tempoh berkempen yang ditetapkan adalah selama tempoh 14 hari lamanya yang mana sehingga 11.59 malam 3 Ogos 2018.

2) Bagi pengurusan undi pos dalam negara dan di luar negara Malaysia, tarikh buka dan tarikh tutup permohonan adalah seperti berikut :

  • Tarikh buka – 9 Julai 2018
  • Tarikh tutup – 21 Julai 2018

3) Bagi menjalankan proses pilihanraya kecil ini, SPR telah bersetuju untuk melantik YB Datuk Ahmad Zaharin Bin Muhammad Saad yang merupakan Datuk Bandar Shah Alam sebagai Pengurus Pilihanraya Kecil N49 DUN Sungai Kandis. Beliau akan dibantu 3 orang penolong pengurus.

4) Manakala untuk memantau semua aktiviti kempen pilihanraya kecil ini, SPR telah bersetuju untuk menubuhkan pasukan penguatkuasa kempen pilihanraya

5) Pada pilihanraya kali ini, SPR telah peruntukkan jumlah perbelanjaan sekitar RM1.4 juta

6) Senarai daftar pemilih yang akan digunakan untuk PRK kali ini adalah sehingga suku pertama tahun 2018 yang dikemaskinikan 2 Julai 2018. Daftar pemilih mengandungi 51,236 orang pemilih.

Generic selectors
Exact matches only
Search in title
Search in content
Search in posts
Search in pages

Sambung Baca Lagi Informasi Yang Berkaitan Seperti Di Bawah:

Semakan Daftar Pemilih PRU : Bagaimana Cara Check Online SMS Semakan Daftar Pemilih PRU Secara SMS dan Secara Online 5 tahun sekali untuk rakyat malaysia turun mengundi datang lagi. Kali terakhir rakyat malaysi…
Keputusan Pilihanraya Kecil di Malaysia Tahun 2019 Berita Terkini Pengumuman Keputusan Pilihanraya Kecil di Malaysia 2019. Antara Pakatan Harapan BN, UMNO Debaran untuk menantikan siapa sebenarnya yan…