Keputusan PRK Port Dickson Negeri Sembilan : Anwar Menang

Berita Terkini Keputusan PRK Port Dickson Negeri Sembilan. Anwar Ibrahim dari PKR mesti menang untuk jadi Perdana menteri Malaysia

keputusan prk port dickson

Selepas Anwar Ibrahim dibebaskan dengan mendapat pengampunan Diraja dari Yang Dipertuan Agong sendiri, Anwar Ibrahim bebas bergerak ke mana-mana selepas terkurung lama dalam penjara bertahun-tahun lamanya.

Ada sahaja ceramah dan jemputan yang diterima baik dalam dan luar negara.

Ramai yang mahu mendengar pendapat mengenai sesuatu isu semasa dan pengalaman beliau dalam sepak terajang dunia politik di Malaysia.

Ramai juga bertanya bila Anwar Ibrahim mahu masuk ke Parlimen Malaysia semula selepas nama beliau disebut sebagai Perdana Menteri Malaysia kelapan oleh Tun Mahathir Mohamad sendiri.

Berita terkini yang semua orang sedia maklum, Anwar Ibrahim memilih parlimen Port Dickson untuk bertanding bagi mendapat slot masuk ke Dewan Rakyat selepas pemenang sebelum ini mengundurkan diri bagi memberikan laluan kepada bakal Perdana Menteri Malaysia ini.

Jikalau anda pengundi Port Dickson, sila semakan tempat mengundi untuk mengetahui butiran pada hari mengundi kelak termasuk lokasi tempat anda membuang undi

4 Sebab Anwar Ibrahim Menang Keputusan PRk Port Dickson

1) Saingannya untuk kerusi adalah seperti Isa samad dan juga Saiful Bukhari yang bagi kami bukan pencabar terkuat untuk figura kuat seperti Anwar Ibrahim

2) Zaman kes liwat Anwar sudah berakhir. Tiada lagi berita kononnya Anwar meliwat sesiapa walaupun baru baru ini Lokman Adam ada sebar berita kononnya dari MediaCorp yang Anwar ada terlibat dengan kes liwat dengan si polan. Sebenarnya itu tipu belaka

3) Parti Anwar sudah menjadi kerajaan Malaysia, oleh itu segala kecamana melalui media arus perdana setiap hari seperti sebelum sebelum ini sudah pun lenyap sama sekali

4) Akhir sekali kekuatan adalah terletak pada Anwar Ibrahim sendiri. Beliau pandai berhujah dan berpidato, cepat mesra dengan sesiapa dan pengundi malah silat politik semua dalam genggamannya. Jadi beliau tahu bagaimana cara mahu memenangi hati pengundi di Port Dickson bagi mengundi beliau.

P/S : Mypt3 sangat yakin yang Anwar Ibrahim menang keputusan PRK Port Dickson negeri sembilan ini. Tetapi cabaran paling besar beliau adalah untuk mendapatkan seberapa banyak jumlah undi majoriti keputusan pilihanraya port dickson bagi menunjukkan kepada umum yang mana sokongannya dalam dunia politik masih utuh dan teguh lebih-lebih lagi bakal mengalas Perdana Menteri Malaysia tidak lama lagi

Scroll to Top