Semakan Keputusan Penerapan UITM 2019 Untuk Masuk Diploma dan Degree

Semakan Keputusan Penerapan UITM 2019 Untuk Masuk Diploma dan Degree

Rupa-rupa ramai yang terlepas pandangan adanya program penerapan UITM Universiti Teknologi MARA. Bagi kalangan pelajar diploma lepada Universiti Teknologi MARA mereka ini ada dua pilihan untuk sambung belajar ke peringkat degree (Ijazah Sarjana Muda).

keputusan penerapan uitm

Samada melalui sistem permohonan upu online ataupun melalui permohonan penerapan uitm. Jikalau permohonan penerapan uitm ia boleh dilakukan melalui sistem uitm student portal login yang disediakan.

Jikalau ada tertanya-tanya lagi apa itu penerapan uitm Senang cerita, program penerapan uitm adalah memberikan peluang pelajar pra diploma UITM nak sambung Diploma UITM, yang diploma UITM nak smabung pula degree UITM. Dan yang bagus ia lebih mudah untuk diterima masuk.

Iyalah dengan zaman yang cukup mencabar sekarang ini. Ada diploma sahaja tidak cukup. Sebab yang ada degree pun kadang kadang susah dapat kerja. Kalau dapat kerja selipun gaji kecil sahaja. Barang semua mahal.

Bagaimana Cara Permohonan Penerapan UITM

Cara memohon penerapan uitm mudah sahaja. Ikut sahaja langkah demi langkah yang kami kongsikan ini

1) Anda boleh mula hantar borang permohonan. Tarikh buka permohonan Penerapan uitm anda samada bulan Mac atau bulan April setiap tahun

2) Tidak kira anda pelajar para diploma atau diploma jikalau mahu sambung belajar juga di UITM, mesti hantar borang permohonan pada semester terakhir anda

3) Nak mohon , mestilah kena beli pin BSN terlebih dahulu sekitar RM10.06. Murah sahaja.

4) Kemudian terus akses ke student portal UITM online dan pergi ke bahagian “Application For Continuation of Studies”. Pilih 4 kursus pilihan anda berbanding 8 kursus melalui permohonan UPU. Kemudian isi selengkapnya.

PerkaraPautannya
Permohonan penerapan uitmMohon Sini

 

5) Satu lagi sebelum terlupa nak beritahu, anda wajib ambil muet untuk sambung degree sekarang ini.

Kelebihan Sistem Penerapan UITM

permohonan penerapan uitm

1) Dapat peluang pengecualian kredit. Samada ada banyak atau tidak bergantung kepada kursus pengajian yang anda ambil

2) Lebih mudah untuk diterima masuk

3) Anda masuk belajar lebih cepat berbanding pelajar yang mohon melalui permohonan upu

4) Berpeluang untuk lompat semester belajar. Ini bermakna semester belajar anda akan lebih cepat habis

5) Keputusan peperiksaan UITM anda tidak perlu anda isi. Ini kerana pihak Universiti anda sudah ada data data penting yang mereka perlukan.

6) Boleh hantar permohonan sebelum result peperiksaan keluar melalui student portal uitm iaitu pada semester akhir pengajian anda

Syarat Kemasukan UITM

Jikalau anda mahukan sebarang maklumat syarat kemasukan UITM boleh semak melalui pautan di bawah ini:

Semakan Keputusan Penerapan UITM

Samada anda layak atau tidak, semakan keputusan uitm anda boleh dapatkan hasilnya pada pautan di bawah ini :

Tarikh Kemasukan Uitm 2019

  • Untuk kursus farmasi (Degree) : September
  • Untuk kursus Pengurusan Perpustakaan (Degree) : Mac

P/S : Nasihat Mypt3, jangan hanya berharap kepada penerapan uitm semata. Isikan juga melalui permohonan UITm melalui pautan yang kami kongsikan di bawah ini. Kita tidak tahu rezeki kita di mana. Sekarang makin yang nak sambung belajar tetapi tempat tidak cukup. Jadi anda kena pandai pandai rebut peluang yang ada.

PP/S : Jikalau tidak berjaya selepas semakan keputusan penerapan uitm dilakukan, boleh lagi buat rayuan penerapan uitm dan rayuan permohonan uitm. Apply selagi boleh.

Sambung Baca Lagi Informasi Yang Berkaitan Seperti Di Bawah:

UITM Student Portal : Cara Login Masuk Sistem Online Pelajar UITM Student Portal : Cara Login Masuk Sistem Online Pelajar Universiti teknologi MARA Tahniah kepada adik adik pelajar yang telah diterima masuk ke …
Semakan UITM 2019 : Keputusan Samada Anda Lulus Berjaya atau Gagal Semakan UITM : Samada Anda Lulus Berjaya atau Gagal Jikalau anda flashback, pada ketika permohonan UITM lepasan SPM dilakukan anda perlu melakukan pe…
Permohonan UITM 2019 untuk Lepasan SPM STPM Diploma Matrikulasi Lepasan SPM STPM Diploma Matrikulasi Cuba Permohonan UITM Universiti Teknologi Mara UITM sekarang ini dalam usaha untuk menarik seberapa ramai bumipu…
Senarai Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi di Malaysia 2019 Senarai Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi 2019 di Malaysia samada pelajar universiti atau pelajar kolej IPT Zaman di mana kerajaan Malaysia akan beri…