≡ BACK

Kepentingan Fungsi Bangunan Bersejarah Malaysia Pada Masa Kini?

Kepentingan Fungsi Bangunan Bersejarah Malaysia dan Keadaan Pada Masa Kini

Kita semua ketahui bahawa kepentingan bangunan bersejarah di Malaysia adalah demi menjaga setiap sejarah dan tinggalan sejarah dahulu kala untuk tatapan dan coretan anak muda pada masa hadapan.

fungsi bangunan bersejarah

Adalah perlu langkah langkah pemeliharaan dan pengekalan bangunan bersejarah ini dilakukan supaya warisan dahulu kala ini dapat dinikmati oleh golongan muda kini dan juga pada masa akan datang.

Berikut kami kongsikan dan huraikan kepada anda kepentingan dan fungsi bangunan bersejarah di Malaysia yang telah memberikan manfaat kepada kita semua.

Kepada pelajar Tingkatan 3 PT3 anda boleh menggunakan medium ini untuk melengkapkan Tugasan kerja kursus Sejarah PT3 anda itu. Semoga artikel perkongsian pada kali ini dapat memberi sedikit pencerahan dan ilmu pengetahuan berkenaan dengan bangunan bersejarah di Malaysia.

Diharapkan dapat memberikan contoh terbaik bagi Kerja Kursus Sejarah anda kali ini.

Kepentingan dan Fungsi Bangunan Bersejarah Malaysia

Dalam meniti zaman yang serba moden dan berteknologi canggih ini, remaja dan belia muda pada masa kini terlalu sibuk dengan dunia IT sekarang hingga lupa sebenarnya Malaysia mempunyai bangunan bersejarah tanpa menghayati sejarah-sejarahnya yang tersendiri. Ini merupakan peninggalan berharga zaman dahulu kala. Bangunan bersejarah ini mempunyai nilai kesenian dan nilai budaya yang tersendiri jika anda lihat dengan teliti pada bangunan-bangunan ini. Hal ini kerana, kalau tidak dipecahkan ruyung masakan dapat sagunya. Bangunan bersejarah ini juga dapat merakamkan sejarah penting negara dan mencirikan identiti negara. Oleh yang demikian, pemuliharaan dan pemeliharaan bangunan bersejarah sangatlah penting di negara kita. Persolalan yang bermain di minda sekarang, apakah kepentingan bangunan bersejarah di negara kita?

Antara kepentingan yang boleh diperoleh adalah sejarah negara dapat dipelajari dan didalami oleh kita semua. Melalui langkah seperti ini, dengan melihat sendiri kesan peninggalan sejarah ini, secara tidak langsung fakta sejarah dapat didalami. Para pelajar akan lebih berminat dalam mendalami sejarah negara ini. Mata pelajaran Sejarah hendaklah diwujudkan oleh kerajaan di sekolah seluruh negara sama ada sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Antara cara pembelajaran yang lebih efektif dan berkesan adalah dengan mengadakan lawatan ke tempat bersejarah. Sebagai contoh, lawatan ke bangunan Stadhuys dan A’Famosa boleh diadakan oleh setiap Persatuan Sejarah di sekolah supaya dapat mengingatkan dan mengimbau kembali nostalgia sejarah di Tanah Melayu. Jadi, secara tidak langsung, kita dapat pengajaran supaya peristiwa hitam yang berlaku di negara kita tidak akan diulangi lagi. Biar putih tulang, jangan putih mata.

Seterusnya, bangunan bersejarah ini mampu menarik minat pelancong untuk berkunjung kerana nilai ekonominya. Ini berikutan kerana tempat-tempat bangunan bersejarah dan peninggalannya sudah pasti akan menjadi tarikan tumpuan para pelancong luar dan dalam negara. Melalui langkah ini, industri pelancongan akan semakin berkembang dan seterusnya meningkatkan pengaliran wang asing masuk ke dalam negara. Ekonomi negara juga akan semakin meningkat naik dan pasaran global dapat kita tembusi. Tamsilnya, Stesen Kereta Api di Kuala Lumpur dan Kubu Cornwallis di Pulau Pinang. Bangunan-bangunan bersejarah seperti inilah dapat menarik tumpuan pelancong untuk menyaksikan sendiri keunikan dan keindahan bangunan tersebut. Ini dapat dibuktikan dengan pepatah Melayu yang ada mengatakan di mana ada gula, di situlah ada semut. Oleh itu, kita sebagai rakyat Malaysia hendaklah berasa bangga dengan bangunan lama bersejarah di negara kita dan usahlah kita hanya memandang sebelah mata terhadap peninggalan bangunan ini.

Dalam nada dan konteks yang berbeza, bangunan bersejarah juga penting dalam industri perfileman dalam memartabatkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa. Ini kerana, latar belakang tempat dan sesautu lokasi memainkan peranan yang penting dalam sesbuah filem. Latar belakang bangunan bersejarah haruslah digunakan jika filem yang dihasilkan itu bertemakan peristiwa bersejarah. Contohnya seperti filem China ‘Police Story III’ yang berlatar belakangkan Stesen Kereta Api dan Mahkamah Persekutuan yang dilakonkan oleh Jackie Chan. Ini sebagai bukti bahawa perfileman negara asing ada dilakonkan di bangunan bersejarah Malaysia. Kesannya, nama Malaysia menjadi semakin terkenal dan dikenali ramai.

Di samping itu, nilai estetika dan nilai-nilai seni budaya boleh diperolehi menerusi bangunan bersejarah ini. Seni bina yang penuh dengan kehalusan dan keindahan yang bercorakkan warisan budaya bangsa nenek moyang akan dapat dilihat, jika kita lihat dengan teliti. Contoh terdekat dan paling rapat yang boleh diambil adalah ukiran kayu pada dinding kayu rumah-rumah Melayu tradisional seperti rumah Minangkabau,rumah tiang 12 Kelantan, rumah Limas dan lain-lain lagi. Sebahagian besar rumah tradisional ini dipengaruhi oleh orang asing yang menjajah di sesuatu kawasan atau negeri tersebut.

Selain itu, kepentingan dan fungsi bangunan bersejarah adalah dapat menjadikannya sebagai bahan penyelidikan dan kajian. Bagi para pencinta sejarah dan pengakaji sejarah, bangunan-bangunan lama dan bersejarah seperti ini sangat penting bagi mereka. Dengan kewujudan dan pengekalan peninggalan ini, sejarah Tanah Melayu pada suatu masa dahulu sebelum merdeka dapat dibuktikan. Sebagai contoh, semasa Peperangan Tiga Segi yang menyebabkan Acheh, Melaka dan Johor terlibat, bangunan A’Famosa telah didirikan di Melaka. Dan sehingga ke hari ini, bangunan A’Famosa masih berdiri gah dan teguhnya dan menjadi kebanggaan warga Melaka.

Natijahnya, bangunan bersejarah di Malaysia ini merupakan sebahagian besar daripada sejarah negara kita. Sebenarnya bangunan bersejarah yang dibina ini tiada tolok bandingnya dengan bangunan-bangunan baru yang ada sekarang kerana nilai sejarah dan estetikanya yang tiada ganti. Bangunan-bangunan sebegini hendaklah dipelihara daripada pencerohonan dan kerosakan agar generasi muda akan datang dapat menghayati dan mengambil pengajaran daripada sejarah yang lalu. Akhir kata, jagalah kepentingan bangunan bersejarah di Malaysia supaya kelak anak-anak muda tidak lupa akan sejarah asal negara kita pada zaman dahulu kala.

Generic selectors
Exact matches only
Search in title
Search in content
Search in posts
Search in pages

Sambung Baca Lagi Informasi Yang Berkaitan Seperti Di Bawah:

Bangunan Bersejarah di Johor : Bangunan Sultan Ibrahim Sejarah Pt3 Bangunan Bersejarah di Johor : Bangunan Sultan Ibrahim Sejarah Pt3 Di bawah ini Myt3 akan kongsikan kepada anda berkenaan salah satu daripada senarai…
Bangunan Bersejarah Di Kelantan : Sejarah Senibina Istana Balai Besar Bangunan Bersejarah Di Kelantan : Struktur Senibina Pintu Kota, Istana Balai Besar Berikut di bawah ini MyPT3 akan kongsikan kepada anda tentang sala…
Bangunan Bersejarah di Kuala Lumpur : Sejarah Struktur Tugu Negara Bangunan Bersejarah di Kuala Lumpur Sejarah PT3: Struktur Binaan Tugu Negara Terdapat begitu banyak bangunan bersejarah di Kuala Lumpur yang boleh di…
Bangunan Bersejarah di Melaka : Sejarah Struktur Binaan Kota A’Famosa Bangunan Bersejarah di Melaka Sejarah Pt3 : Struktur Binaan Kota A’Famosa Berikut di bawah kami akan berkongsi secara padat dan ringkas mengenai bang…
Bangunan Bersejarah Di Negeri Sembilan : Sejarah Istana Ampang Tinggi Bangunan Bersejarah Negeri Sembilan Sejarah Pt3 : Istana Ampang Tinggi Terdapat banyak senarai bangunan bersejarah di Negeri Sembilan dan antaranya a…
Bangunan Bersejarah Di Pahang : Sejarah Muzium Sultan Abu Bakar Bangunan Bersejarah Di Pahang Sejarah Pt3 : Struktur Muzium Sultan Abu Bakar Pada kali ini, kami di MyPT3 akan menulis berkenaan dengan salah satu ba…
Bangunan Bersejarah di Perak Sejarah PT3 : Muzium Negeri Perak Bangunan Bersejarah di Perak Sejarah PT3 : Muzium Negeri Perak Terdapat banyak senarai bangunan bersejarah yang terdapat di Perak antaranya adalah Mu…
Bangunan Bersejarah di Pulau Pinang : Fort Kota Cornwalls Sejarah Pt3 Bangunan Bersejarah di Pulau Pinang Penang: Fort Kota Cornwalls Sejarah Pt3 Bangunan atau kota bersejarah ini sangat popular di kalangan pelancong lu…
Bangunan Bersejarah di Sabah : Sejarah Struktur Menara Jam Atkinson Bangunan Bersejarah Sabah Sejarah PT3 : Struktur Binaan Menara Jam Atkinson Berikut dikongsikan senarai bangunan bersejarah Sabah iaitu contohnya ada…
Bangunan Bersejarah Di Selangor : Sejarah Struktur Istana Bandar Bangunan Bersejarah Selangor Sejarah PT3: Struktur Istana Bandar atau Alaeddin Bagi pelajar PT3 yang tinggal dan duduk di Selangor ini untuk anda. …