Kenaikan Harga Kereta Naik 2020 Sebanyak RM15,000?

Kenaikan Harga Kereta Naik 2020 Sebanyak RM15,000?

harga kereta naik

Tahun 2020 ini boleh kami katakan meriah untuk industri automotif di Malaysia. Mengapa? Ini kerana Berdasarkan dapatan Mypt3, banyak model kereta yang bakal dilancarkan pada tahun ini termasuklah dengan versi facelift.

Persoalannya adalah harga yang bakal ditawarkan adalah ‘mampu milik dan mesra pembeli?

Atau harga kereta di Malaysia akan melonjak naik selepas ini? Apa yang bakal kami kongsikan di bawah ini adalah daripada hasil daripada rombakan terhadap caj dan cukai oleh kerajaan sekarang terhadap industri automotif selepas ini?

Impaknya pastinya berbalik kepada anda-anda yang sedang meninjau-ninjau model kereta baru 2020. Terus membaca perkongsian di bawah ini….

Benarkah Berlaku Kenaikan Harga Kereta Naik 2020?

Ya betul. Ini kerana kerajaan Malaysia telah pun membuat rombakan besar-besaran terhadap sistem caj dan cukai kereta di Malaysia.

  1. Terdapat beberapa kelompongan sistem cukai kereta yang ditambahbaik bagi mengelakkan pengeluar kereta mengambil kesempatan untuk membuat keuntungan yang tinggi terhadap syarikat masing-masing apabila melakukan pemasangan kereta CKD di Malaysia selama ini. (Sumbernya di sini).
  2. Akhirnya kerajaan Malaysia sekarang telah jumpa deretan cukai yang masih tidak dijelaskan oleh beberapa pengeluar kereta
  3. Kerajaan Malaysia juga bertindak untuk memberhentikan insentif EEV (Energy Efficient Vehicles)
  4. Rombakan terhadap Harga Pasaran Terbuka ataupun Open Market Value (OMV). Dalam bahasa mudahnya kerajaan Malaysia mahu mengenakan lebih banyak cukai kepada pengeluar kereta.

Jadi apabila keempat-empat perkara di atas dilaksanakan, bakal menyebabkan kos pemasangan kereta melonjak tinggi akan menyebabkan kenaikan harga kereta naik 2020 sekitar 15 peratus.

Berapa Kenaikan Harga Kereta Naik?

Ok. Kami berikan beberapa contoh harga di sini.

Dijangka jikalau anda mahu beli model kereta yang mana harga yang ditawarkan adalah sekitar RM100,000 pada tahun 2019.

kenaikan harga kereta

Dijangka anda tidak akan dapat harga sebegitu lagi. Ini kerana bermula 2020, harga akan naik sekitar RM15,000 menjadi harga terbaru adalah RM115,000. Begitulah dengan contoh lain. Harga kereta RM80,000 akan naik kepada RM92,000 dengan mengambil kira kenaikan sekitar 15 peratus

Model kereta CKD akan paling terkesan dengan gelombang kenaikan harga kereta naik 202

Berdasarkan rekod sekarang ini, industri automtif di Malaysia terus ketinggalan dibelakang negara jiran kita iaitu Thailand dan juga Indonesia. Dengan Indonesia pun sudah tertinggal sekarang ini? Ermmm….

Jikalau kita lambat untuk melakukan perubahan drastik, silap-silap Vietnam pun akan potong kita selepas ini!

Boleh hantar artikel di Facebook dan Whatapps adik beradik, suami dan ahli keluarga terdekat anda yang mana merancang beli kereta baru selepas ini sebagai rujukan mereka!

Scroll to Top