Kemaskini PTPTN : Cara Update Pendapatan Dapat Penangguhan Pembayaran

Cara Kemaskini PTPTN : Update Ptptn Untuk Gaji dan pendapatan Supaya Dapat penangguhan pembayaran

Biasa, dahulu janji lain. Sekarang janji lain. Dahulu pada ketika mahu menang pilihanraya umum macam macam janji ditaburkan kepada rakyat Malaysia termasuk kepada golongan muda.

kemaskini ptptn

Golongan muda dijanjikan pelbagai harapan antaranya pemansuhan ptptn dan lain-lain lagi seperti yang dilaung-laung selama ini sewaktu bergelar pembangkang.

Untuk setakat ini, apa yang boleh dilakukan oleh kerajaan baru adalah memberikan satu kelonggaran untuk penangguhan pembayaran ptptn untuk kalangan yang pernah dapat pinjaman pendidikan ptptn dan masih tidak melepasi garis gaji dan pendapatan terkini yang ditetapkan oleh kerajaan.

Ditambah pula kalangan yang pernah dalam senarai hitam untuk keluar negara oleh imigresen telah pun dikeluarkan sepenuhnya, ini sedikit sebanyak memberikan kelegaan yang selama ini terkurung di bumi Malaysia untuk keluar negara.

Walaupun sistem untuk memasukkan komitmen pinjaman ptptn dalam sistem CCRIS (Central Credit Reference Information System) masih lagi diteruskan dan dikirakan sebagai komitmen oleh pihak bank Malaysia.

Ini sekaligus memberikan sedikit sebanyak kesan untuk kalangan graduan yang ingin buat pinjaman bank termasuk pinjaman perumahan (housing loan) dan pinjaman kereta (car loan) dengan bank bank di Malaysia.

Berdasarkan sistem dan mekanisme terkini yang sedang mereka jalankan, mereka mahukan kalangan berminat untuk mendapat pelepasan penangguhan pembayaran ptptn perlu kemaskini ptptn dengan mengikut beberapa syarat kelayakan yang telah ditetapkan mereka. Antaranya ialah :

Syarat Kelayakan Penangguhan Pembayaran PTPTN

  • Kemaskini pendapatan dan gaji terkini anda
  • Update apa pekerjaan terkini anda

Jikalau anda tidak buat kemaskini ptptn, berminat anda tidak berminat untuk dapat penangguhan pembayaran ptptn sekaligus anda dikehendaki melakukan pembayaran ptptn seperti biasa.

  1. Jikalau tidak kemaskini ptptn,
  2. lepastu tidak bayar pula loan ptptn,
  3. nama anda bakal masuk CCRIS untuk rekod pembayaran yang tidak baik dan tidak sihat

update ptptn

Jadi kami nasihatkan untuk kalangan yang berminat untuk kemaskini penangguhan ptptn, boleh semak cara mudah yang kami kongsikan di bawah ini dan hantar sebelum tarikh tutup penangguhan pembayaran ptptn:

5 Langkah Kemaskini PTPTN

1) Anda perlu terus pergi ke portal PTPTN, https://www.ptptn.gov.my

2) Klik pautan ini jikalau anda mahu update ptptn melibatkan akaun pendapatan ptptn anda : KLIK SINI

3) Sila isi nombor kad pengenalan anda dan nombor pinjaman pendidikan ptptn anda

4) Kemudian anda akan dibawa ke halaman yang memerlukan anda isi akaun pendapatan ptptn anda termasuk gaji terbaru, jawatan dan kerja terkini atau anda masih lagi tak bekerja (mengganggur) atau bekerja sendiri. Sila isikan selengkapnya.

5) Jikalau anda sudah berpuas hati sila hantarkannya.

Diharapkan tutorial kemaskini ptptn ini memudahkan untuk melakukannya selepas ini.

SUDAH BACA

bsh bantuan sara hidup

Lebih 150,000 Berjaya Tuntut Duit BSH Terus di BSN [MUDAH]

20 Isu Popular BSH Bantuan Sara Hidup Fasa 2 + JAWAPAN termasuk isu nama pemohon atas nama isteri tetapi akaun bank suami yang ramai...