≡ BACK

Kegawatan Ekonomi : Adakah Negara Bakal Berlaku Kemelesetan 2019

Kegawatan Ekonomi 2019 : Adakah Negara Bakal Berlaku Kemelesetan Malaysia 2019

Kegawatan ekonomi in english adalah economic downturn. Bunyinya macam mengerunkan bukan?

kegawatan ekonomi

Ramai yang bertanya kepada Mypt3 adakah akan berlaku kegawatan ekonomi 2019? Sekurang-kurangnya dengan maklumat yang kami kongsikan ini akan membantu anda merancang kewangan anda untuk sepanjang tahun 2019

Yang bertanya samada akan berlaku kegawatan ekonomi malaysia tidak salah, kerana masing masing melahirkan kerisauan melihatkan kejatuhan ringgit Malaysia yang semakin menjadi-jadi, kejatuhan harga minyak dunia yang negara amat bergantung harap, kejatuhan harga minyak sawit dan lonjakan kos sara hidup yang masih lagi tidak menampak tanda tanda untuk pulih.

Adakah Akan Berlaku Kegawatan Ekonomi 2019 di Malaysia

Jawapan Mypt3 tidak sama sekali akan berlaku kegawatan ekonomi malaysia tahun 2019. Tetapi lebih kepada akan berlak krisis ekonomi Malaysia yang juga kita patut risaukan dan bersedia daripada sekarang.

Jangan tunggu sehingga berlaku kegawatan ekonomi Malaysia baru mahu tersedar.

Faktor Krisis Ekonomi

  1. Perang perdagangan antara dua kuasa besar ekonomi dunia iaitu Amerika Syarikat dan China yang masih lagi belum jumpa titik noktahnya
  2. Masalah ekonomi yang berlaku di negara negara Eropah
  3. Dan tidak lupa juga peperangan yang berlaku di negara negara lain
  4. Federal Reserve yang telah beberapa kali meningkatkan kadar faedah mereka, sehingga menyebabkan nilai Dollar Amerika terus kuat

kemelesetan ekonomi

Kenapa Ekonomi Malaysia Merosot

1) Masakan tidak, sekarang ini perang perdagangan antara Amerika Syarikat dengan Chian telah menyebabkan rakan dagangan berkaitan termasuk Malaysia terkait sama kesannya.

Tindakan drastik Amerika Syarikat yang mengenakan tarif ke China bernilai lebih US$200 bilion menyebabkan sebarang eksport China ke Amerika Syarikat yang menggunakan komponen dan peralatan daripada Malaysia akan turut menerima kesan yang sama.

Dipendekkan cerita, jikalau China bermasalah dengan perang ini Malaysia akan kena tempias lebih teruk lagi.

2) Akibat pelbagai pinjaman dilakukan oleh rakyat Malaysia samada untuk keperluan atau tidak, hutang isi rumah yang melebihi 80 peratus menyebabkan ekonomi Malaysia agak lembap sekarang ini

3) Terdapat juga bon yang akan matang pada tahun 2019 untuk nilai sebesar US%90 bilion

Apa kos meningkat? Apa akan jadi permintaan mula menurun. Hasilnya, eksport Malaysia akan terjejas sama. Itu baru salah tu sebabnya.

kegawatan ekonomi malaysia

4) Kejatuhan ringgit Malaysia berkait rapat dengan permintaan dan penawaran. Jikalau kalangan yang import barang dari Malaysia, mereka sebenarnya perlu beli ringgit Malaysia untuk membeli barangan buatan Malaysia.

Masalahnya sekarang ini, terlampau banyak ringgit Malaysia terpaksa dijual untuk rakyat Malaysia untuk import barang dari luar negara.

Malahan negara kita masih banyak import makanan dan bahan mentah daripada negara luar untuk menampung permintaan rakyat Malaysia. Itu sebablah tidak pelik. Dalam pada pada masa yang sama nilai Dollar Amerika semakin kuat dan mengukuh

5) Banyak projek pembinaan dibatalkan sehingga menyebabkan ramai kakitangan yang menyewa apartmen dan rumah di Malaysia terpaksa balik kepada tempat asal masing masing. Ini sekaligus meningkatkan rumah tidak berpenghuni di Malaysia. Dalam masa masa yang sama, tuan rumah yang biasa dapat duit sewa RM2 ribu, RM3 ribu atau RM4 ribu sebulan sudah mula kekurangan wang untuk berbelanja dan bayar duit pinjaman rumah.

Kesan Kemelesetan Ekonomi Jikalau Berlaku

  1. Permintaan pada eksport Malaysia berkurang. Kilang kilang akan banyak ditutup
  2. Ramai yang kena buang kerja
  3. Inflasi semakin meningkat (kos sara hidup turut terlonjak sama)
  4. Lebih banyak yang tidak dapat membayar pinjaman perumahan atau housing loan
  5. Jumlah lelong terus melonjak tinggi sehingga beri kesan kepada sistem pembankan dalam negara kita

Langkah Mengatasi Masalah Ekonomi Malaysia

  1. Meningkatkan pembelian beli barang buatan Malaysia
  2. Rakyat Malaysia perlu lebih banyak melancong dalam negara Malaysia buat masa ini
  3. Melayan dengan baik pelancong asing yang datang melancong di negara Malaysia supaya mereka membeli lebih banyak duit ringgit Malaysia kita untuk dibawa berbelanja dalam negara kita Malaysia
  4. Kita mesti mulakan pelan daripada sekarang menyediakan bahan makanan dalam negara bagi mengurang import dari negara luar

P/S : Kongsiakn artikel berkaitan kemelesetan ekonomi ini kepada kenalan anda di Facebook dan Whatapps untuk manfaat bersama.

Generic selectors
Exact matches only
Search in title
Search in content
Search in posts
Search in pages

Sambung Baca Lagi Informasi Yang Berkaitan Seperti Di Bawah:

Hutang Negara Malaysia : 6 Sebab Mencapai Kadar RM1 Trilion 6 Sebab Hutang Malaysia Semakin Melonjak Tinggi. Jumlah Hutang Negara Malaysia terkini Rm1 trilion Sejak dari era pemerintahan Tunku Abdul Rahman, Tu…
Bajet 2019 : Intipati Pembentangan Belanjawan oleh Menteri Kewangan Live Streaming, Siaran langsung Pengumuman Intipati Pembentangan Bajet 2019 Malaysia oleh Tun Mahathir pada Tarikh Belanjawan 2019 2 November 2018 Pe…
Loan Rumah : Cara Pengiraan Pinjaman Perumahan Kerajaan Swasta Cara Pengiraan Loan Rumah swasta : Cara Kira kelayakan Pinjaman Perumahan Kerajaan dan pinjaman perumahan Swasta Pertama sekali, mypt3 nak ucapkan ta…
Pinjaman ASB Loan : 3 Teknik Dapat Pulangan Lebih RM130,000 Pinjaman ASB loan : 3 Teknik Dapat Pulangan Lebih RM130,000 Ada yang lebih selesa dan tenang dengan memasukkan lebihan pendapatan dengan melakukan si…