Surat Kiriman Tidak Rasmi: Contoh Format Karangan SPM

Contoh karangan surat kiriman Tidak Rasmi spm dan Format surat tidak rasmi

contoh format karangan surat kiriman tidak rasmi

Berikut kami kongsikan kepada anda pelajar spm  berkenaan contoh surat kiriman tidak rasmi spm.

Contoh karangan penulisan yang diberikan di bawah boleh dijadikan sebagai rujukan dan panduan bagi para pelajar PT3 untuk menulis karangan surat kiriman tidak rasmi yang terbaik dari segi kualiti dan mutunya mengikut format yang telah ditetapkan.

Contoh tajuk soalan surat tidak rasmi : Balas dan pucukkan surat kepada sahabat anda yang ingin berkunjung ke negara anda untuk melawat tempat pelancongan yang menarik.

Contoh lain surat tak rasmi yang terbaik boleh rujuk juga di sini

Senarai Kandungan Penting:

Contoh Surat Tidak Rasmi: Kiriman Kepada Sahabat

(Pada sebelah kiri, alamat, tarikh dan tandatangan surat tidak rasmi hendaklah ditulis)

No. 39, Jalan Damai,
Taman Bukit Anggerik,
Ipoh, 30290
Perak Darul Ridzuan.

6 Ogos 2016

Menemui sahabat penaku Arthur, yang kini berada bersama keluarga di Melbourne, Australia, semoga saudara dan keluarga berada dalam keadaan sihat dan sejahtera.

Saudara Arthur,

Apa khabar saudara dan keluarga di sana? Saya ingin memohon maaf kerana agak terlambat untuk membalas surat saudara tempoh hari. Saya kini sibuk dengan persediaan untuk menghadapi peperiksaan besar tidak lama lagi. Tampaknya saudara sangat berminat untuk mengetahui tempat dan kawasan perlancongan di Malaysia. Pada surat yang saya pernah utuskan sebelum ini, saya ada bercerita tentang Bukit Fraser, kali ini saya ingin ceritakan mengenai Pulau Langkawi pula.

Pulau Langkawi merupakan pusat perlancongan di malaysia yang terletak di negeri Kedah, iaitu di utara semenanjung Malaysia. Terdapat banyak keistimewaan dan tempat menarik yang boleh dilawati oleh saudara. Antaranya termasuklah pemandangannya yang sangat memukau hati. Ini kerana Pulau Langkawi dikelilingi oleh pantai yang bersih, air laut yang tenang damai dan suasananya yang jauh dari hiruk-pikuk bandar. Saudara dapat menikmati keindahan suasana dan pantainya ini dengan mengunjungi sendiri ke Pulau Langkawi.

Pulau Langkawi juga terkenal sebagai gelaran Pulau Legenda. Kisah berkenaan dengan Legenda Mahsuri ini telah diceritakan sejak turun-temurun lagi melalui penceritaan orang zaman dahulu dan juga nenek moyang kami sendiri. Sejarah ringkasnya Mahsuri adalah seorang perempuan cantik yang telah dijatuhkan hukuman bunuh akibat fitnah. Darah putih telah mengalir daripada tubuh Mahsuri ketika hukuman bunuh dijalankan. Beliau juga sempat mengenakan sumpahan terhadap Langkawi selama tujuh keturunannya akan jadi seperti padang jarang padang terkukur.

Selain itu, Makam Mahsuri dan padang Mat Sirat adalah antara tempat menarik dan bersejarah yang mempunyai kaitan dengan Legenda Mahsuri. Sekiranya saudara berkesempatan untuk mengunjungi tempat-tempat ini tentu saudara akan memperoleh lebih banyak informasi mengenai lagenda ini. Di Langkawi juga terdapat Tasik Dayang Bunting di Pulau Dayang Bunting, Beras Hangus dan Telaga Tujuh yang mempunyai kaitan dengan pelbagai legenda dan mitos.

Sebenarnya banyak lagi tempat menarik yang ada di Pulau Langkawi ini. Jikalau ada peluang dan kesempatan, akan saya ceritakan lebih lanjut tentang pulau ini. Gambar-gambar yang berkaitan dengan Pulau Legenda ini akan saya cuba hantar kepada saudara.

Setakat ini sahaja yang sempat saya tuliskan buat saudara nun jauh di sana. Akhir kata, sambutlah salam mesra daripada saya dan sekeluarga.

Yang Benar,

Harith Faidz

KLIK SINI : Contoh Karangan Ceramah PT3

Diharapkan dengan contoh format surat tidak rasmi dan karangan kiriman tidak rasmi membantu kalangan pelajar pt3 dan juga yang mahu buat karangan surat kiriman rasmi spm yang bagus dan cemerlang serta menulis karangan yang terbaik.

xm malaysia

Untuk pastikan anda tidak terlepas walau satu Bantuan 2024 terkini dari kerajaan Malaysia dengan MUDAH & SENANG, join Telegram Bantuan Kerajaan Malaysia seperti yang tertera di bawah

Berita baik, ada tawaran hadiah GOLD BAR / TABLET PERCUMA untuk follower Telegram

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan MalaysiaTelegram Bantuan Kerajaan Malaysia