Contoh Kaedah Kajian Sejarah PT3 2020 : Kajian Kesan Pendidikan Vernakular Barat Punca Masalah Perpaduan di malaysia
Disebabkan ramai yang masih samar-samar maksud dan jenis yang boleh dimasukkan dalam folio dan tugasan mereka kali ini.
Dalam tugasan sejarah PT3 ini para pelajar dikehendaki untuk menyertakan kaedah kajian Sejarah PT3 di dalam laporan itu.
Berikut di bawah ini, kami akan berkongsikan senarai contoh yang boleh digunakan di dalam folio dan kerja kursus Sejarah PT3 anda selaras dengan format yang ditetapkan oleh kpm
Diharapkan dengan perkongsian ini, dapat membantu anda semua dalam menyiapkan tugasan dengan cemerlang dan jayanya.
Senarai Kaedah Kajian Sejarah Pt3
Senarai contoh kaedah kajian sejarah 2019 yang digunapakai
a) Kaedah Temubual
Contoh : Saya sendiri telah pergi menemubual seorang pakar sejarah bagi menerangkan bagi mendapatkan pandangannya, seorang guru yang telah menjadi guru selama tempoh 40 tahun bercerita tentang pengalamannya di era 60 an, 70an, 80 dan 90an serta seorang lagi guru yang masih lagi mengajar bagi mendapatkan situasi sistem pendidikan hari ini
b) Kaedah Rujukan
Contoh : Saya telah membuat beberapa rujukan menerusi pencarian di internet; bahan bacaan di perpustakaan majalah dan juga dokumen ……………………………. bagi mendapatkan fakta yang sahih dan tepat
c) Kaedah Pemerhatian
Saya ada tonton beberapa video pilihan yang boleh dijadikan rujukan tambahan bagi melihat perbandingan kesan sebelum dan selepas kedatangan penjajah di Malaysia
d) Kaedah Soal Selidik
Contoh : Seramai 40 orang responden telah diberikan borang soal selidik mengenai….
e) Kaedah Internet
Portal Mypt3.com telah menjadi sumber rujukan saya untuk menambah bahan kajian untuk dijadikan rujukan tambahan dalam tugasan sejarah ini
f) Kaedah tunjuk ajar Guru
Bimbingan dan tunjuk ajar yang berterusan daripada Cikgu ……. telah meningkatkan kualiti hasil kajian kerja kursus sejarah pt3 saya kali ini
Ini pula rujukan untuk tahun-tahun lepas
Tahun | Tajuk |
---|---|
2017 | Bangunan Bersejarah di Malaysia |
2018 | Peristiwa Bersejarah di Malaysia |
SUMBER: https://mypt3.com/tugasan-sejarah-pt3-2015-kerja-kursus
P/S : Semoga entri yang ringkas berkenaan kaedah kajian berikut dapat membantu anda untuk menulis dan menyiapkan tugasan PT3 anda iaitu kerja kursus Sejarah PT3 2020 anda.