Kadar Tol Percuma: Bantuan Lebuhraya PLUS Free & Kadar Toll
Syarikat PLUS Malaysia Berhad (PMB) merupakan syarikat pengedali lebuh raya di bahagian Utara sehingga Selatan Semenanjung Malaysia.
Syarikat ini ditubuhkan pada 27 Jun 1986 sebagai syarikat yang menguruskan dan menyelia lebuh raya Utara-Selatan yang bermula dengan nama Highway Concessionnaires Berhad.
Bukan itu sahaja, PMB juga merupakan ibu syarikat bagi Projek Lebuhraya Utara-Selatan Berhad, Expressway Lingkaran Tengah Sdn Bhd (ELITE), Linkedua (Malaysia) Berhad (Linkedua), Konsortium Lebuh Raya Butterworth-Kulim Sdn Bhd (KLBK) dan TERAS Teknologi Sdn. Bhd (TERAS).
Tuntasnya, PLUS banyak memberi manfaat kepada pengguna lebuh raya Utara-Selatan terutamanya dari segi perkhidmatan tol.
Berita Tol Percuma Raya 2023
Secara umumnya, kerajaan memberi pengecualian kepada pembayaran toll free apabila tiba musim perayaan.
- BACA SINI >> Cara daftar Rfid touch n go tng & register pasang tag percuma
- BACA SINI >> Login cara dapat topup free touch n go Tng ewallet percuma 2023
- BACA SINI >> Touch n go nfc card: cara beli & tempat jual kad tng nfc
Bagi tahun 2023, pembayaran tol secara percuma semasa perayaan diumumkan oleh Perdana Menteri termasuk free toll cny 2023 (chinese new year).
Sebagai contoh, pembayaran tol percuma tahun baru cina diberikan kepada rakyat Malaysia bagi perayaan raya Cina tahun 2023 iaitu pada 20 dan 21 Januari 2023.

NOTA: Adakah ada free toll percuma semasa hari raya 2023 kelak? Sama-sama kita nantikan!
Cara Check Kadar Tol Plus 2023 Secara Online
Setiap individu yang menggunakan lebuh raya sebagai laluan perjalanan mereka pastinya sedar akan adanya perkhidmatan tol.
Oleh itu, pengguna lebuh raya wajib mengetahui kadar tol yang dikenakan bagi mengelakkan berlakunya kekurangan wang untuk membayar tol.
Kesannya, ia boleh mendatangkan masalah kepada pengguna lebuh raya yang lain.
Berikut merupakan cara-cara untuk memeriksa kadar tol secara atas talian;
- Layari laman sesawang http://kadartol.llm.gov.my
- Pengguna hendaklah memilih lebuhraya yang digunakan, plaza tol yang dimasuki dan plaza tol terakhir untuk keluar daripada lebuhraya tersebut.
- Kemudian, klik pada butang “Cari”.
- Akhir sekali, kadar tol bagi laluan tersebut akan dipaparkan seperti pada Rajah di bawah ini

Berapa Harga Tol LPT2 2023
Perkhidmatan operasi, penyelenggaraan dan pengutipan tol diuruskan oleh syarikat PLUS.
Harga tol yang dikenakan juga ditetapkan oleh syarikat PLUS. Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) tersenarai sebagai lebuhraya yang diuruskan oleh pihak PLUS.
Berikut merupakan kadar harga tol bagi setiap kilometer yang dikenakan bagi pengguna lebuhraya LPT2;
KELAS | KADAR TOL PER KILOMETER |
---|---|
Kelas 1 | 12 sen |
Kelas 2 | 24 sen |
Kelas 3 | 36 sen |
Kelas 4 | 6 sen |
Kelas 5 | 12 sen |

Senarai Plaza Tol Plus Arah Utara
Berikut merupakan senarai plaza tol yang terdapat di bahagian Utara Malaysia;
- Tol Jitra
- Tol Hutan Kampung
- Tol Alor Setar (U)
- Tol Alor Setar (S)
- Tol Pendang
- Tol Gurun
- Tol Sungai Petani (U)
- Tol Sungai Petani (S)
- Tol Bertam
- Tol Sungai Dua
- Tol Kubang Semang
- Tol Lunas
- Tol Juru
- Tol Bukit Tambun (U)
- Tol Bukit Tambun (S)
- Tol Jawi
- Tol Taping Utara
- Tol Bandar Baru
- Tol Bukit Merah
- Tol Kuala Kangsar
- Tol Changkat Jering
- Tol Ipoh Utara
- Tol Penang Bridge
- Tol Ipoh Selatan
- Tol Simpang Pulai
- Tol Gopeng
- Tol Tapah
- Tol Bidor
- Tol Sungkai
- Tol Slim River
- Tol Behrang
- Tol Tanjung Malim
Senarai Plaza Tol Plus Arah Selatan
Berikut merupakan senarai plaza tol yang terdapat di bahagian Selatan Malaysia;
- Tol Lembah Beringin
- Tol Bukit Beruntung
- Tol Bukit Tagar
- Tol Sungai Buaya
- Tol Rawang Selatan
- Tol Rawang
- Tol Hospital Sungai Buloh
- Tol Sungai Buloh
- Tol Jalan Duta
- Tol Kota Damansara
- Tol Damansara
- Tol Subang
- Tol Bukit Raja
- Tol Setia Alam
- Tol Sungai Besi
- Tol UPM
- Tol Kajang
- Tol Bangi
- Tol Persimpangan Southville City
- Tol Putra Mahkota
- Tol Nilai
- Tol Bandar Ainsdale
- Tol Siefield
- Tol KLIA
- Tol USJ
- Tol Shah Alam
- Tol Ibor Selatan
- Tol Ibor Utara
- Tol Bandar Saujana Putra
- Tol Putrajaya
- Tol Putra Hights
- Tol Bandar Serenia
- Tol Bandar Gamuda Cove
- Tol Seremban
- Tol Port Dickson (U)
- Tol Port Dickson (S)
- Tol Senawang
- Tol Pedas Linggi
- Tol Mambau
- Tol Lukut
- Tol Simpang Ampat
- Tol Ayer Keroh
- Tol Jasin
- Tol Tangkak
- Tol Bukit Gambir
- Tol Yong Peng (U)
- Tol Yong Peng (S)
- Tol Ayer Hitam
- Tol Machap
- Tol Pagoh
- Tol Sedenak
- Tol Simpang Renggam
- Tol Kulai
- Tol Skudai
- Tol Senai (U)
- Tol Kempas
- Tol Bangunan Sultan Iskandar
- Tol Tanjung Kupang
- Tol Lima Kedai
- Tol Perling
- Tol Cheneh
- Tol Chukai
- Tol Kijal
- Tol Kerteh
- Tol Paka
- Tol Dungun
- Tol Bukit Besi
- Tol Ajil
- Tol Temelung
- Tol Kuala Terengganu
Senarai Pilihan Cara Buat Bayaran Tol
Kebanyakkan lebuhraya di Malaysia adalah bertol. Perkhidmatan tol ini diwujudkan sebagai salah satu cukai jalan yang perlu dibayar oleh pengguna lebuhraya bagi menjana ekonomi negara.
Pembayaran tol di Malaysia adalah menerusi tiga (3) cara iaitu menerusi kad Touch N Go, Smart Tag dan RFDI.
Bagi penggunaan kad Touch N Go, pengguna lebuhraya mestilah mendapatkan kad Touch N Go dan menambah nilai kad tersebut di mana-mana kiosk atau stesen minyak yang berdekatan dengan pengguna.
Tambah nilai ini perlu dibuat bagi memudahkan perjalanan pengguna.
Bukan itu sahaja, pengguna lebuhraya juga boleh menambah nilai kad Touch N Go menerusi aplikasi TNG yang boleh dimuat naik di telefon bimbit pengguna.
Seterusnya, pembayaran tol boleh dibuat dengan menggunakan Smart Tag.
Smart tag merupakan peranti pembayaran automatik rangkaian tol secara jarak jauh.
Terdapatnya komunikasi inframerah pada smart tag tersebut, ia membolehkan pengguna melalui laluan tol yang khusus tanpa perlu berhenti.
Akhir sekali, pembayaran tol menerusi RFDI iaitu tag RFDI menggunakan teknologi frekuensi radio yang bersambung dengan peranti eWallet Touch N Go.
Tag ini dilekatkan pada kenderaan pengguna dan apabila melalui lorong RFDI, signal frekuensi radio akan dikesan melalui tag tersebut.
Hal ini dapat memudahkan pengguna lebuhraya serta dapat mengelakkan berlakunya kesesakan pada lorong pembayaran tol.
Soalan Lazim & FAQ
1. Adakah PLUS merupakan syarikat tol terbesar di Malaysia
Syarikat PLUS Malaysia Berhad (PMB) telah mewujudkan lebuh raya bertol dan menerusi pemerolehan tersebut, PLUS tersenarai sebagai pengendali lebuh raya bertol terbesar di Malaysia.
2. Di mana kedudukan syarikat PLUS di peringkat dunia?
Ianya juga merupakan antara yang terbesar di Asia Tenggara sekaligus tersenarai sebagai syarikat lebuh raya ke-8 terbesar di dunia.
3. Apakah servis lain yang ditawarkan oleh pihak PLUS
Selain itu, PLUS bukan hanya mengedalikan perkhidmatan tol lebuh raya, akan tetapi ianya juga menawarkan perkhidmatan seperti PLUSMiles dan PLUSTrack.
Kedua-duanya berfungsi dalam memudahkan pengguna lebuh raya bagi tujuan pembayaran tol menerusi rebat dan perkhidmatan tol armada.

Terima kasih kerajaan dengan pengumuman toll free dan percuma masa musim raya tahun 2023