Home » bantuan rakyat » Kad RapidKL Monthly Pass : Pas Bulanan RM100 Sebulan (UNLIMITED)

Kad RapidKL Monthly Pass : Pas Bulanan RM100 Sebulan (UNLIMITED)

Kad RapidKL Monthly Pass : Pas Bulanan RM100 Sebulan (UNLIMITED)

Tidak dinafikan masalah kesesakan lalu lintas terus menghantui bandar bandar di malaysia. Terutamanya bandar besar di kuala lumpur, masing masing terpaksa menempuh kesesakan lalu lintas pagi dan petang setiap hari.

kad rapidkl

Dengan jaringan pengangkutan awam yang kurang efisen ditambah tambang pengangkutan awam masih lagi ditahap yang agak membebankan, ini menyebabkan kurangnya sambutan rakyat malaysia untuk menggunakan pengangkutan awam.

Pemilikan kereta yang tinggi di malaysia di malaysia memburukkan lagi keadaan.

Sehinggakan ada isi rumah yang memiliki dua tiga empat biji kereta untuk aktiviti seharian termasuk pergi balik ke tempat kerja setiap hari.

Kerajaan menyedari permasalahan ini dan melalui pembentangan bajet 2019 malaysia satu mekanisme baru diumumkan dengan harapan is satu permulaan untuk meningkatkan penggunaan pengangkutan awam di malaysia.

pas bulanan rapidkl

Initipati Kad Rapidkl Monthly Pass

  1. Kerajaan akan perkenalkan program pas bulanan rapidkl RM100 sahaja sebulan bermula 1 Disember dan anda boleh guna kad anda bermula 1 Januari 2019
  2. Anda boleh naik bas dan rel ke mana sahaja tanpa had (unlimited)
  3. Tetapi jikalau ada mahu guna bas rapidkl sahaja ke mana sahaja tanpa had (unlimited) pun boleh. Anda hanya perlu bayar pas bulanan rapidkl RM50 sahaja
  4. Selain for student (pelajar), rakyat Malaysia layak guna kad rapidkl monthly pass ini
  5. Tidak kad khas untuk program ini sebaliknya semua urusan bayaran bulanan dan akses pengangkutan awam RapidKL boleh digunakan melalui kad pengenalan (mykad), mykid (untuk anak anda) ataupun mytentera. Semua ini bagi mengelakkan warga asing menikmati manfaat ini
  6. Anda boleh guna LRT, BRT Sunway, MRT, Monorel, RapidKL, MRT Feeder Bus tanpa had
  7. Kerajaan dalam pada masa yang sama akan bekerjasama dengan lebih banyak syarikat pengangkutan di malaysia dengan harapan rakyat malaysia akan memilih untuk naik pengangkutan awam

rapidkl monthly pass

Cadangan Penambaikan Pass Bulanan RapidKL

Ini satu permulaan yang baik.

Dan semestinya pas bulanan seperti kad rapidkl akan diperluaskan di negeri negeri lain termasuk di negeri sembilan, melaka, selangor, johor, sabah sarawak, kedah, perak, kelantan, terengganu, perlis, pulau pinang dan pahang.

P/S : Pengalaman kami di Switzerland sebelum ini, mereka hanya perlu bayar sekitar Swiss Franc 500 atau 600 sahaja untuk setiap tahun yang merangkumi perjalanan beratus ratus kilometer menggunakan keretapi tanpa had di seluruh Switzerland.

Sangat-sangat bagus caj dan jaringan perjalanan yang memudahkan. Mungkin boleh dipraktikkan di Malaysia pada masa akan datang pula?

Scroll to Top