Kad Kredit Terbaik: 3 Pilihan Mypt3 di Malaysia

Senarai kelebihan kad kredit maybank islamic ikhwan, Bank Rakyat, CIMB, CitiBank, Maybank, RHB yang terbaik untuk melancong & isi minyak petrol, bagus dan mudah lulus

kad kredit islamik terbaik

Jikalau kita seluk setiap poket seluar atau beg dompet dikalangan rakyat Malaysia hari ini baik kalangan lelaki mahupun wanita.

Tidak kira yang kakitangan kerajaan, penjawat awam ataupun kakitangan swasta yang lepas syarat terma yang dikenakan pasti ada sekurang-kurangnya satu kad. Malah ada yang kami dapati memiliki sehingga 4, 5 pemegang kad.

Ada yang suka memiliki dan mengumpul kad, ada juga bertujuan tidak mahu bawa duit terlalu banyak sewaktu keluar.

Ada yang mahu memaksimakan setiap kali mereka berbelanja baik ketika melancong atau membeli belah untuk mendapatkan mata ganjaran ataupun pulangan tunai dengan kad tanpa tunai yang ditawarkan. Macam-macam kad ada di pasaran. Bagaimana pula dengan anda?

9 Kelebihan Kad Kredit Terbaik di Malaysia

Kad kredit untuk isi petrol malaysia : Maybank Ikhwan Petronas
Kad kredit untuk melancong : Citi PremierMiles Visa Signature

  1. Ada yang tidak mengenakan yuran tahunan percuma (annual fee) jikalau anda berbelanja jumlah yang ditetapkan pada tahun tersebut
  2. Ada kad yang sesuai untuk travel (melancong). Maknanya jikalau anda belanja di luar negara (oversea) anda mungkin akan dapat ganjaran tambahan daripada segi cashback ataupun mata ganjaran tambahan daripada bank
  3. Ada kad yang menawarkan peluang untuk anda mengurangkan bayaran komitmen kad daripada bank lain. Berbanding anda bayar secara minimum setiap bulan daripada jumlah bayaran hutang kad anda. Dengan tawaran ‘balance transfer’ atau pindahan baki ini anda berpeluang untuk bayar secara ansuran sehingga hutang kad anda selesai dibayar
  4. Ada bank yang menawarkan peluang anda dapat cashback atau ganjaran rebat tunai setiap kali anda berbelanja. Dengan syarat menggunakan kad kredit untuk pembelian di pusat membeli belah terpilih termasuk Sogo, Isetan KLCC, AEON, perbelanjaan runcit di Mydin, Giant, Tesco dan lain-lain lagi, bayar duit minyak Shell, caltex atau Petronas
  5. Malah jikalau anda bayar bil TNB, bil Air, bil Astro, bil Unifi TM secara online menggunakan kad kredit anda dapat ‘reward atau ‘cashback’
  6. Jikalau anda peminat tengok wayang di GSC, TGV contohnya rugi rasanya jikalau anda bayar tunai kerana jikalau anda bayar kad kredit anda berpeluang untuk dapat tiket wayang satu lagi secara percuma. Menarik bukan?
  7. Sekarang, senang nak semak baki secara online walau di mana sahaja. Contohnya jika anda ada kredit kad Bank Rakyat, anda boleh dapatkan penyata, boleh semak baki & download statement
  8. Jikalau anda di lapangan terbang (airport) anda berpeluang mendapat akses ke KLIA lounge.
  9. Nak dapatkan duit tunai cepat mudah dengan kadar faedah yang berpatutan berbanding pinjaman peribadi

Apa Kad Kredit Terbaik Isi Minyak Petrol?

Jikalau ada yang bertanya apakah kad  yang terbaik petrol dan keperluan barang dapur di Malaysia yang sesuai untuk penggunaan setiap hari? Jawapan kami terlalu subjektif.

Tetapi jikalau bertanya kepada kami inilah dia kad terbaik yang kami miliki sehingga ke hari ini dan masih lagi digunakan.

Dahulu kami menerima banyak kelebihan sepanjang kami ada menggunakan kelebihan kad kredit Bank Rakyat Platinum Credit Card, maybank Islamic Ikhwan Petronas, Public Bank Visa Platinum Mastercard, RHB Smart Value Visa Card. Institusi kewangan seperti AEON credit Platinum Visa, manakala CIMB Click tak pernah ada lagi.

Tetapi…..

Tetapi semuanya kami sudah potong. Tinggal tiga ini sahaja kad terbaik yang kami masih gunakan bersama-sama dengan kad petronas mesra untuk tujuan kumpul point.

3 Kad Kredit Terbaik Pilihan Kami

1) Citibank Choice

  1. Sebabnya tiada sebarang caj tahunan. Jadi tidak pening kepala untuk memikirkan komitmen bayaran tahunan
  2. Setiap Rm1 yang kami belanjakan akan diberikan tawaran mata ganjaran untuk 1 mata ganjaran. Yang bagusnya Citibank, tawaran barangan atau hadiah yang boleh ditebus paling lumayan dan lebih berkualiti berbanding lain. Pelbagai ada.

2) Kad Kredit Citi PremierMiles Visa Signature Terbaik Untuk Melancong

  • Kami akan dilindungi sehingga RM300 ribu jikalau kami swipe kad kredit citibank ini dengan  beli tiket penerbangan dan tiket flight baik Air Asia, Malaysia Airlines, Fly Emirates, Singapore Airlines. Dan menggunakan kad ini selama 30 hari sebarang insiden kemalangan
  • Kami dapat akses percuma ke Plaza Premium Lounge di mana mana lapangan terbang di Malaysia atau luar negara secara percuma
  • Setiap kali kami bayar yuran tahun, kami dapat tambahan 10,000 PremierMiles
  • PremierMiles yang terkumpul kami gunakan menebus banyak tiket flight termasuklah daripada Singapore Airlines, Fly Emirates, Qatar Airways, Malaysia Airlines promotion, Etihad.
  • Ada 90 syarikat penerbangan yang Citibank tawarkan.
  • Apa kami belanja penginapan dengan Agoda atau Airbnb guna kad kredit ini kami dapat lagi PremierMiles

3) Maybank Islamic Ikhwan Petronas

  • Pada asalnya kami memikirkan untuk potong sahaja kad ini. Sebab untuk berbelanja kami lebih gunakan Citibank Choice ataupun Citi PremierMiles Visa Signature.
  • Tetapi dek kerana Maybank acapkali berita offer atau tawaran untuk balance transfer tanpa sebarang ‘interest’, jadi kami bertindak untuk mengekalkan kad ini. Dan kami merasakan inilah kredit kad maybank terbaik

Kad Kredit Cashback Terbaik

Itu pilihan kad terbaik daripada kami. Tetapi jika anda mahu kad kredit dengan manfaat cashback paling menarik, boleh cuba HSBC Amanah MPower Visa Platinum Credit Card-i.

Pokok pangkalnya terpulang kepada kehendak dan keperluan anda.

Jika anda merasakan anda mempunyai gaji bulanan munasabah untuk apply, boleh cuba kredit kad terbaik 2020 yang kami cadangkan seperti di atas.