Cara Tukar Kad Debit Maybank Online: Apply Debit Card

Cara Apply, Activate & Cara Tukar Kad Maybank Online dan guna mesin kiosk untuk penukaran debit card

kad debit maybank

Maybank menyediakan khidmat menukar dan memohon kad debit sekiranya rosak, tamat tempoh atau ingin menukar kepada kad debit yang lain secara dalam talian.

BACA SINI: www.cimbclicks.com.my login: Click Daftar & Register Online Bank

Walaubagaimanapun, bagi kes kehilangan kad, kecurian dan terlupa nombor pin, anda perlu berurusan secara fizikal di kaunter.

BACA SINI: Ibg transfer maybank: Normal vs instant dan berapa lama proses

Cara Apply Kad Debit Maybank Online

Bagi permohonan cara apply maybank kad debit secara dalam talian, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://www.maybank2u.com.my
  2. Masukkan kata nama dan tekan log masuk.
  3. Semak frasa keselamatan anda dan tekan “YA”.
  4. Masukkan kata laluan dan tekan log masuk.
  5. Pada paparan berikutnya, pilih menu tetapan dan klik pada menu kad.
  6. Pada paparan berikutnya, pastikan anda berada pada menu yang betul iaitu “Urus Kad Debit”
  7. Seterusnya skrol ke bawah dan pilih pautan “Kad Debit – Penukaran, Pengaktifan dan Sekat”.
  8. Tekan pada menu 3 titik dan pilih “tukar kad” pada menu tarik turun.
  9. Pada paparan berikutnya, masukkan alamat yang anda ingin kad anda dihantar.
  10. Sahkan persetujuan anda terhadap terma dan syarat dan tekan “Tukar Kad”
  11. Seterusnya tekan butan “Mohon” untuk mendapatkan Kod Pengaktifan Transaksi (TAC) secara SMS.
  12. Nombor TAC akan dihantar ke nombor telefon yang telah anda daftarkan.
  13. Masukkan nombor TAC tersebut dan tekah “sahkan”.
  14. Akhir sekali anda akan menerima notifikasi bahawa kad anda telah ditukar dan tarikh bila kad anda akan dihantar
cara tukar kad maybank online

Cara Activate Maybank Debit Card 2022

Setelah anda menerima kad debit anda yang baru, anda perlu mengaktifkan kad tersebut selepas 90 hari.

Untuk mengaktifkan kad debit, anda boleh melakukannya melalui dua cara iaitu menggunakan mesin ATM dan secara dalam talian.

Berikut merupakan cara dan langkah-langkah untuk mengaktifkan kad debit anda:

(i) Melalui ATM Machine

  1. Masukkan kad
  2. Pilih Bahasa
  3. Masukkan nombor pin
  4. Pilih lain-lain urusniaga
  5. Seterusnya pilih lain-lain perkhidmatan
  6. Tekan pada skrin berikutnya
  7. Akhir sekali tekan pengaktifan kad

(ii) Melalui Atas Talian

  1. Layari laman web https://www.maybank2u.com.my
  2. Masukkan kata nama dan tekan log masuk.
  3. Semak frasa keselamatan anda dan tekan “YA”.
  4. Masukkan kata laluan dan tekan log masuk.
  5. Pada paparan berikutnya, pilih menu tetapan dan klik pada menu kad.
  6. Pada paparan berikutnya, pastikan anda berada pada menu yang betul iaitu “Urus Kad Debit”
  7. Seterusnya skrol ke bawah dan pilih pautan “Kad Debit – Penukaran, Pengaktifan dan Sekat”.
  8. Tekan pada menu 3 titik dan pilih “pengaktifan kad” pada menu tarik turun.
  9. Masukkan 8 digit terakhir nombor kad debit anda
  10. Sahkan persetujuan anda terhadap terma dan syarat dan tekan “Aktifkan”
  11. Seterusnya tekan butan “Mohon” untuk mendapatkan Kod Pengaktifan Transaksi (TAC) secara SMS.
  12. Nombor TAC akan dihantar ke nombor telefon yang telah anda daftarkan.
  13. Masukkan nombor TAC tersebut dan tekah “sahkan”.
  14. Akhir sekali anda akan menerima notifikasi bahawa kad anda telah diaktifkan dan anda boleh menikmati segala kemudahan yang disediakan.
kad atm maybank

Cara Tukar Kad Maybank Tamat Tempoh Expired

Kad ATM Maybank yang telah tamat tempoh mestilah ditukar kerana transaksi melibatkan penggunaan kad maybank expired akan disekat.

Kini, kad debit Maybank yang expired dan telah luput boleh ditukar secara atas talian tanpa perlu ke cawangan Maybank.

Ini akan memudahkan pengguna Maybank.

Berikut merupakan cara untuk menukar kad ATM Maybank yang telah luput secara atas talian;

  1. Pengguna mestilah log masuk ke dalam akaun Maybank2u.
  2. Seterusnya, pergi ke bahagian Setting.
  3. Klik pada butang “Cards”.
  4. Pengguna perlu memilih “Debit Cards” dan klik pada “Replace Card” untuk tujuan penukaran kad yang sudah luput kepada kad yang baru.
  5. Pengguna hendaklah memasukkan alamat rumah anda pada bahagian kotak Address untuk penghantaran kad Maybank yang baru dan klik pada “T&C”, seterusnya klik pada butang “Replace Card” seperti pada Rajah di bawah ini
  6. Klik pada butang “Request TAC” dan masukkan nombor TAC pada ruang yang disediakan untuk tujuan pengesahan penukaran kad baru.
  7. Akhir sekali, klik “Hantar” dan kad anda akan dihantar dalam masa 3-5 hari bekerja pada alamat rumah anda.
card maybank expired

Kad Debit Maybank Hilang

Sekiranya anda kehilangan kad debit, anda perlu melaporkannya dengan segera dengan menghubungi khidmat pelanggan Maybank untuk menyekat kad anda. S

eterusnya anda perlu hadir ke cawangan Maybank terdekat untuk membuat permohonan kad yang baru.

Berikut merupakan prosedur kehilangan kad Maybank

(i) Sekat Kad

  • Perkara pertama yang anda lakukan setelah pasti bahawa kad anda hilang adalah menghubungi pusat khidmat pelanggan Maybank untuk menyekat fungsi kad anda.
  • Hubungi nombor 1300886688 atau +60378443696 sekiranya anda berada di luar negara.
  • Pihak bank akan menyekat kad anda dengan segera.
  • Anda boleh menyemak baki anda secara dalam talian untuk memastikan kad anda telah disekat.

(ii) Kunjungi Cawangan Maybank Terdekat

  1. Setelah kad anda disekat, langkah seterusnya adalah mengunjungi cawangan Maybank yang terdekat. Pastikan anda telah menyediakan dokumen yang diperlukan seperti kad pengenalan dan buku bank sekiranya ada.
  2. Setibanya di lokasi, maklumkan kepada pihak bank bahawa anda ingin membuat kad dan buku bank baru akibat kehilangan kad.
  3. Pegawai bank akan menyoal anda berhubung kehilangan kad anda. Sila jawab dengan jujur dan jelas.
  4. Pegawai juga akan menanya beberapa soalan keselamatan seperti nama ibu, tarikh lahir atau soalan berkaitan untuk memastikan bahawa anda benar-benar adalah pemilik kad yang hilang.
  5. Akhir sekali, anda perlu menunggu beberapa hari untuk kad anda disiapkan dan dihantar ke rumah anda

(iii) Denda Kehilangan Kad

Untuk kehilangan atau kerosakan kad debit maybank, anda akan dikenakan denda sebanyak RM12

Cara Tukar Kad Maybank Guna Kiosk

Maybank menyediakan 12 jenis debit kad yang anda boleh gunakan untuk keperluan peribadi dan juga keperluan perniagaan.

Anda juga boleh tukar kad maybank guna mesin sedia ada anda kepada kad yang lain dengan menggunakan kaedah yang dibincangkan di atas dan juga melalui kiosk.

Berikut merupakan langkah-langkah penukaran kad menggunakan mesin tukar kad atm maybank guna kiosk:

maybank debit card 2022
  1. Untuk cara tukar kad maybank, sila Pilih Bahasa dan masukkan kad lama anda
  2. Masukkan nombor pin
  3. Pilih jenis kad baru yang anda ingin tukar
  4. Masukkan kad pengenalan bercip anda ke ruang yang disediakan. Pastikan cip kad pengenalan anda dapat dibaca.
  5. Imbas cap jari anda pada pengimbas. Jangan alih sehingga anda diarahkan berbuat demikian
  6. Tunggu dalam beberapa saat sebelum kiosk tukar kad maybank mengeluarkan kad anda yang baru.
  7. Setelah mendapatkan kad yang baru anda perlu mengaktifkan kad tersebut.

Kelebihan Kad Debit Dan Caj Pengeluaran Duit di Atm Maybank

Ini adalah annual fee dan caj pengeluaran Kad Debit payWave Visa Platinum Maybank, Kad Debit ASPIRE MasterCard Platinum Maybank, Kad Debit ASPIRE Visa Platinum Maybank dan Kad MyDebit Korporat Maybank

  • Caj tahunan sebanyak RM8.00 untuk pengeluaran duit tanpa had di mesin ATM Maybank
  • Caj RM1.00 akan dikenakan ke atas setiap pengeluaran di mesin ATM bank tempatan yang lain
  • Caj RM12.00 akan dikenakan ke atas setiap pengeluaran di mesin ATM bank antarabangsa
Kad Debit payWave Visa Platinum
– Berbelanja di berjuta kedai yang menerima kad Visa di seluruh dunia – Nikmati pelbagai peringkat faedah akaun primier Anda boleh jejak transaksi anda melalui Maybank2u – Khidmat pelanggan 24 jam – Nikmati keistimewaan kad terpilih – Nikmati keistimewaan kad Visa Platinium antarabangsa – Berita terkini tawaran hangat Kardshoppe – Beli belah secara dalam talian dan tempahan telefon serta mail Bayar perbelanjaan di bawah RM250 tanpa sentuhan di perniagaan terpilih. – Tiada tandatangan diperlukan – Nikmati keistimewaan kad Visa Platinium antarabngsa
Kad Debit ASPIRE MasterCard Platinum
– Berbelanja di 30 juta kedai yang menerima kad Visa di seluruh dunia – Dapatkan lebih mata ganjaran sebagai pelanggan Maybank ASPIRE – Anda boleh jejak transaksi anda melalui Maybank2u – Khidmat pelanggan 24 jam – Nikmati keistimewaan kad terpilih – Nikmati keistimewaan kad Visa Platinium antarabngsa – Berita terkini tawaran hangat Kardshoppe – Beli belah secara dalam talian dan tempahan telefon serta mail – Bayar perbelanjaan di bawah RM250 tanpa sentuhan di perniagaan terpilih. – Tiada tandatangan diperlukan – Nikmati keistimewaan MasterCard Platinium antarabngsa
Kad Debit ASPIRE Visa Platinum  
– Berbelanja di berjuta kedai yang menerima kad Visa di seluruh dunia – Anda boleh jejak transaksi anda melalui Maybank2u – Khidmat pelanggan 24 jam – Nikmati keistimewaan kad terpilih – Nikmati keistimewaan kad Visa Platinium antarabngsa – Berita terkini tawaran hangat Kardshoppe – Beli belah secara dalam talian dan tempahan telefon serta mail
Kad MyDebit Korporat Maybank
– Kad ini direka khas untuk perniagaan anda bagi memudahkan anda membuat bayaran tanpa tunai di mana-mana agensi kerajaan melalui rangkaian MyDebit.

Manakala ini pula annual fee dan caj pengeluaran Visa Debit Maybank Edisi Terhad Manchester United, Kad Bergambar Visa Debit Maybank, Visa Debit Manchester United Maybank, Visa Debit Maybank, Visa Debit FC Barcelona Maybank, Platinum Debit MasterCard Maybank

  • Empat pengeluaran pertama dalam sebulan di mesin ATM Maybank adalah percuma
  • RM0.50 caj ke atas pengeluaran kelima dan seterusnya. Namun pengeluaran adalah percuma sekiranya baki akaun pada ketika itu adalah di atas RM5000.00 atau pengeluaran adalah sebanyak RM1500.00 dan ke atas.
  • Caj tahunan sebanyak RM8.00 untuk pengeluaran duit tanpa had di mesin ATM Maybank
  • Caj RM1.00 akan dikenakan ke atas setiap pengeluaran di mesin ATM bank tempatan yang lain
  • Caj RM12.00 akan dikenakan ke atas setiap pengeluaran di mesin ATM bank antarabangsa
Kad Maybank Debit Visa Edisi Terhad Manchester United, Kad Begambar Visa Debit Maybank, Visa Debit Manchester United Maybank, Visa Debit Maybank, Kad Debit LED Tokyo 2020 Maybank
– Berbelanja di kedai seluruh dunia yang menerima VISA – Anda boleh jejak transaksi anda melalui Maybank2u – Tiada pendapatan diperlukan untuk permohonan, tiada bayaran kewangan tahunan atau pertukaran yang lambat – Cip keselamatan pintar
Visa Debit FC Barcelona Maybank
– Berbelanja di berjuta kedai yang menerima Visa di seluruh dunia – Boleh digunakan untuk mengeluarkan tunai di mesin ATM dalam dan luar negara (aktifkan bendera luar negara) – Tetapkan had perbelanjaan anda sehingga RM20000.00 – Had perbelanjaan harian sehingga RM3000.00 – Tiada pendapatan diperlukan untuk permohonan, tiada bayaran kewangan tahunan atau pertukaran yang lambat – Gunakan untuk mebayar bil dan pindah wang Cip keselamatan pintar – Anda boleh jejak transaksi anda melalui Maybank2u – Dapatkan tambahan 0.10% faedah tahunan dalam akaun premier Maybank2u
Platinum Debit MasterCard Maybank  
– Berbelanja di 29.4 juta kedai yang menerima MasterCard di seluruh dunia – Nikmati perlbagai peringkat faedah akaun primier Anda boleh jejak transaksi anda melalui Maybank2u Khidmat pelanggan 24 jam – Nikmati keistimewaan kad terpilih – Berita terkini tawaran hangat Kardshoppe – Beli belah secara dalam talian dan tempahan telefon serta mail – Bayar perbelanjaan di bawah RM250 tanpa sentuhan di perniagaan terpilih. Tiada tandatangan diperlukan – Nikmati keistimewaan MasterCard Platinium antarabngsa

Cara Tukar Nombor Telefon Maybank

Nombor telefon yang didaftarkan dengan bank yang anda guna adalah sangat penting.

Ini kerana nombor telefon yang betul akan memudahkan pengguna apabila menggunakan bank jika membuat transaksi atas talian kerana One-Time Password (OTP) akan dihantar ke nombor telefon yang anda daftarkan bersama bank tersebut.

Walaubagaimanapun, ada sesetengah pengguna yang ingin mengemaskini nombor telefon apabila berlaku pertukaran nombor telefon.

Namun, tidak boleh sama sekali cara tukar no telefon maybank online samada melalui laman sesawang Maybank atau Maybank2u.

Tujuan kemaskini ini hanya boleh dilakukan di kaunter Maybank atau di mesin ATM Maybank.

  • Cara tukar no telefon maybank boleh dilakukan di mesin atm, ataupun di kaunter maybank (pegawai bertugas akan membantu memudahkan urusan anda).
  • Jadi untuk cara tukar nombor telefon / phone number maybank di mesin atm, anda terus pergi ke pilihan menu ‘ATM SMS ALERTS / PHONE BANKING’ dan anda boleh tetapkan nombor telefon anda yang terbaru dan terkini

Berikut merupakan cara tukar nombor telefon maybank melalui kaunter di cawangan Maybank;

  1. Pengguna perlu melawati mana-mana cawangan Maybank yang terdekat.
  2. Kemudian, pengguna perlu mengisi dan melengkapkan borang permohonan kemaskini atau ubah nombor telefon bimbit pengguna.
  3. Kakitangan Maybank akan mendaftar dan mengemaskini nombor telefon bimbit anda yang baru.

Berikut merupakan cara tukar no telefon maybank di mesin ATM;

  1. Pengguna mestilah mengunjungi mesin ATM Maybank yang terdekat.
  2. Seterusnya, masukkan kad dan nombor pin anda.
  3. Pada menu utama, pengguna perlu klik pada “Maybank2u/Phone Banking/ATM SMS Alerts Other”.
  4. Klik pada M2U TAC Mobile / Update M2U TAC Mobile untuk tujuan mengemaskini nombor telefon bimbit.
  5. Masukkan nombor telefon yang baru dan klik pada butang “Enter”.

Realitinya, mesin tukar kad atm maybank semakin banyak hari ini. Ia semestinya memudahkan urusan cara tukar kad maybank anda kelak untuk membuat penukaran.

Semua artikel di bawah ini sedang 'TRENDING', follower MYPT3 sedang rancak baca untuk dapatkan info berkaitan.


Untuk pastikan anda tidak terlepas walau satu Bantuan 2024 terkini dari kerajaan Malaysia dengan MUDAH & SENANG, join Telegram Bantuan Kerajaan Malaysia seperti yang tertera di bawah

Berita baik, ada tawaran hadiah GOLD BAR / TABLET PERCUMA untuk follower Telegram

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan Malaysiahttps://t.me/bantuankerajaanmalaysia