JPN Putrajaya Near me: Jabatan Pendaftaran Negara

Waktu operasi JPN Putrajaya: Jabatan Pendaftaran Negara near me Malaysia

jpn putrajaya near me

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) merupakan sebuah jabatan yang bertanggungjawab dalam menyimpan rekod-rekod maklumat diri rakyat Malaysia.

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) ini terletak di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya. Ia merupakan ibu pejabat bagi jabatan ini yang menyimpan semua dokumen dan rekod yang berkaitan dengan peristiwa penting rakyat Malaysia.

BACA SINI >> Temujanji jpn appointment online

Kesemua dokumen yang disediakan oleh pihak JPN adalah tertakluk kepada Akta Pendaftaran Negara 1959. Oleh itu, peristiwa yang melibatkan urusan perkhidmatan kelahiran, kematian, perkahwinan, perceraian dan status kewarganegaraan wajib didaftarkan di bawah jabatan ini.

Senarai Servis di JPN Putrajaya

1. Urusan Kelahiran Bayi

Untuk urusan kelahiran mesti dilakukan di JPN dalam tempoh yang ditetapkan.

Maklumat lanjut anda boleh terus rujuk di artikel ini, sijil kelahiran

jabatan pendaftaran negara putrajaya

2. Urusan Anak Angkat

Perkhidmatan cabutan sijil kelahiran anak angkat boleh dicabut hanya melalui perintah mahkamah sekiranya sijil kelahiran tersebut hilang atau rosak.

Ibu bapa angkat atau penjaga angkat bertanggungjawab ke atas pendaftaran pengangkatan ini.

Permohonan boleh dibuat dengan mengisi Borang JPN.AA04 dan dihantar di JPN. 

Antara perkhidmatan lain yang terlibat di bawah perkhidmatan urusan anak angkat ini ialah permohonan cabutan sijil kelahiran (anak angkat) melalui perintah mahkamah, permohonan pengangkatan melalui perintah mahkamah di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak, permohonan pembetulan maklumat dalam daftar pengangkatan (de-facto), permohonan carian dan cabutan daftar pengangkatan (de-facto) dan permohonan pendaftaran pengangkatan (de facto).

Rajah di bawah ini menunjukkan contoh sijil kelahiran bagi anak angkat di Malaysia.

urusan anak angkat

3. Urusan Perkahwinan

Jabatan Pendaftarn Negara juga merekodkan urusan perkahwinan seseorang. Individu yang berumah tangga wajib mendaftar perkahwinan mereka di JPN.

Mereka akan menerima kad kahwin apabila pendaftaran telah dibuat. Ini penting bagi mengelakkan berlakunya masalah sosial dalam kalangan masyarakat seperti berkhalwat.

Antara perkhidmatan yang ditawarkan yang melibatkan urusan perkahwinan ialah pendaftaran perkahwinan di malaysia bagi pasangan bukan islam dengan lesen atau tanpa lesen, pendaftaran semula perkahwinan bagi pasangan bukan islam, pendaftaran semula perkahwinan luar negara, permohonan surat pengesahan taraf perkahwinan, permohonan carian atau cabutan daftar perkahwinan, permohonan pembetulan kesilapan dalam daftar perkahwinan, permohonan kaveat semasa borang permohonan perkahwinan dipamerkan, permohonan prosiding tribunal perkahwinan, pendaftaran perkahwinan di penolong pendaftar perkahwinan (kuil / gereja / persatuan agama), pengemaskinian rekod perkahwinan (perceraian / pembatalan), persetujuan perkahwinan bagi seseorang yang telah genap 18 tahun tetapi belum genap 21 tahun dan permohonan sebagai penolong pendaftar perkahwinan di gereja / kuil / persatuan agama.

Rajah di bawah ini merupakan contoh kad kahwin yang wajib ada pada individu yang sudah berkahwin.

urusan perkahwinan jabatan pendaftaran negara

4. Urusan Perceraian

Urusan perceraian juga mestilah didaftarkan dan direkodkan di bawah Jabatan Pendaftaran Negara.

Keputusan perceraian yang dikeluarkan oleh Mahkamah perlu dikemukakan kepada Pendaftar Besar Perkahwinan bagi tujuan kemaskini status diri individu.

Berikut merupakan contoh sijil perceraian seperti pada Rajah di bawah ini:

urusan perceraian jabata pendaftaran negara

5. Urusan Kematian di JPN

Jabatan Pendaftaran Negara juga merekodkan urusan kematian.

Ini penting untuk mengesahkan kematian seseorang individu. Ini kerana tanpa sijil kematian yang dikeluarkan oleh pihak JPN, individu tersebut akan dianggap hidup atau hilang.

Pewaris kepada si mati bertanggungjawab untuk melaporkan kematian seseorang individu

Perkhidmatan yang ditawarkan yang melibatkan urusan kematian ialah mendaftar kematian biasa, pendaftaran lewat kematian, cabutan daftar kematian, laporan anggapan kematian, laporan kematian luar negara, cabutan daftar kematian luar negara, pendaftaran kematian semasa menunaikan haji, permohonan pembetulan maklumat dalam sijil kematian dan permohonan carian dalam daftar kematian.

Rajah di bawah ini menunjukkan contoj sijil kematian yang dikeluarkan oleh JPN bagi mengesahkan kematian seseorang individu.

sijil kematian jpn

6. Urusan Warganegara Malaysia

Berdasarkan Perkara 14 Perlembagaan Persekutuan, bagi kelahiran luar negara, dalam negeri dan di luar Persekutuan wajib memohon kewarganegaraan Malaysia menerusi putrajaya JPN.

Status permohonan boleh disemak melalui laman sesawang https://sspk.jpn.gov.my seperti pada Rajah di bawah ini.

Perkhidmatan melibatkan urusan kewarganegaraan diuruskan secara penuh di bawah Jabatan Pendaftaran Negara, www.jpn.gov.my semakan permohonan

semakan permohonan kewarganegaraan jpn

Borang JPN

Waktu Operasi JPN Putrajaya & Malaysia

CAWANGANALAMATWAKTU OPERASI
Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara Putrajaya
(03-8000 8000)
JPN Putrajaya: No 20, Persiaran Perdana, Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62551 Wilayah Persekutuan Putrajaya.Isnin hingga Jumaat (8 pagi – 4.45 petang)
JPN Johor
(07-234 1690/ 07-234 1691 / 07-234 1634)
Aras G, 1, 2 & 3, Block 2, Kompleks Kementerian Dalam Negeri,  Taman Setia Tropika, Kempas,81200 Johor Bahru, Johor.Ahad hingga Rabu (8 pagi – 4.45 petang)
Khamis (8 pagi – 3.15 petang)
JPN Melaka
(06-232 6600/ 06-232 6881)
Aras 1, Blok Pentadbiran Kompleks Kementerian Dalam Negeri Jalan Seri Negeri, Hang Tuah Jaya. Ayer Keroh 75450 Melaka.Isnin hingga Jumaat (8 pagi – 4.45 petang)
JPN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur KL
(03-6201 1106/ 03-6205 7600/ 03-6205 7686/ 03-6205 7688)
Aras G, Kompleks Kementerian Dalam Negeri, Jalan Sri Hartamas 1, Off Jalan Dutamas 1, 50551 Kuala Lumpur.Isnin hingga Jumaat (8 pagi – 4.45 petang)
JPN Selangor
(03-5510 7255/ 03-55111 7355/ 03-5513 7455/ 03-5519 7155/ 03-5510 4964)
Tingkat 7, Plaza Masalam, No.2, Jalan Tengku Ampuan Zabedah E 9/E, Seksyen 9, 40551 JPN Shah Alam, Selangor.JPN Shah beroperasi Isnin hingga Jumaat (8 pagi – 4.45 petang)
JPN Perak
(05-528 8805/ 05-528 8808)
Aras 3 & 4, Kompleks Pejabat, Kementerian Dalam Negeri, Persiaran Meru Utama, Bandar Meru Raya, 30020 Ipoh, Perak.Isnin hingga Jumaat (8 pagi – 4.45 petang)
JPN Kelantan
(09-748 2793/ 09- 744 1717/ 09-743 0636)
Aras 1, 11&12 Wisma Persekutuan, Jalan Bayam, 15551 Kota Bharu, Kelantan.Ahad hingga Rabu (8 pagi – 4.45 petang)
Khamis (8 pagi – 3.15 petang)
JPN Kedah
(04-731 4359/ 04-730 2821/ 04-735 5744/ 04-731 4585)
Kementerian Dalam Negeri, Aras Bawah dan Aras Satu, Bangunan KDN Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Bandar Muadzam Shah Anak Bukit 06550 Alor Setar, Kedah.Ahad hingga Rabu (8 pagi – 4.45 petang)
Khamis (8 pagi – 3.15 petang)
JPN Negeri Sembilan
(06-765 1600/ 06-765 1601/ 06-765 1611 )
Tingkat 1, Wisma Persekutuan, Jalan Dato’ Abdul Kadir, 70551 Seremban.Isnin hingga Jumaat (8 pagi – 4.45 petang)
JPN Pahang
(09-5318888)
Aras Bawah & Satu, Kompleks Kementerian Dalam Negeri, Indera Mahkota, 25551 Kuantan, Pahang.Isnin hingga Jumaat (8 pagi – 4.45 petang)
JPN Pulau Pinang
(04-226 5161/ 04-226 4701/ 04-228 2150)
Aras 3, Bangunan Persekutuan, Jalan Anson, 10400 Pulau Pinang.Isnin hingga Jumaat (8 pagi – 4.45 petang)
JPN Terengganu
(09-630 1031/ 09-630 1039)
Tingkat 2, Wisma Persekutuan, 20551 Kuala Terengganu.Ahad hingga Rabu (8 pagi – 4.45 petang)
Khamis (8 pagi – 3.15 petang)
JPN Perlis
(04-979 5200)
Aras G, Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN), Persiaran Wawasan, 01000 Kangar, Perlis.Isnin hingga Jumaat (8 pagi – 4.45 petang)
JPN Sarawak
(082-242 221/ 082-242 223/ 082-237 850)
Bangunan Tun Datuk Patinggi Tuanku Haji Bujang, 93551 Kuching, Sarawak.Isnin hingga Jumaat (8 pagi – 4.45 petang)
JPN Sabah
(088-488 300/ 088-488 301)
Aras 1-5, Blok B, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Jalan UMS, Likas, 88400 Kota Kinabalu, Sabah.Isnin hingga Jumaat (8 pagi – 4.45 petang)
JPN Labuan
(087-443 631)
Aras 2, Bangunan UTC Pasar Sentral W.P. Labuan 87000 Wilayah Persekutuan Labuan.Isnin hingga Jumaat (8 pagi – 4.45 petang)

Soalan Lazim & FAQ

1. Apa Fungsi Jabatan Pendaftaran Negara

Ia merangkumi rekod-rekod maklumat diri individu termasuklah maklumat kelahiran, kematian, perkahwinan, perceraian, pengangkatan dan taraf kewarganegaraan seseorang individu.

2. Bila Jabatan Pendaftaran Negara ditubuhkan

Jabatan ini ditubuhkan di bawah Kementerian Dalam Negeri Malaysia. Ia dibentuk pada tahun 1948 selepas Peraturan-Peraturan Darurat dikuatkuasakan. 

3. Bila waktu operasi, buka & tutup Jabatan pendaftaran Negara Putrajaya

Ibu pejabat Jabatan Pendaftaran Negara di Putrajaya beroperasi pada Isnin hingga Jumaat, jam 8 pagi sehingga 4.45 petang.

Semua artikel di bawah ini sedang 'TRENDING', follower MYPT3 sedang rancak baca untuk dapatkan info berkaitan.


Untuk pastikan anda tidak terlepas walau satu Bantuan 2024 terkini dari kerajaan Malaysia dengan MUDAH & SENANG, join Telegram Bantuan Kerajaan Malaysia seperti yang tertera di bawah

Berita baik, ada tawaran hadiah GOLD BAR / TABLET PERCUMA untuk follower Telegram

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan Malaysiahttps://t.me/bantuankerajaanmalaysia