Portal JPA Pencen Kerajaan: Semakan Borang Kwap & Cara Kira Gratuiti dan Persaraan pilihan sendiri / bersara wajib tahun 2023
Portal Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Bahagian Pencen merupakan satu portal yang dikhaskan kepada pesara bagi urusan yang melibatkan pencen seperti permohonan kad pesara, pengiraan pencen, semakan status persaraan dan banyak lagi.
Portal ini secara tidak langsung dapat memudahkan pesara perkhidmatan awam untuk membuat urusan melibatkan persaraan mereka.
Secara amnya, portal ini diwujudkan untuk memberi manfaat dan menjaga kebajikan pesara dengan pengurusan persaraan yang lebih cekap dan efektif.
Segala data dan maklumat pesara penjawat awam akan direkodkan di portal ini untuk memudahkan pesara membuat rujukan dari semasa ke semasa.
Senarai Kandungan Penting:
Cara Daftar Portal Kwap Pencen
Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) merupakan ejen Kerajaan Persekutuan yang bertanggungjawab dalam menguruskan sumbangan caruman daripada penjawat awam yang berstatus tetap dan berpencen serta yang masih berkhidmat di bawah Badan Kawal Selia dan Pihak Berkuasa Tempatan.
- BACA SINI >> Bayaran insentif wilayah elaun biw 2023
- BACA SINI >> Tempahan rumah peranginan persekutuan
- BACA SINI >> Mypesara kad pesara kerajaan malaysia
Portal KWAP telah diwujudkan untuk membolehkan penjawat awam membuat pendaftaran ahli, caruman, bayaran balik serta membuat semakan denda lejar majikan.
Berikut merupakan cara-cara untuk mendaftar di portal KWAP;
- Layari laman sesawang https://icms.kwap.my seperti pada Rajah di bawah ini
- Klik pada bahagian “Pendaftaran Ahli”. Hanya pengguna yang berstatus penjawat awam sahaja boleh membuat pendaftaran.
- Setelah pendaftaran berjaya, pengguna akan menerima nama pengguna dan kata laluan bagi tujuan log masuk ke portal KWAP ini.

JPA Borang Pencen, jpapencen.gov.my
Menerusi portal JPA Pesara, terdapat senarai borang yang dilampirkan untuk para pesara membuat apa sahaja permohonan mengikut borang yang dipilih.
Berikut merupakan senarai borang-borang yang disediakan kepada para pesara;
1. Borang Permohonan Pencen & Ganti Cuti Rehat (GCR)
2. Jpa Pencen Borang Permohonan Faedah Terbitan
Panduan mengisi borang permohonan faedah terbitan bagi kematian dalam persaraan sangat mudah dan senang.
3. Borang Pemantauan Pencen & Persaraan JPA
4. Borang Tuntutan Perubatan
PERKARA | LINK PAUTAN |
---|---|
Permohonan Tuntutan Perjalanan Bagi Tujuan Rawatan Perubatan | http://www.jpapencen.gov.my/borang/PDF/UBAT/JPA.BP.UBAT.B04.pdf |
Borang Maklumat Tambahan Pemohon Bagi Permohonan Ubat/Alat/Perkhidmatan Perubatan/Rawatan | http://www.jpapencen.gov.my/borang/PDF/UBAT/Borang_Perubatan1_09_T.pdf |
Borang Maklumat Tambahan Pemohon Bagi Permohonan Rawatan Kecemasan di Hospital/Klinik Swasta | http://www.jpapencen.gov.my/borang/PDF/UBAT/Borang_Perubatan2_09_T.pdf |
Borang Maklumat Tambahan Pemohon Bagi Permohonan Rawatan Luar Negeri | http://www.jpapencen.gov.my/borang/PDF/UBAT/Borang_Perubatan3_09_T.pdf |
Borang Tuntutan Perjalanan Dalam Negeri Bagi Kehadiran Pesara Di Mahkamah. | http://www.jpapencen.gov.my/borang/JPA.BP.MAK.01.pdf |
5. Borang Janaan Sistem Hrmis (Untuk Kegunaan Jabatan)
PERKARA | LINK PAUTAN |
---|---|
Borang Permohonan Skim A Berwakil (HRMIS) | http://www.jpapencen.gov.my/borang/JP.BP.WAKIL.pdf |
Borang Pengumpulan GCR atau GCRK | http://www.jpapencen.gov.my/borang/pdf_hrmis/JPA.BP.1.pdf |
Sijil Akaun Berhutang/Tidak Berhutang | http://www.jpapencen.gov.my/borang/PDF/UMUM/JPA.BP.UMUM.B01.pdf |
Maklumbalas Siasatan Polis | http://www.jpapencen.gov.my/borang/pdf_hrmis/JPA.BP.4.pdf |
Urusan Persaraan Dan Pencen Melalui Aplikasi HRMIS | http://www.jpapencen.gov.my/borang/hrmis_01.pdf |
Urusan Faedah Terbitan Bagi Kematian Dalam Perkhidmatan Melalui Aplikasi HRMIS | http://www.jpapencen.gov.my/borang/hrmis_02.pdf |
Urusan Maklumat Asas Bakal Pesara Melalui Aplikasi HRMIS | http://www.jpapencen.gov.my/borang/hrmis_03.pdf |
Urusan Percantuman Perkhidmatan Lepas Melalui Aplikasi HRMIS | http://www.jpapencen.gov.my/borang/hrmis_04.pdf |
6. Borang Maklumat Penamatan Anggota Pentadbiran / Ahli Parlimen / Setiausaha Politik
PERKARA | LINK PAUTAN |
---|---|
Borang Maklumat Penamatan Perkhidmatan (Anggota Pentadbiran / Ahli Parlimen / Setiausaha Politik) | http://www.jpapencen.gov.my/borang/JPA.BP.SPPP.B01b-2022.pdf |
Borang Maklumat Tanggungan | http://www.jpapencen.gov.my/borang/PDF/SPPP/JPA.BP.SPPP.B03.pdf |
Sijil Akaun Berhutang / Tidak Berhutang | http://www.jpapencen.gov.my/borang/PDF/UMUM/JPA.BP.UMUM.B01.pdf |
7. JPA Borang Pembayaran Pencen Kerajaan
PERKARA | LINK PAUTAN |
---|---|
Borang Permohonan Pengunaan Akaun Bank Untuk Pesara/Penerima Pencen Yang Berhadapan Prosiding Bankrap/Bankrap | http://www.jpapencen.gov.my/borang/CAB/JPA.BP.CAB.001.pdf |
Borang Permohonan Bayaran Skim Balu Dan Anak Yatim (BAY) | http://www.jpapencen.gov.my/borang/CAB/JPA.BP.CAB.002.pdf |
Borang Permohonan Penukaran Mod Bayaran Pencen Kepada Waran Untuk Pesara / Penerima Pencen Yang Uzur dan Syarat Wakil Pesara Uzur | http://www.jpapencen.gov.my/borang/CAB/JPA.BP.CAB.003.pdf |
8. Lain-lain
PERKARA | LINK PAUTAN |
---|---|
Borang Permohonan Pertukaran Akaun Bank | http://www.jpapencen.gov.my/borang/Borang%20Pertukaran%20Akaun%202%20v1%2027052021.pdf |
Borang Permohonan Kad Pesara Skim KWSP | http://www.jpapencen.gov.my/borang/PDF/KWSP/JPA.BP.KWSP.01.pdf |
Borang Lampiran A – Pengmaskinian maklumat Pesara / tanggungan | http://www.jpapencen.gov.my/borang/PDF/SKP/BORANG%20LAMPIRAN%20A.pdf |
Apa itu Maksud Persaraan Wajib
Persaraan wajib ialah seseorang individu yang mencapai umur 55 tahun dan ke atas berkhidmat sebagai seorang pekerja. Berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bil.
3 Tahun 2001, pekerja boleh memilih untuk bersara wajib pada umur 55 sehingga 60 tahun.
Pesara akan menerima duit setelah pencen wajib mengikut tangga gaji akhir yang telah ditetapkan oleh JPA Bahagian Pencen.
Apa Itu Maksud Persaraan Pilihan Sendiri
Menurut Seksyen 12 Akta 227/ 239, persaraan jpa pilihan sendiri ialah menamatkan perkhidmatan pekerjaan atas pilihan sendiri dengan syarat sudah berkhidmat melebihi 10 tahun dan mencapai umur 40 tahun dan ke atas.
Macam-macam sebab dikalangan penjawat awam untuk mohon persaraan pilihan sendiri samada persaraan atas sebab kesihatan, persaraan awal guru di Malaysia sedang trend pada ketika ini.

Permohonan persaraan awal ini boleh dibuat dengan sokongan dan perakuan Ketua Jabatan.
Individu yang bersara awal tetap akan menerima pencen secara bulanan sepertimana yang ditetapkan semakan membuat semakan persaraan pilihan sendiri dengan pihak JPA Bahagian Pencen.
Senarai Kelebihan Dapat JPA Pencen Kerajaan
Banyak faedah yang bakal diterima oleh pesara yang berkhidmat dalam perkhidmatan awam, antaranya termasuklah;
- Menerima duit persaraan pencen perkhidmatan secara bulanan.
- Menerima kad pesara yang boleh dimanfaatkan untuk kegunaan harian.
- Menerima bantuan khas kewangan kerajaan.
- Menerima ganjaran.
- Menerima award wang tunai bagi gentian cuti rehat.
- Menerima pencen tanggungan.
- Menerima pencen hilang upaya.
- Menerima Pencen Terbitan.
- Menerima kemudahan perubatan.
- Menerima Ex-Gratia kematian.
Pengiraan pencen kini boleh dikira secara atas talian bagi memudahkan pesara untuk membuat semakan pencen mereka menerusi laman sesawang jpapencen.gov.my seperti pada Rajah di bawah ini
Contoh Cara Pengiraan Pencen

Contoh Cara Kira Gratuiti Pencen
Wang Gratuiti atau dengan kata nama lain merupakan ganjaran yang diberikan kepada pesara. Berikut merupakan cara-cara untuk mengira gratuiti pencen;
7.5 peratus X Bulan Perkhidmatan X Gaji Akhir
(terhad kepada maksimum 360 bulan perkhidmatan)
Sebagai contoh:
- Tempoh berkhidmat: 320 bulan
- Gaji Akhir: RM3,396.14
- Duit persaraan pencen diterima: 7.5 peratus X 320 bulan X RM3396.14 = RM81507.36
- Ini bermaksud jumlah wang gratuiti yang bakal anda terima adalah sebanyak RM81507.36
NOTA: Ada yang bertanya kepada kami samada gratuiti kena cukai atau tidak. Sebenarnya bayaran wang gratuiti tidak dikenakan cukai oleh LHDN
Apa Itu Maksud Pencen Terbitan dan Cara Kira Faedah Terbitan
Maksud pencen terbitan merupakan pencen yang diterbitkan disebabkan oleh kematian pesara perkhidmatan awam dan pencen tersebut dibayar kepada tanggungan pesara seperti yang ditetapkan menurut Akta Pencen JPA.
JPA pencen terbitan ini hanya memanfaatkan balu atau duda dan anak-anak pesara yang berumur 21 tahun dan ke bawah dan belum berkahwin.
Pengiraan faedah terbitan ini diagihkan berdasarkan pengagihan syer.
Balu atau duda akan menerima 2 bahagian / syer dan anak-anak dibawah tanggungan akan menerima 1 bahagian/ syer. Rajah di bawah ini menunjukkan cara pengiraan pencen terbitan kepada balu / duda;
