Semakan daftar dan JobsMalaysia Login Untuk Dapat Kerja Pantas Semasa COVID 19 di portal jobsmalaysia.gov.my

Di waktu musibah COVID 19 yang melanda negara, pelbagai ketentuan di pasaran pekerjaan hari ini. Ada yang kena cuti tanpa gaji, ada yang kena buang.
Malindo Air contohnya sudah pun sejumlah 70 peratus kakitangan diminta ambil cuti tanpa gaji. Keuntungan Malaysia Airlines dilaporkan sudah pun merosot kepada 94 peratus semenjak COVID melanda di Malaysia. (Semak berapa harga tiket mas airlines sekarang ini)
Berdasarkan dapatan daripada Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) 78.7 peratus syarikat akan buang pekerja sehingga 30 peratus. Satu jumlah dan bilangan yang tinggi dalam ketidaktentuan pasaran kerja dan ekonomi Malaysia hari ini.
Melihatkan situasi gelombang kena berhenti kerja bakal berlaku pada masa akan datang, di bawah kementerian sumber manusia telah pun melancarkan satu program yang dinamakan Program Penempatan Semula Pekerjaan. (JOM daftar myfuturejob perkeso untuk dapat kerja mudah sekarang)
JobsMalaysia Login
Kepada anda yang berminat boleh klik pada pautan yang yang dikongsikan pada jadual di bawah ini:
PERKARA | BUTIRANNYA |
---|---|
Program Penempatan Semula Pekerjaan | MOHON SINI |

- Yang bagusnya agensi kerajaan ini bersungguh-sungguh untuk membantu anda semua untuk mendapatkan kerja baru selepas ini.
- Mereka akan respon setiap permohonan yang anda hantar dalam tempoh 5 hari bekerja.
- Ketika ini, mereka menerima permohonan yang sangat banyak. Dan setiap permohonan akan diusahakan pada kerja dan jawatan yang sesuai berdasarkan kekosongan yang ada.
Program Penempatan Semula Pekerjaan
Portal JobsMalaysia Login: www.jobsmalaysia.gov.my login
SEMAK SINI: Contoh surat berhenti kerja bahasa melayu
Program ini dijangka akan membantu, kalangan anda yang kena buang kerja dan kena berhenti kerja oleh majikan masing-masing, boleh cuba mohon di bawah Program Penempatan Semula Pekerjaan.
Ingat kita semua kena sediakan payung sebelum hujan. Jangan berasa selasa dalan keadaan yang anda ada pada hari ini. Keadaan ini telah merebak di seluruh dunia. Apa sahaja boleh berlaku. Bersiap sedia semua!
P/S: Mari kongsikan bersama peluang Program Penempatan Semula Pekerjaan melalui portal jobsmalaysia ini bersama-sama rakan-rakan sekerja dan ahli keluarga anda yang terdekat di Whatapps dan Facebook mereka!