Jawatan Kosong Singapore : Tips dan Pengalaman Cari Kerja di Singapura

Senarai iklan jawatan kosong Singapore, Cari kerja dan jawatan Kosong Singapura

jawatan kosong singapore

Hari ini berlumba-lumba orang untuk cari kerja di sana. Semuanya gara-gara tukaran Singapore Dollar kepada Ringgit Malaysia 3 kali ganda lebih tinggi.

Dengan harapan pendapatan lumayan setiap bulan itu dapat menampung kehidupan seharian dan keluarga di Malaysia.

Berdasarkan statistik yang kami semak, jumlah kebanjiran yang datang bekerja dan berkelana di Singapore semakin meningkat setiap tahun.

Mereka sanggup meredah trafik dan kesesakan lalu lintas di Tambak Johor seawal 5 ke 6 pagi dan pulang lewat setiap hari semata-mata untuk meraih pendapatan lumayan di kota Singa itu.

Ada banyak kerja dan jawatan kosong Singapore yang boleh didapati di sana.

Berdasarkan pengalaman kami sendiri, ada rakyat malaysia yang kerja cleaner Singapore, kerja di hotel Singapore, kerja di Airport Singapore, kerja kilang Singapore, kerja kedai makan Singapore, kerja dengan syarikat penerbangan Singapore Airlines, kerja Zoo di Woodlands Singapore. Dan macam-macam lagi.

Selagi mana yang ada peluang beramai-ramai yang rebut peluang dan kekosongan yang ada.

Melihatkan tawaran gaji yang bakal diberikan, terliur bukan.

Kali pulak dengan 3 kali, balik Malaysia sangat lumayan dan berbaloi dengan pengorbanan setiap hari, setiap bulan di sana. Itu baru tawaran gaji tukang cuci sahaja. Belum lagi job job yang lain.

Antara sebab ramai yang cari kerja sana ialah :

kerja kosong singapore

  1. Semakin meningkat nilai matawang Singapore Dollar, semkain lumayan gaji dan pendapatan bulanan anda. Berdasarkan rekod, jarang sekali apabila Singapore Dollar mengukuh ia akan turun mendadak selepas itu. Yang naik jarang sekali akan turun. Jadi ia berita baik buat yang kerja di Singapura.
  2. Bukan jauh pun ulang alik. Hanya 1 Km sahaja dibandingan dengan tawaran gaji lumayan setiap bulan. Selepas tolak dengan sewa rumah di Johor Bahru (JB) kos ulang alik, masih banyak lagi baki setiap bulan
  3. Dan akhir sekali apabila anda bekerja di Singapura dan ada permit kerja, anda akan tertakluk dengan undang-undang Singapore. Jadi anda tidak perlu risau dengan sebarang penipuan, termasuk tidak menerima gaji.

Untuk cari kerja di Singapore, ada yang guna agensi kerja Singapore dan ada juga yang cari sendiri.

Jadi untuk kali ini, berdasarkan pengalaman kami, anda tidak perlu guna agensi kerja di Singapura untuk cari kerja sebaliknya anda boleh ikut beberapa tips dari kami seperti di bawah ini :

Bagaimana Cara Cari Jawatan Kosong Singapore

1) Anda mahu kerja di luar negara bulan? Apaapapun, kami sarankan anda buat passport Malaysia terlebih dahulu. Buat terus 5 tahun.

2) Sila siapkan contoh resume terbaik untuk anda hantar ke syarikat yang anda sasarkan. Kami cadangkan anda menggunakan Bahasa Inggeris dalam resume anda.

3) Sudah siap resume, mula hantar ke seberapa banyak syarikat kecil di Singapore. Daripada syarikat kecil sehingga ke syarikat besar. Semasa kami dahulu, satu hari kami hantar sekurang-kurangnya 5 resume. 10 hari sudah 50 resume dapat kami hantar. Sabar, jangan lupa berdoa. Insyaallah ada lekat.

4) Di mana website atau web portal online untuk cari kerja kosong di Singapore. Kami sarankan portal FastJob. RECOMMENDED! Cubalah

5) Berdasarkan pengalaman kami, beberapa kawasan seperti Bukit Batok, Choa Chu Kang, Mac Pherson, Kallang, Jurong, Woodlands, Ang Mo Kio, Orchard, Tuas, Tao Payoh, Sembawang, Changi, Tampines, Quunstown, Thompson antara lokasi popular jawatan kosong di Singapore.

6) Apabila sudah dapat isi jawatan kosong Singapore, pastikan anda gerak awal antara 2 hingga 3 jam sebelum waktu kerja Singapore anda, bagi mengelakkan kesesakan teruk di kastam Singapore.