Apply Iklan Permohonan Jawatan Kosong Kerajaan 2023: Cara Memohon Kerja kerajaan Sebagai Kakitangan & Penjawat Awam
Ramai di kalangan kita yang mengimpikan untuk menjadi penjawat awam kerana berpeluang memperolehi pelbagai kelebihan dengan senarai jawatan kosong 2023.
Masalahnya yang memohon lebih ramai berbanding kekosongan yang ditawarkan oleh kerajaan. Jadi perlu untuk anda membuat persediaan rapi untuk membolehkan anda diterima untuk kerja kerajaan.
BACA SINI: Semakan spa9i suruhanjaya perkhidmatan awam online
Berikut merupakan beberapa tips berkaitan permohonan kerja dan iklan jawatan kosong 2023 kerajaan.
Cara Mendapatkan Kerja & Jawatan Kosong Kerajaan
Semua cara memohon dan apply kerja kerajaan di sektor awam hendaklah didaftarkan melalui SPA. Anda perlu melalui beberapa peringkat sebelum berjaya menjadi penjawat awam.
BACA SINI >> Suruhanjaya perkhidmatan awam malaysia
BACA SINI >> Jawatan kosong singapore: tips kerja kosong singapura 2023
- Pertamanya, anda perlu mendaftarkan akaun di SPA9.
- Seterusnya, barulah anda memohon jawatan yang diimpikan melalui sistem tersebut. Bagi setiap permohonan, anda hanya dibenarkan memohon sehingga 15 jawatan sahaja.
- Selepas memohon kerja kosong kerajaan terkini 2023 tersebut, anda hendaklah lulus dalam ujian online dan psikometrik SPA.
- Setelah itu, barulah anda akan dipanggil untuk sesi temu duga. Bagi jawatan yang tertentu, anda mungkin dikehendaki lulus ujian pemeriksaan fizikal, pancaindera, dan kecergasan terdahulu sebelum melalui proses temu duga SPA.
Jangan lupa untuk memeriksa status akaun semakan spa anda kerana setiap pendaftaran hanya sah untuk tempoh 1 tahun sahaja
Tips Apply & Memohon Kerja Kosong Kerajaan
- Keutamaan haruslah diberi terhadap pengisian permohonan jawatan kosong 2023 kerajaan tersebut – ia hendaklah lengkap dan tepat; terutamanya e-mel dan nombor kad pengenalan.
- Pastikan ‘scan’ dokumen yang dikehendaki (sijil, dokumen) dengan jelas.
- Selain itu, pastikan anda memohon kerja yang mempunyai kekosongan atau sedang diiklankan oleh pihak SPA.
- Sekiranya anda berminat dengan jawatan yang tertentu, rajin-rajinlah berkunjung ke laman web kementerian atau jabatan yang berkaitan.
- Bagi memudahkan proses anda mendapatkan kerja dengan kerajaan, mohonlah jawatan yang sesuai dengan kelayakan anda.
Ramai orang yang terlepas peluang pekerjaan kerajaan ini kerana permohonannya telah ditapis dahulu oleh sistem.
Tips Lulus Temuduga Kerja Kerajaan 2023
Berdasarkan semakan kami, ada banyak tawaran jawatan kosong 2023 kerajaan di Putrajaya Sabah Sarawak Pulau Pinang Penang Kedah Melaka Perak Perlis Terengganu Kelantan Pahang Johor Negeri Sembilan Kuala Lumpur KL Selangor.

Jelasnya, langkah untuk berjaya melepasi temu duga SPA adalah persediaan yang rapi.
Antara perkara utamanya adalah dari aspek tanggapan pertama penemu duga.
- Hal ini termasuklah dari segi bahasa tubuh, etika pemakaian, dan penampilan resume anda.
- Resume yang ditampilkan hendaklah ringkas, lengkap, dan kemas; tidak lebih daripada 2 muka surat.
- Utamakan sijil / pencapaian yang berkaitan dengan jawatan yang dimohon agar penemu duga tertarik dengan profil anda.
- Adab dan gaya bercakap semasa temu duga juga harus diambil berat.
- Malah, anda hendaklah berusaha untuk membuat kaji selidik terlebih dahulu mengenai isu semasa, program dan sumbangan yang telah dilaksanakan oleh kementerian yang berkaitan, serta memahami tugas jawatan kerajaan yang dimohon.
- Selain itu, jawablah setiap persoalan dengan jujur, jelas, penuh keyakinan, dan memadai (tidak meleret).
Punca Gagal Dapat Kerja Gomen
Ramai yang stres apabila gagal mendapat kerja di kerajaan walaupun telah memohonnya berkali-kali. Antara sebab-sebabnya adalah dokumen dalam permohonan yang tidak lengkap, serta jawatan yang dimohon tidak bersesuaian dengan kelayakan.
Malah, ramai yang gagal pada peringkat temu duga SPA. Kebanyakannya berpunca daripada kurang persediaan dari segi ilmu, cara komunikasi yang kurang berkesan, dan banyak lagi.
Kelebihan Dapat Kerja Kosong 2023
Bekerja sebagai penjawat awam jelasnya memiliki banyak kelebihan seperti;
- Mendapat kenaikan gaji setiap tahun.
- Menerima pelbagai jenis elaun (cth: elaun perumahan).
- Diberi keutamaan ketika hendak membuat pinjaman.
- Mendapat cuti yang banyak.
- Diberi pilihan pencen atau caruman KWSP

Beza Kerja Government vs Kerja Swasta
Pertamanya adalah berkaitan gaji. Bagi pekerja sektor swasta, mereka berpeluang membuat rundingan gaji dengan pihak pengurusan.
Namun bagi pekerja sektor awam pula, gajinya telah ditetapkan mengikut jawatan dan pangkatnya, serta gaji pokoknya lebih kecil.
Dari segi peluang kerja kerajaan untuk kenaikan jawatan pula, penjawat awam perlu mengambil peperiksaan yang meliputi pelbagai sumber dan lulus dahulu sebelum mendapat peluang tersebut.
Manakala, pekerja swasta pula lebih mudah mendapat kenaikan pangkat kerana kebanyakannya mereka hanya dinilai melalui prestasi.
Sebenarnya, masih banyak lagi perbezaan antara permohonan kerja kerajaan 2023 dan swasta.
Namun, masing-masing memiliki kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri. Ia bergantung kepada pandangan seseorang, berdasarkan cara kehidupan dan persekitarannya.