Tempat Menarik di Janda Baik Resort, Villa & Homestay

Tempat Menarik di Janda Baik Resort, Villa & Homestay

tempat menarik di janda baik resort

Janda baik merupakan sebuah perkampungan di Bentong, Pahang yang terletak kira-kira 36km dari Kuala Lumpur. Kampung ini diasaskan oleh tiga orang sahabat yang bergelar Haji dan ia dinamakan sebagai Kampung Tiga Haji sebagai tanda penghargaan kepada jasa tiga orang Haji tersebut.

Walaubagaimanapun, pada tahun 1932, apabila Sultan Pahang pada ketika itu iaitu Sultan Abu Bakar melawat kampung tersebut, Baginda telah menukar nama kampung tersebut kepada Janda Baik yang kekal hingga sekarang.

Lokasi nya yang terletak di kawasan pergunungan di banjaran titiwangsa menjadi kawasan yang sangat menarik untuk meluangkan masa bercuti bersama kelaurga.

Udaranya yang nyaman ditambah dengan suasana yang tenang menjadikan ia tempat yang sangat sesuai untuk melupakan sejenak kesibukan dan tekanan bekerja di bandar.

Aktiviti & Tempat Menarik di Janda Baik Resort

Pelbagai aktiviti dan tempat menarik yang anda boleh lakukan dan lawati di janda baik. Artikel ini akan membincangkan aktiviti-aktiviti janda baik dan tempat menarik di Janda Baik yang harus anda cuba dan kunjungi. 

BACA SINI >> Escape Penang: promotion ticket & harga tiket murah 2022

  • Pertama sekali jangan lepaskan peluang untuk melawat Kampung Janda Baik itu sendiri kerana ianya penuh bersejarah. Kerana nama kampung itu lah kawasan ini sekarang begitu terkenal. Anda boleh menyewa basikal dan berbasikal mengelilingi kampung untuk menenangkan minda samabil menyapa penduduk setempat untuk bertanyakan asal usul kampung tersebut. 
  • Seterusnya anda wajib berkunjung ke Swat Paintball untuk merasakan keterujaan bermain permainan ini. Lokasi ini sememangnya menjadi tumpuan ramai untuk mengadakan majlis sambutan hari keluarga malah sering menjadi tumpuan para artis tanah air. Namun sekiranya tempat ini penuh anda boleh beralih ke Chalet Pak Samad untuk bermain Paintball.
  • Bagi mereka yang ingin meluangkan masa bermain permainan bersama kelauga, anda boleh berkunjung ke Majnoon Campsite Archery untuk mencuba aktiviti memanah. Di sini anda boleh memanah bersama keluarga sehingga ke malam. 
  • Sekiranya anda menggemari aktiviti janda baik yang lasak, anda boleh mengadakan aktiviti trekking menuju ke air terjun di Ulu Tampit. Air terjun ini merupakan lokasi yang sangat popular di janda baik. Walaupun jarak perjalanan adalah sekitar sejam, orang ramai tetap berpusu-pusu berkunjung ke sini untuk menikmati keindahan air terjun yang mempunyai tujuh tingkat tersebut. Bagi menjamin keselamatan anda, anda tidak dibenarkan berkunjung sendiri tanpa diiringi oleh juru pandu berpengalaman dan permit yang sah. 
  • Aktiviti seterunya merupakan salah satu aktiviti yang sangat unik di janda baik iaitu aktiviti menunggang kuda di Bidaisari Stables. Ini adalah peluang terbaik untuk kita merasakan pengalaman yang paling unik dalam hidup kita kerana tidak semua orang pandai atau berpeluang menunggang kuda. Sekiranya anda tidak mahir menunggang kuda, pihak resort ada menyediakan sesi pembelajaran tentang Teknik penunggangan kuda. Lebih menarik lagi, anda boleh menikmati pengalaman kuda di kawasan hutan.
  • Antara aktiviti air yang menarik yang boleh anda lakukan sambile menikmati keindahan alam adalah dengan melakukan aktiviti water tubbing di Pulai Santap. Pulau Santap merupakan sebuah kawasan yang kaya dengan keindahan sungai dan kawasan persekitaran yang indah. Anda boleh menikmati pengalaman berkelah dan santai bersama keluarga sambil barbeku dan mandi manda. Sewaan pondok dan kelengkapan berkelah yang lain adalah sangat berpatutan.
  • Di Pulau Santap ini anda juga boleh berkunjung ke Ladang Fig untuk menikmati keenakan buah Ara. Ladang Fig yang luas merupakan ladang milik Datuk Syed Elias Syed Ahmad yang menempatkan lebih kurang 300 jenis ataupun spesies buah ara. Ladang ini merupakan pengeksport utama buah ara di rantau Asia Tenggara. 
  • Akhir sekali, anda wajib berkunjung ke Tiarasa Escapes Glamping Resort yang dipenuhi dengan khemah mewah ala safari dan rumah pokok. Ini akan memberikan anda suasana glamping terbaik.

SUMBER: Tripadvisor

Tempat Makan Menarik di Janda Baik

BACA SINI: Senarai genting highlands activities yang best dan menarik

Lumrah kita sebagai manusia, tidak lengkap rasanya apabila kita berkunjung ke sesuatu tempat tanpa merasa makanan tempatan yang istimewa dan hanya boleh didapati di kawasan tersebut.

Begitu juga di Janda Baik yang mempunyai begitu banyak pilihan tempat dan menu untuk menjamu selera.

Di sini, penulis akan mengupas tiga tempat makan menarik di Janda Baik dan ciri keaslian menjadi keutamaan.

Maksudnya tempat makanan yang menyediakan menu istimewa yang hanya ada di Janda Baik akan diutamakan. 

1. Tempat Makan Menarik di Pinto Coffee+

Kopi buatan sendiri merupakan keistimewaan Janda Baik. Kedai kopi Pinto ini menyediakan kopi buatan mereka sendiri.

Kopi yang dihidang di kedai ini merupakan hasil tanaman dan diproses oleh mereka sendiri.

Pengunjung boleh membeli kopi-kpoi yang dipek yang diberi nama kultura, banjaran origin dan belantara.

Kedai ini menyediakan makan ala-ala starbuck dan juga Secret Recipe di aman ia menghidangkan aneka pilihan kek dan pasta untuk digandingkan dengan kopi istimewa.

2. Tempat Makan Best di Lemang To’Ki

Penulis memilih kedai ini sebagai salah satu daripada tiga kedai makan menarik di Janda Baik kerana ia tidak menghidangkan menu-menu yang biasa kita makan.

Lihat sahaja pada nama kedai nya sudah pasti menu utama dan istimewa yang dihidangkan adalah lemang.

Lemang yang dihidangkan  dengan rendang ayam dan daging ini begitu popular sehingga dikenali di seluruh Malaysia.

3. Kedai Minang Sri Selera

Kedai ini dipilih kerana sup tulang nya yang sungguh sedap sehingga ia dinobatkan sebagai sup tulang terbaik di Janda Baik.

Anda mempunyai pilihan untuk menikmati sup tulang anda bersama nasi ataupun bihun.

Selain daripada sup tulang, kedai ini juga pakar dalam menyediakan makanan minang seperti nasi campur padang.

Homestay Best dan Janda Baik Resort Yang Best

BACA SINI: Tempat menarik di kuantan

Di Janda Baik ada terdapat lebih daripada 30 resort yang menarik dan menyediakan pelbagai aktiviti.

Di sini penulis akan mengupas tiga resort terbaik dan penginapan menarik di janda baik yang wajib anda kunjungi.

Pemilihan resort ini adalah berdasarkan harga yang berpatutan, kepelbagaian aktiviti serta faktor alam dan fauna untuk ketenangan minda sepanjang tempoh penginapan menarik di janda baik.

1. Sugeh Hill Resort

Di Sugeh Hill Resort ini ada terdapat pelbagai jenis bilik yang anda boleh diami dengan harga serendah RM139 semalam.

Setiap bilik dilengkapi dengan pelabagai kemudahan dengan standard hotel.

Apa yang lebih menarik adalah anda boleh melakukan pelbagai aktivit di resort ini seperti Fyling Fox, berbasikal dan menaiki skuter mengelilingi resort, merasakan pengalaman unik menunggang kuda, melawat mini zoo dan menikmati pengalaman mandi sungai dan kolam.

SYARIKATSugeh Hill Exclusive Eco Resort
ALAMATLot 495, Kampung Hulu Chemperuh, 28750 Bentong, Pahang.

2. Bidaisari Resort

Bidaisari Resort menyediakan pelbagai pilihan penginapan seperti banglo pensendirian, pondok air dan chalet berkembar.

Janda baik villa ini sangat sesuai untuk percutian bersama keluarga yang besar kerana kawasannya yang luas dan persekitaran yang bersih. Ianya juga menyediakan pelbagai aktiviti yang boleh disertai bersama ahli keluarga seperti memancing, menunggang kuda, trekking dan menunggang ATV.

Villa di janda baik ini juga sangat sesuai untuk mengadakan majlis keraian seperti majlis perkahwinan, sambutan haru jadi dan team building.

SYARIKATBidaisari Resort Sdn. Bhd.
ALAMATBidaisari Resort Sdn. Bhd. Lorong Cheringin 1, Kampung Cheringin, 28750 Bentong, Pahang.

3. Enderong Resort

Apabila kita bercuti, sudah tentunya kita inginkan suasana tenang dan nyaman agar kita dapat melupakan sektika tekanan kerja dan kesibukan kota.

Enderong Resort merupakan pilihan yang sangat tepat kerana ianya terletak kawasan tanah tinggi yang dikelilingi flora dan fauna.

Anda boleh berenag dengan santai sambil menikmati keindahan alam semula jadi.

Anda boleh menikmati pelbagai aktiviti seperti memanah, trekking, dan nature walk dengan selamat kerana ada penunjuk arah disediakan sepanjang perjalanan.

SYARIKAT
ALAMATC21, Persiaran Enderong, Jalan Tanarimba Pine Tanarimba, 28750 Bentong, Pahang.

Chalet Janda Baik

Di Janda Baik juga terdapat begitu banyak chalet yang menarik dengan tawaran harga dan kemudahan yang tersendiri.

Berikut merupakan senarai 3 chalet terbaik di Janda Baik yang membawa anda kembali kea lam semula jadi (Back To Nature).

1. Permai Chalet Janda Baik

Permai chalet mempunyai dua jenis chalet iaitu jenis 1 yang boleh memuatkan sehingga 10 orang dan jenis 2 yang boleh memuatkan 3 hingga 4 orang dalam setiap unit.

Chalet ini terletak betul-betul di tepi sungai yang akan memberikan ketenangan kepada penghuninya dengan bunyi lembut air yang menglalir.

Chalet ini dilengkapi dengan pelbagai kelengkapan keperluan seperti alamari, peti sejuk, televisyen, sofa, bilik mandi dan sebagai.

Anda juga boleh melakukan pelbagai aktiviti seperi mandi sungai, BBQ, trekking dan berjalan.

Harga nya juga sangat berpatutan dengan hanya RM330 untuk chalet jenis 1 dan RM150 untuk chalet jenis 2.

2. Casaria Chalet

Homestay Janda Baik chalet casaria ini terletak di Kampung Cheringin dan mempunyai unit 1 dan 3 bilik tidur.

Ia dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan seperti kipas, televisyen, bilik mandi dan seterika.

Chalet ini merupakan salah satu yempat penginapan yang mempunyai skor terbaik di Janda Baik. 

3. Danau Daun Chalets

Danau Daun Chalets adalah koleksi 6 vila yang tersembunyi di dalam kehijauan.

Janda baik homestay ini boleh memuatkan antara 4 hingga 8 tetamu bergantung pada mana yang anda pilih.

Setiap janda baik homestay ini juga dilengkapi dengan kemudahan seperti peti sejuk mini, cerek dan microwave serta TV. Tidak ada penyaman udara, tetapi kipas siling tersedia, tetapi dengan kesejukan kawasan bukit, anda tidak akan merindui penyaman udara anda.

Setiap chalet juga mempunyai ruang barbeku sendiri di luar, yang anda boleh gunakan dengan bebas.

Memang banyak sebenarnya villa, chalet dan juga homestay yang boleh anda pilih sepanjang anda bercuti di janda baik, tempat makan dan aktiviti menarik banyak yang boleh anda cuba. Lari dan tinggal sebentar jauh dari kesibukan ibu kota hari ini

Semua artikel di bawah ini sedang 'TRENDING', follower MYPT3 sedang rancak baca untuk dapatkan info berkaitan.


Untuk pastikan anda tidak terlepas walau satu Bantuan 2024 terkini dari kerajaan Malaysia dengan MUDAH & SENANG, join Telegram Bantuan Kerajaan Malaysia seperti yang tertera di bawah

Berita baik, ada tawaran hadiah GOLD BAR / TABLET PERCUMA untuk follower Telegram

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan Malaysiahttps://t.me/bantuankerajaanmalaysia