Jadual Kerja Sejarah PT3 2022 : Pendidikan vernakular barat punca masalah perpaduan di Malaysia
Kerja Kursus Sejarah Pt3 yang baik perlu ada beberapa isi kandungan dan format yang telah ditetapkan termasuklah nama penulis, kandungan, tajuk kajian serta tidak lupa juga kaedah kajian dan objektif kajian.
Bersama-sama bagi siri artikel kali ini, Mypt3 kongsikan bersama dengan anda apa yang perlu sertakan dalam bahagian objektif kajian, kaedah kajian dan juga jadual kerja Sejarah PT3. (Sumber tambahan)
Contoh jadual kerja Sejarah PT3, kerja kursus pendidikan vernakular barat menyebabkan wujud masalah perpaduan di Malaysia ada di bawah ini. Rujukan yang kami sediakan ini adalah berdasarkan cara membuat jadual kerja sejarah bagi tajuk tahun ini.
Teruskan membaca….
Koleksi Contoh Jadual Kerja Sejarah PT3
Anda muatkan dalam bentuk dan format serta contoh jadual kerja kajian kes sejarah berserta ruang catatan.
Bil | Tarikh | Perkara | Catatan |
---|---|---|---|
1 | 2 Mei 2019 | Guru subjek Sejarah Pt3 akan memberikan taklimat lebih lanjut berkaitan dengan tajuk tugasan berserta penjelasan dengan lebih lanjut di sekolah | |
2 | 3 Mei 2019 | Kenalpasti segala maklumat dan info berkaitan dengan masyarakat di tempat tinggal anda yang tepat dan sesuai untuk dijadikan bahan kajian dengan melakukan perbincangan bersama guru sejarah dan rakan kelas bagi pemilihan tajuk kerja kursus sejarah PT3 | Aktiviti di rumah rakan |
3 | 4 Mei 2019 | Mula membuat semakan dan rujukan di Internet melalui blog berinformasi dan laman web pilihan termasuk portal rasmi Pt3 mypt3.com | Aktiviti di rumah rakan |
4 | 5 Mei 2019 | Kenalpasti bentuk penulisan untuk tugasan dengan lebih lanjut termasuk menyenaraikan objektif kajian yang akan dipilih dan kaedah kajian yang akan digunakan dalam projek kerja kursus ini termasuk pemilihan tajuk kerja kursus sejarah pt3 | Perbincangan dilakukan secara berkumpulan |
5 | 6 Mei 2019 | Melakukan lawatan dan tinjauan ke lokasi masyarakat setempat yang dipilih untuk mengumpul bahan kajian | |
7 | 6 Mei 2019 | Menentukan informasi dan maklumat yang diperlukan untuk dijadikan bahan kajian seterusnya dimasukkan dalam kerja kursus sejarah pt3. | |
8 | 7 Mei 2019 | Memulakan proses temubual dan soal selidik yang dapat memberikan maklumat tambahan | |
9 | 10 Mei 2019 | Menyusun dan mengumpulkan bahan kajian yang terkumpul sebagai persiapan untuk penulisan tugasan sejarah pt3 | |
10 | 12 Mei 2019 | Proses penulisan dan kerangka kasar di sekolah | |
11 | 13 Mei 2019 | Penulisan kerja kursus sejarah pt3 di dalam kelas diteruskan mengikut format dan tempoh dan tarikh yang telah pun ditetapkan | |
12 | 20 Mei 2019 | Mula menulis definisi atau pengenalan, cadangan, rumusan dan sumber rujukan | |
13 | 13 Jun | Semakan tugasan bagi memastikan ianya lengkaop | |
14 | 17 Jun | Hantar tugasan yang telah disiapkan |
Di bawah ini pula adalah contoh jadual untuk tahun 2015 yang membabitkan kajian terhadap sejarah 1865 Perjanjian Persetiaan Persekutuan dan juga bangunan bersejarah di Malaysia
Manakala di bawah ini adalah contoh jadual kerja sejarah PT3 2016 untuk tajuk Bangunan bersejarah di Malaysia :
Untuk contoh jadual kerja sejarah sejarah pt3 2017 pula yang bertajuk peristiwa bersejarah di Malaysia ada dikongsikan di bawah ini. Ada 3 contoh kesemuanya untuk tahun lepas .