Senarai borang & Waktu operasi Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia Putrajaya contact number immigration
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) merupakan agensi kerajaan yang beroperasi di bawah Kementerian Dalam Negeri.
Segala perkhidmatan yang melibatkan pas perjalanan, visa, permit kerja, permit kewarganegaraan serta penyeliaan keluar masuk individu dari/ke Malaysia diuruskan dan diletakkan di bawah tanggungjawab ibu pejabat imigresen putrajaya.
BACA SINI >> Renew passport malaysia 2023: status renewal online
Tujuan immigration malaysia ini ditubuhkan adalah untuk memastikan keselamatan rakyat dan negara Malaysia terjamin dan sejahtera. Hal ini penting untuk memastikan Malaysia menjalinkan hubungan yang baik dengan negara-negara luar di seluruh dunia.
Urusan di Jabatan Imigresen Malaysia Putrajaya
Terdapat beberapa perkhidmatan penting yang ditawarkan di bawah seliaan immigration putrajaya. Berikut adalah antara perkhidmatan di bawah JIM;
- BACA SINI >> myimms eservices imi.gov.my: check status e bayaran imigresen
- BACA SINI >> Semakan nama blacklist keluar negara: senarai hitam imigresen
1. Buat Passport di Jabatan Imigresen Malaysia Immigration
Jabatan Imigresen Malaysia menawarkan perkhidmatan berkaitan dengan urusan passport.
Passport merupakan dokumen penting bagi setiap individu yang ingin melakukan perjalanan luar negara.
Passport ini boleh dimohon secara langsung menerusi JIM cawangan pemohon atau secara atas talian.
Pemohon boleh melayari laman sesawang https://imigresen-online.imi.gov.my seperti pada Rajah di bawah ini untuk permohonan passport dan pembaharuan tempoh passport.
Antara perkhidmatan yang disediakan di bawah Bahagian Passport di Jabatan Imigresen Malaysia ialah permohonan passport, semakan kelayakan untuk permohonan passport dan urusan-urusan lain yang melibatkan passport.

2. Permohonan Visa Premium Malaysia
JIM juga menawarkan perkhidmatan Program Visa Premium (PVIP).
Ia merupakan program jangka masa panjang kepada pelabur, perniaga dan pelancong asing untuk belajar, bekerja dan menetap di Malaysia sehingga lebih 20 tahun.
Permohonan ini boleh dipohon menerusi laman sesawang https://imigresen-online.imi.gov.my seperti pada Rajah di bawah ini atau di mana-mana cawangan JIM.

Pemohon untuk program visa premium Malaysia ini dibuka kepada sesiapa sahaja yang tidak memegang kerakyatan Malaysia.
Fi sejumlah RM200,000 perlu dibayar oleh pemohon bagi melayakkan beliau mendapatkan visa ini.
Berikut merupakan senarai fi yang perlu dibayar jika ingin memohon visa dibawah program ini;

3. MM2H New Requirements 2023
Malaysia Rumah ke-2 Ku (MM2H) merupakan salah satu perkhidmatan yang diperkenalkan di bawah JIM.
Program Malaysia My Second Home (MM2H) ini ditawarkan kepada warga asing yang ingin memohon pas jangka masa panjang untuk menetap di Malaysia.

Permohonan program ini boleh dipohon secara atas talian menerusi laman sesawang mm2h official website https://imigresen-online.imi.gov.my seperti pada Rajah di atas ini dan permohonan juga mestilah dibuat dengan mengisi borang pas lawatan mengikut mm2h new requirements 2023 seperti pada Rajah di bawah ini untuk dihantar kepada JIM

4. Pas Lawatan Kerja Sementara PLKS
Permohonan lanjutan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) merupakan perkhidmatan yang terdapat di JIM.
Permohonan eplks ini disediakan adalah untuk memperbaharui permit kerja warga asing di Malaysia supaya masih boleh bekerja di Malaysia secara sah samada pembantu rumah atau buruh kasar.
Majikan bertanggungjawab untuk memohon daftar e-PLKS ini login menerusi laman sesawang https://imigresen-online.imi.gov.my seperti pada Rajah di bawah ini.

Pekerja asing akan menerima surat akaun permohonan lanjutan pas lawatan kerja seperti pada Rajah di bawah ini setelah pihak majikan membuat permohonan dan pendaftaran jabatan imigresen malaysia work permit.

5. Check Malaysia Immigration Visa Application
Di bawah Jabatan Imigresen, perkhidmatan MyVisa diperkenalkan bagi memudahkan permohonan visa malaysia kepada pelajar, ekspatriat (expat) dan pengembara perubatan.
MyVisa merupakan platform atas talian yang diwujudkan bagi pemohon visa warga asing untuk memasuki Malaysia.
Permohonan MyVisa ini boleh dipohon melalui laman sesawang malaysia visa official website https://malaysiavisa.imi.gov.my seperti pada Rajah di bawah ini.

Permohonan visa malaysia ini mengambil masa 2 hari bekerja untuk diluluskan.
Oleh itu, setiap pelancong yang melancong dari negara yang memerlukan visa untuk memasuki Malaysia, mereka perlu memohon secara atas talian lebih awal daripada tarikh penerbangan di portal evisa malaysia official website.
Hal ini penting kerana ianya berfungsi sebagai dokumen perjalanan kepada pelancong asing.
6. Login Myxpats Application Status Jabatan Imigresen Malaysia
Perkhidmatan PLS@XPATS merupakan perkhidmatan yang melibatkan urusan pekerjaan dalam bidang professional bagi warga asing dan pas lawatan sosial.
Permohonan perkhidmatan ini perlu dibuat oleh majikan, badan penaja atau syarikat pekerjaan tersebut.
Permohonan myxpats application status boleh dibuat menerusi laman sesawang https://mtp.imi.gov.my seperti rajah di bawah ini

Permohonan PLS@XPATS ini akan diproses dalam masa 3 hari bekerja menerusi Jabatan Imigresen Malaysia. Ia mestilah disertakan bersama visa yang dipohon melalui MyVisa.
7. Imigresen Putrajaya Bahagian Pekerja Asing
Perkhidmatan E-PLSI merupakan perkhidmatan di bawah jabatan imigresen melibatkan permohonan pas lawatan sosial jangka masa panjang pekerja asing termasuk yang kerja pembantu rumah ke Malaysia.
Permohonan imigresen pekerja asing ini boleh dipohon secara atas talian dengan sign up dan login eplsi imigresen online di laman sesawang https://imigresen-online.imi.gov.my seperti pada Rajah di bawah ini

Pegawai imigresen akan menyemak permohonan dan eplsi bayaran immigration malaysia yang dibuat secara online dan akan diproses dalam tempoh 3 hari bekerja.
Kelulusan akan diberikan kepada pemohon jika memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh JIM.
Jika lulus, pemohon perlu hadir ke kaunter JIM cawangan yang terdekat untuk mendapatkan pelekat EPLSI.
Hal ini penting untuk memastikan seseorang individu mempunyai pas lawatan sosial yang sah di Malaysia.
NOTA: eservices.imi.gov.my visa check
Senarai Borang Imigresen
PERKARA | LINK PAUTAN |
---|---|
Borang imm.55 (Borang permohonan Lanjutan Pas Lawatan) | KLIK SINI |
Borang borang imm.38 (Borang permohonan untuk visa) | KLIK SINI |
Waktu Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Putrajaya
Ibu pejabat Jabatan Imigresen Malaysia terletak di Putrajaya, di mana segala rekod perjalanan dan keluar masuk individu ke atau dari Malaysia akan dikumpulkan dan direkodkan di imigresen.
Waktu operasi yang ditetapkan oleh JIM Putrajaya adalah pada jam 7.30 pagi sehingga jam 5.30 petang pada setiap Isnin sehingga Jumaat bagi semua urusan kecuali urusan melibatkan bahagian passport.
Waktu operasi JIM Putrajaya bagi Bahagian Pasport adalah bermula jam 8 pagi sehingga 4.30 petang pada hari Isnin sehingga Jumaat.
Jabatan Imigresen Malaysia Contact Number
Berikut merupakan cawangan seluruh malaysia termasuk jabatan imigresen putrajaya:
CAWANGAN | ALAMAT | WAKTU OPERASI |
---|---|---|
Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia Putrajaya contact number (03-8000 8000) | Pejabat No. 15, Tingkat 1-7, (Podium) Persiaran Perdana Presint 2 62550 Imigresen Wilayah Persekutuan. | Isnin hingga Jumaat (7.30 pagi – 5.30 petang) |
Pejabat Imigresen Johor (07-2338400) | Tingkat 1-3 dan 8-14, Blok 1 Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN), Taman Setia Tropika 81200 Johor Bahru Johor. | Ahad hingga Rabu (7.30 pagi – 5.30 petang) Khamis (7.30 pagi – 3.30 petang) |
Imigresen Melaka (06-232 2662) | Aras 1-3, Kompleks Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri Jalan Seri Negeri, Ayer Keroh 75450 Melaka Melaka | Isnin hingga Jumaat (7.30 pagi – 5.30 petang) |
Imigresen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (03-2095 5077) | Aras 1-5, Blok 1 Pusat Bandar Damansara 50550 Kuala Lumpur Wilayah Persekutuan. | Isnin hingga Jumaat (7.30 pagi – 5.30 petang) |
Pejabat Imigresen Selangor (03-5519 0653) | Imigresen Tingkat 2 Kompleks PKNS 40550 Shah Alam Selangor. | Isnin hingga Jumaat (7.30 pagi – 5.30 petang) |
Imigresen Perak (05-501 7100) | Aras 2-4 Kompleks Pejabat, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri Persiaran Meru Utama , Bandar Meru Raya, Jelapang 30020 Ipoh Perak. | Isnin hingga Jumaat (7.30 pagi – 5.30 petang) |
Imigresen Kelantan (09-748 2120) | Aras 2, Wisma Persekutuan Jalan Bayam 15550 Kota Bharu Kelantan. | Ahad hingga Rabu (7.30 pagi – 5.30 petang) Khamis (7.30 pagi – 3.30 petang) |
Imigresen Kedah (04-733 3302) | Tingkat 2, Wisma Persekutuan Jalan Kampung Baru 5000 Alor Setar Kedah. | Ahad hingga Rabu (7.30 pagi – 5.30 petang) Khamis (7.30 pagi – 3.30 petang) |
Imigresen Negeri Sembilan (06-762 0000) | Tingkat 4, Wisma Persekutuan Jalan Dato’ Abdul Kadir 70000 Seremban Negeri Sembilan. | Isnin hingga Jumaat (7.30 pagi – 5.30 petang) |
Imigresen Pahang (09-573 2200) | Kompleks Imigresen Bandar Indera Mahkota 25200 Kuantan Pahang | Isnin hingga Jumaat (7.30 pagi – 5.30 petang) |
Imigresen Pulau Pinang (04-397 3011) | Jalan Kelasah Jalan Kelasah 13700 Seberang Jaya, Pulau Pinang. | Isnin hingga Jumaat (7.30 pagi – 5.30 petang) |
Imigresen Terengganu (09-622 1424) | Tingkat 1, Wisma Persekutuan Jalan Sultan Ismail 20200 Kuala Terengganu Terengganu. | Ahad hingga Rabu (7.30 pagi – 5.30 petang) Khamis (7.30 pagi – 3.30 petang) |
Imigresen Perlis (04-9762636/ 04-766037/ 04-766017) | Tingkat 1, Bangunan Persekutuan Persiaran Jubli Emas, 1000 Kangar Perlis. | Isnin hingga Jumaat (7.30 pagi – 5.30 petang) |
Imigresen Sarawak (082-247 222) | Tingkat 1 & 2 Bangunan Sultan Iskandar 93550 Kuching Sarawak. | Isnin hingga Jumaat (7.30 pagi – 5.30 petang) |
Imigresen Sabah (088-488700/ 088-488718) | Aras 1-4, Blok B Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Jalan UMS 88400 Kota Kinabalu Sabah. | Isnin hingga Jumaat (7.30 pagi – 5.30 petang) |
Imigresen Labuan (087-412 298) | Unit E002, Tingkat 1, Aras Podium, Kompleks Ujana Kewangan Jalan Merdeka, Peti Surat 174 87008 W.P Labuan Wilayah Persekutuan. | Isnin hingga Jumaat (7.30 pagi – 5.30 petang) |
Soalan Lazim & FAQ
1. Di mana lokasi immigration malaysia putrajaya?
Ibu pejabat JIM ini terletak di No. 15, Tingkat 1-7, (Podium) Persiaran Perdana, Presint 2, 62550 Putrajaya.
1. Bidang kuasa immigration malaysia tertakluk di bawah akta?
Segala urusan dan perkhidmatan yang melibatkan JIM adalah tertakluk di bawah Akta Imigresen 1959/63, Peraturan-peraturan Imigresen 1963, Akta Pasport 1966, Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (pindaan 2010)