Apa itu b40 dan apakah maksud serta jumlah gaji layak tersenarai golongan b40 m40 t20 termasuk bujang dan kelebihan keluarga kumpulan Isi Rumah sehingga dapat banyak Bantuan Kerajaan Malaysia tahun 2021
Ramai merasakan tahun ini, adalah lebih mencabar. Apa yang ramai rakyat risaukan adalah gelombang kos sara hidup 2021. Adakah mereka mampu menempuhi ataupun ‘terkorban awal’?
Apa langkah kerajaan untuk meringan beban sara hidup rakyat di Malaysia untuk kali ini di bawah pimpinan kerajaan baru Malaysia di sebalik wabak covid 19 yang melanda malaysia hari ini?
Pakar ekonomi menjangkakan golongan isi rumah b40 akan yang paling teruk terkesan jikalau tidak dibantu dengan mekanisme yang betul dan segera.
Ini diakui sendiri oleh seorang pakar ekonomi DR. MOHD. YUSOF SAARI dari UPM. Kita boleh lihat berdasarkan pengumuman pembentangan bajet 2021 Malaysi golongan ini adalah antara yang diberikan penekanan dan tumpuan yang banyak.
Senarai Kandungan Penting:
Apa Itu B40 M40 T20
Apakah anda tahu definisi, maksud dan perbezaan antara 3 golongan, kumpulan dan semak kategori ini iaitu B40, M40 dan T20 di Malaysia untuk tahun 2021 ini?
Ini adalah usaha kerajaan merapatkan jurang pendapatan antara golongan kaya dengan yang berpendapatan rendah di Malaysia. Dalam masa yang sama jurang tidak terus melebar setiap tahun. Dan bantuan kerajaan tidak terus dipinggirkan untuk golongan ini
Persoalanya, ramai yang bertanya siapakah dan apa itu b40 dan maksud kumpulan b40 2021 ini.
Maksud golongan ini adalah kalangan isi rumah b40 yang mana gaji dan pendapatan mereka adalah pada RM4,360 dan ke bawah. Butiran lanjut adalah pada jadual termasuk syarat b40 dan m40 berapa gaji yang layak untuk masuk dalam group ada dikongsikan di bawah ini:
PERKARA | BUTIRANNYA |
---|---|
Maksud B40 2021 | Jikalau kategori tangga gaji dan pendapatan isi rumah keluarga anda RM4,850 sebulan dan ke bawah, anda tersenarai dalam kumpulan melibatkan b40 di Malaysia untuk tahun 2021 ini |
Golongan M40 | Jikalau gaji dan pendapatan isi rumah keluarga anda RM4,851 sebulan dan ke atas, anda tersenarai dalam kumpulan ini. Golongan M40 Malaysia Kumpulan pertengahan ini adalah kalangan yang menikmati gaji dan pendapatan isi rumah antara RM4,851 sebulan sehingga RM10,970 sebulan untuk tahun 2021 |
Golongan T20 | Golongan teratas T20 ini adalah golongan kaya yang mana gaji dan pendapatan isi rumah di Malaysia setiap bulan melebihi RM10,971 untuk tahun 2021 |
Kebanyakan saluran bantuan kerajaan diberikan mengikut pengkelasan pendapatan dan gaji tidak mengira sama anda daripada golongan B40 ataupun M40.
Contohnya seperti bantuan RM1,800 akan diterima oleh B40, manakala bantuan maksimum RM1,200 untuk M40. Jadi ada perbezaan di situ.
Buat masa ini, golongan T20 jarang sekali disalurkan bantuan memandangkan mereka terdiri daripada golongan berpendapatan tinggi dan menerima gaji tinggi di Malaysia.
Pecahan Kategori B40 M40 T20
Ini adalah pecahan untuk setiap kategori dengan lebih terperinci oleh Jabatan Statistik Negara.
Malah kategori bantuan b40 m40 selepas ini akan lebih bersasar dan fokus kepada pecahan kategori yang ingin dibantu kerajaan termasuk golongan bujang di malaysia

KUMPULAN B40 | HAD PENDAPATAN SEBULAN |
---|---|
B1 | Kurang daripada RM2,500 |
B2 | RM2,501 hingga RM3,170 |
B3 | RM3,171 hingga RM3,970 |
B4 | RM3,971 hingga RM4,850 |
KUMPULAN M40 | HAD PENDAPATAN SEBULAN |
---|---|
M1 | RM4,851 hingga RM5,880 |
M2 | RM5,881 hingga RM7,100 |
M3 | RM7,101 hingga RM8,700 |
M4 | RM8,701 hingga RM10,970 |
KUMPULAN T20 | HAD PENDAPATAN SEBULAN |
---|---|
T1 | RM10,971 hingga RM15,040 |
T2 | Lebih dari RM15,041 sebulan |
Kategori ini telah diperkenalkan dan ditafsirkan oleh Jabatan Statistik Negara menerusi kajian yang telah dilakukan mereka selama ini berdasar gaji b40 m40 t20 termasuk bujang di malaysia untuk tahun 2021
Dengan harapan data yang diperolehi Jabatan Statistik Negara ini dapat digunakan oleh kerajaan untuk menyalurkan bantuan kerajaan lebih bersasar kepada golongan yang lebih memerlukan.
Berdasarkan dapatan yang terkini, golongan dan kumpulan b40 ini meliputi sejumlah 40 peratus daripada keseluruhan 31 juta penduduk hari ini.
Senarai Bantuan Isi Rumah di Malaysia
Di bawah ini adalah antara senarai bantuan kerajaan yang diberikan kepada kumpulan isi rumah ini bagi kategori keluarga b40 m40 dan t20 yang terkini dan terbaru bagi tahun 2021
Anda boleh klik pautan yang disertakan di bawah ini untuk anda semak butiran lanjut termasuk kategori isi rumah yang telah kurang dan hilang pendapatan :
- Insurans kesihatan untuk 4 penyakit kritikal sehingga maksimum RM8,000 yang dinamakan mysalam b40 M40 pendaftaran adalah secara percuma
- Dapatkan semakan mytv secara free dan percuma daripada kerajaan, semak cara menuntut dekoder mytv percuma sekarang
- Dapat Rm50 sehari (RM700 setahun) setiap kali ditahan wad untuk 4 penyakit kritikal ini
- Dapat bantuan beli rumah pertama
- Pas bulanan rapidkl
- Percuma elektrik Rm40 sebulan dengan syarat anda perlu daftar semakan portal pembasmian kemiskinan ekasih 2020
- Berita check bantuan sara hidup Malaysia dengan bayaran maksimum RM1480 setahun
- Berpeluang dapat minyak percuma setiap bulan
- Di bawah program isuri kwsp rumah melalui i akaun kwsp, Isteri anda akan dapat tambahan caruman RM40 setiap kali anda masukkan RM5 dalam akaun isteri anda
- Tidak lupa juga skim mysalam yang beri duit percuma sepanjang anda dapat rawatan kritikal
- Bantuan Prihatin Nasional BPN antara RM500 sehingga RM1600 one off termasuk kategori untuk b40
SUMBER: https://www.my.undp.org
Penambahbaikan Kategori Bagi B40 Malaysia
Dengan segala pemberian oleh kerajaan, gunakan bantuan dan ‘joran’ yang diberikan kerajaan ini untuk meningkatan taraf kehidupan terutamanya kategori dari b40 masa depan.
Diharapkan dengan bantuan yang diberikan kepada golongan yang memerlukan dapat meningkatkan perbelanjaan boleh guna mereka setiap bulan
P/S: Kongsikan jadual baru ini dengan di FACEBOOK dan WHATAPPS kawan-kawan dan family terdekat anda, tanyakan kepada mereka sudah masuk dalam kumpulan mana sekarang ini?