Pendaftaran IQ Nilam KPM: Login Masuk iqnilam.moe.gov.my
Jika diikutkan sejarah iq nilai di bawah KPM, ia bermula sekitar tahun 90 an dahulu. Konsep dan matlamat dahulu dengan sekarang tetap sama dan masih sama iaitu mahu murid di peringkat sekolah rendah lagi ditanam semangat untuk membaca seberapa banyak bahan bacaan.
Tidak kira buku, cerita, cerpen, fiksyen, majalah yang boleh menarik minat murid sekolah rendah untuk terus membaca dari peringkat awal lagi.
Cuma dahulu apabila dapat satu dua bahan bacaan yang selesai dibaca, perlu direkod sinopsis, intipati penting bahan bacaan terserbut dalam buku nilam yang perlu anda kemaskini daripada masa ke semasa. Dulu.
Sekarang, semua sistem online kpm ke arah digital yang mana murid sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah boleh rekod bahan bacaan dengan secara online.
Senarai Kandungan Penting:
Cara Pendaftaran IQ Nilam KPM
Untuk makluman anda semua, sama sekali tidak perlu untuk daftar akaun iq nilam kpm ini, cukup sekadar dengan ID Delima dan password yang telah dibekalkan kepada anda untuk login masuk. Itu sahaja
BACA SINI: Borang Keberhasilan Guru 2022 PBPPP KPM
Cara Login Masuk IQ Nilam KPM
Anda boleh terus log masuk sistem iq nilam melalui link pautan ini, https://iqnilam.moe.gov.my

Masukkan butiran jenis bacaan yang anda telah baca samada fiksyen, bukan fiksyen, bukan buku ataupun bahdan digital

Jika jenis bacaan telah anda pilih, anda isikan pula butiran bacaan tersebut dari tajuk, bahasa pada bahan baaan tersebut, tahun diterbitkan, nama pengarang dan juga nama penerbit, rumusan bacaan untuk direkodkan.


Setelah selesai, klik butang simpan. Selesai!

Soalan Lazim & FAQ
1) Apa itu yang dimaksudkan dengan ‘Bahan Digital’
Antara bahan bacaan yang anda perolehi secara online yang anda boleh baca terus di internet melalui tablet, smartphone
2) Apa itu yang dimaksudkan dengan ‘Bukan Buku’
Bermaksud jik anda baca majalah, lapiran, jurnal, surat khabar dan lain-lain
3) Apa itu yang dimaksudkan dengan ‘Bukan Fiksyen’
Bermaksud jika anda membaca kamus, ensiklopedia mahupun glosari
4) Apa itu yang dimaksudkan dengan ‘Fiksyen’
Bermaksud buku tidak kira apa bahasa yang berkonsepkan penyiasatan, rekaan, khayalan
Membaca adalah jambatan ilmu. Di peringkat muda inilah anda semua anak anak muda untuk membaca seberapa banyak buku dan bahan bacaan ilmiah.
Semoga perkongsian di atas memudahkan anda untuk login masuk sistem online iq nilam kpm bagi tujuan merekod intipati bahan bacaan anda daripada masa ke semasa