Skim Insurans Am INSAN Selangor: Insuran Percuma & Free

Cara Daftar Semakan permohonan Skim Insurans Am INSAN Selangor Insuran hayat Percuma & Free 2023

skim insurans am selangor

Skim Insurans Am Selangor (INSAN) merupakan skim perlindungan insuran yang diberikan khusus kepada anak kelahiran negeri Selangor.

Pampasan sehingga RM10000 akan diberikan kepada rakyat dan pengundi Selangor jika berlaku perkara-perkara yang tidak diingini seperti kemalangan, menghidapi penyakit kronik dan kematian. Lebih kurang 6 juta rakyat Selangor bakal menerima manfaat daripada skim insurans INSAN ini.

Ia merupakan jaringan keselamatan sosial yang diperkenalkan sebagai salah satu keistimewaan menjadi rakyat Selangor. Pemohon akan dilindungi di bawah insurans am premium yang ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Tiada bayaran yang dikenakan kepada pemohon skim perlindungan INSAN ini. Skim insurans ini merupakan skim perlindungan yang dibiayai oleh Kerajaan Negeri Selangor dengan kerjasama syarikat insuran, AmGeneral Insurans Berhad.

Cara Daftar Permohonan Skim Insurans Am Selangor (Insan)

Setiap rakyat Selangor yang berumur 30 hari sehingga 80 tahun layak untuk mendaftar skim perlindungan insuran ini.

Ia merupakan salah satu inisiatif yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri Selangor.

Pendaftaran skim INSAN ini dibuka sehingga 30 September 2023.

Pendaftaran boleh dilakukan secara atas talian sahaja. Berikut merupakan cara-cara untuk daftar Skim Insurans Am Selangor (INSAN);

  1. Pemohon perlu muat turun aplikasi e-Wallet WavPay.
  2. Daftar masuk akaun tersebut terlebih dahulu.
  3. Paparan menu utama, klik pada butang “Daftar Sekarang” pada ikon INSAN seperti pada Rajah di bawah ini.
  4. Isi butiran maklumat pemohon dengan lengkap dan betul.
  5. Akhir sekali, pendaftaran permohonan skim insuran hayat selangor INSAN berjaya.
insan selangor

Semak Syarat Kelayakan Skim Insan Selangor

Hanya individu yang memenuhi syarat kelayakan untuk memohon polisi insurans INSAN ini sahaja yang layak untuk daftar program INSAN ini.

Berikut merupakan senarai syarat kelayakan insurans yang telah ditetapkan oleh kerajaan negeri bagi tujuan pendaftaran skim insuran hayat selangor ini;

  1. Pemohon mestilah merupakan rakyat kelahiran Selangor, tinggal di Selangor dan mengundi di Selangor.
  2. Pemohon mestilah berumur 30 bulan sehingga 80 tahun.

Individu yang tidak memenuhi syarat kelayakan tersebut tidak layak untuk dilindungi dibawah skim polisi insurans INSAN ini.

Kelebihan Free Insuran Percuma Selangor

Banyak kelebihan yang boleh dimanfaatkan jika daftar Skim Insurans Am Selangor (INSAN) ini.

Skim ini hanya khusus diperkenalkan kepada rakyat Selangor sahaja.

Setiap lapisan golongan rakyat Selangor bakal menerima pampasan sehinggan RM10000 jika berlaku kemalangan, menghidap penyakit mengikut jenis dan kematian.

Hal ini secara tidak langsung dapat meringankan beban kewangan golongan berpendapatan rendah untuk menampung kos yang tinggi apabila berlaku keadaan seperti berikut. 

Polisi perlindungan seperti skim INSAN ini penting kerana ianya dapat melindungi rakyat Selangor jika berlaku apa sahaja kecemasan.

Ia merupakan suatu kelebihan yang diberikan kepada anak kelahiran, individu yang tinggal dan pengundi Selangor.

Walaupun mereka tidak melanggan mana-mana polisi insurans dengan mana-mana syarikat insurans, kebajikan mereka sentiasa dilindungi. 

Tuntasnya, skim perlindungan insurans percuma ini sangat penting untuk dimiliki oleh setiap individu sebagai satu langkah keselamatan dan perlindungan kepada pemegang polisi agar beban yang ditanggung lebih ringan apabila berlaku kecemasan.

Pampasan yang diterima oleh pemohon sedikit sebanyak dapat membantu menampung segala kos yang terlibat. 

Semakan Cara Claim Skim Insurans Am Selangor

Tuntutan Skim Insurans Am Selangor (INSAN) boleh dituntut jika pemohon mendaftar dan layak untuk menerima skim insurans ini.

Semakan boleh dibuat secara atas talian terlebih dahulu sebelum membuat tuntutan insurans ini.

Berikut merupakan cara untuk membuat semakan;

insuran percuma free
  1. Layari laman sesawang https://programinsan.com seperti pada Rajah di atas ini
  2. Masukkan nombor kad pengenalan pemohon dan klik pada butang semak.
  3. Akhir sekali, nama pemohon akan dipaparkan sebagai menerima polisi skim insurans INSAN ini.

Setelah nama pemohon berjaya didaftarkan, secara tidak langsung pemohon akan dilindungi di bawah skim insuran hayat selangor ini.

Justeru itu, pemohon membuat tuntutan jika berlaku kemalangan, kematian atau menghidap penyakit yang ditetapkan jenisnya.

Tuntutan insuran percuma boleh dibuat dengan menghantar dokumen-dokumen yang berkaitan ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor untuk membuat tuntutan pampasan skim insurans ini.

xm malaysia

Untuk pastikan anda tidak terlepas walau satu Bantuan 2024 terkini dari kerajaan Malaysia dengan MUDAH & SENANG, join Telegram Bantuan Kerajaan Malaysia seperti yang tertera di bawah

Berita baik, ada tawaran hadiah GOLD BAR / TABLET PERCUMA untuk follower Telegram

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan MalaysiaTelegram Bantuan Kerajaan Malaysia