Special Perils: Insurans Bencana Alam Banjir Untuk Kereta

Insurans Bencana Alam Banjir Untuk Kereta: Cara mohon Borang Permohonan Insurance special perils coverage dan Claim Insuran tahun 2023

special perils insurans bencana alam banjir untuk kereta

Alhamdulillah banyak bantuan banjir diagihkan kepada mangsa yang terlibat termasuk dari kalangan rakyat Malaysia sendiri, NGO yang prihatin dan tidak lupa juga kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan.

Bencana yang tidak terduga ini benar-benar menimpa ramai yang tidak bersedia. Akhirnya banyak barang kesayangan rosak teruk sehingga memakan kos yang tinggi untuk perbaiki.

Melihatkan bencana alam kali ini yang menimpa beberapa buah negeri termasuk Kelantan Terengganu Pahang Selangor dan Perak, ramai yang telah mula membuka mata peri pentingnya ambil insurans banjir.

Persoalannya bagaimana? Apa kelebihan dan kekurangan? Apa yang akan insuran special perils insurance tersebut cover? Teruskan membaca…

Special Perils Insurance: Insurans Bencana Alam Banjir 2023

Persoalannya sekarang? Adakah anda ambil insurans banjir?

Jika anda renew roadtax tetapi anda tidak ambil special perils coverage ini bermakna syarikat insurance Malaysia tidak akan cover jika kenderaan (kereta) anda terlibat dengan banjir.

Yang bagusnya dengan special perils coverage ini yang ditawarkan oleh syarikat insuran bukan sahaja cover banjir sahaja, tetapi juga bencana alam seperti tanah runtuh, pokok tumbang jatuh kena kenderaan (kereta) anda.

Special Perils Coverage 2023

special perils coverage insurance

Tidak kisah anda kena taufan banjir atau bencana alam insurance seperti ribut petir sehingga pokok tumbang, tanah runtuh di Melaka Sabah Sarawak Kelantan Terengganu Perlis Negeri Sembilan Putrajaya Kuala Lumpur Kl Selangor Perak Kedah Pahang Pulau Pinang Penang, selagi anda ambil tambahan insuran seperti special perils coverage insurance ini, anda layak untuk claim untuk repair kerosakan.

  1. Taufan
  2. Banjir
  3. Pokok Tumbang Kerana Ribut Petir
  4. Tanah Runtuh

BACA SINi: Etiqa car insurance

Berapa Kadar Insurans Banjir Kereta 2023

  • Jika anda menggunakan Proton Exora tahun 2012 dengan NCD 0 peratus yang cover RM22,000 dan insurans biasa yang dikenakan adalah sekitar RM881
  • Jika anda mahu masukkan juga perlindungan insuran banjir atau lebih tepat lagi dikenali dengan special perils coverage yang merangkumi banjir, tanah runtuh, ribut sehingga pokok jatuh tumbang kena kereta, taufan, anda hanya pelru tambah RM110 sahaja dengan jumlah RM998
  • Dengan tambahan sebanyak itu, anda dapat perlindungan special perlis menyeleluruh berbaloi bukan?

Contoh Harga Insurans Bencana Alam Untuk Kereta

Ada beberapa syarikat insurance di Malaysia yang menawarkan insuran bencana alam banjir, tanah runtuh dan lain-lain seperti insurans special perils Alliance, Zurich, Etiqa Takaful, Axa Affin, AM by Ambank, RHB Insurance.

INSURANCE & MANFAATTAMBAHAN BAYARAN *
Special Perils Allianz Malaysia (Bencana alam)0.25%
Special Perils Etiqa Takaful
(Bencana alam) – ETIQA
0.50%
Special Perils Zurich Takaful
(Banjir dan tanah runtuh)
0.20%
Insuran AXA Affin
(Bencana Alam)
0.23%
Insuran AM General
(Banjir, ribut taufan, dan tanah runtuh)
0.23%
Insuran RHB Insurance – Full Cover
(Bencana Alam)
0.25%
Insuran RHB Insurance – Limited Cover
(Bencana Alam)
0.40%

Jika nilai semasa perlindungan kereta anda adalah sejumlah RM50,000 dan anda ambil insurans Zurich untuk dapatkan special perils coverage, anda hanya perlu tambah 0.2 peratus sahaja iaitu sebanyak RM100 dengan insuran premium yang anda bayar pada setiap tahun. Jelas?

insurans kereta zurich banjir
claim insurance kereta banjir

Tips & Cara Claim Insurance Kereta Kena Banjir

  1. Ambil gambar bukti kejadian sebagai bukti di mana anda perlu catatkan lokasi tarikh dan masa kejadian bencana alam seperti banjir yang menimpa kereta anda. (Lebih baik gambar tersebut menunjukkan dengan jelas nombor plat kereta anda di tempat kejadian)
  2. Buat laporan polis kerana pihak insurans akan minta laporan polis untuk bantu anda buat proses claim insuran banjir (Laporan Polis mesti anda buat dalam tempoh 48 jam)
  3. Jangan sesekali start enjin kereta anda selepas kejadian banjir. (Jika anda buat juga, dikhuatiri enjin anda akan rosak & ‘KOYAK’). Ini akan menyebabkan syarikat insuran akan menggunakan alasan kecuaian anda untuk menolak permohonan proses claim insurance bencana alam banjir kereta anda. BERHATI-HATI!
  4. Akhir sekali tow kereta anda ke bengkel panel atau terus ke kilang kereta untuk mempercepatkan proses claim insurans anda kereta banjir perlis insurance ini

FAQ Insuran Banjir

1) Apakah itu car insurance special perils Malaysia?

Satu perlindungan khas yang menumpukan bantuan tambahan untuk anda claim jika kereta anda kena bencana alam. Cara claim dikongsikan di atas ini

2) Apa beza insuran yang biasa saya ambil untuk renew roadtax dengan insurance special perils?

Anda hanya boleh claim kemalangan, total lost dan kereta hilang sahaja

3) Berapa saya perlu tambah untuk ambil special perils car insurance malaysia ini?

Tidak mahal sangat. Ada kami tunjukkan contoh sepert di atas ini

Bayangkan jika tidak ambil, kemudian ditimpa musibah bencana alam special perlis, paling kurang belanja hangus untuk repair sahaja paling kurang RM4,000 hingga RM5,000 ke atas.

Jika anda tahu ada kawan-kawan ada yang belum lagi ambil special perils coverage ini boleh SHARE artikel ini di FACEBOOK & GROUP WHATPPS semoga memudahkan mereka claim insuran bencana alam banjir dan lain-lain untuk kerosakan kereta. Sama-sama mendapatkan manfaat daripada perkongsian ini!

Semua artikel di bawah ini sedang 'TRENDING', follower MYPT3 sedang rancak baca untuk dapatkan info berkaitan.


Untuk pastikan anda tidak terlepas walau satu Bantuan 2024 terkini dari kerajaan Malaysia dengan MUDAH & SENANG, join Telegram Bantuan Kerajaan Malaysia seperti yang tertera di bawah

Berita baik, ada tawaran hadiah GOLD BAR / TABLET PERCUMA untuk follower Telegram

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan Malaysiahttps://t.me/bantuankerajaanmalaysia