Info Banjir Terkini di Malaysia 2023: Kawasan Ramalan MET

Statistik Info Banjir Terkini di Malaysia 2023 dengan Met Malaysia cuaca malaysia & JPS : Punca Kesan & Langkah Mengatasi kawasan ramalan bencana banjir kilat & mangsa banjir bulan November dan Disember ini

info banjir terkini

Setiap tahun, Malaysia akan dilanda fenomena musim tengkujuh pantai timur 2023 terutamanya di kawasan-kawasan Pantai Timur seperti banjir Kelantan, banjir Terengganu, banjir johor, banjir kl, banjir selangor dan banjir Pahang.

Ini disebabkan oleh faktor cuaca yang dicirikan sebagai monsun yang akan memberi kesan kepada negeri-negeri di bahagian Pantai Timur. Walaubagaimanapun, fenomena ini merupakan fenomena yang biasa terjadi terutamanya sekitar bulan November dan Disember.

BACA SINI >> Special Perils: Insurans banjir Bencana Alam Untuk Kereta

Masyarakat pada kawasan tersebut biasanya akan bersedia dengan segala kemungkinan-kemungkinan buruk termasuk musim banjir di malaysia yang bakal berlaku di kawasan yang sering dilanda banjir.

Cara Semak Info Banjir 2023 Dengan JPS Malaysia

Agensi kerajaan yang bertanggungjawab dalam memberi info berkaitan dengan ramalan banjir 2023 ialah Jabatan Pengairan Dan Saliran, Malaysia.

Jabatan ini ditubuhkan dibawah Kementerian Alam Sekitar Dan Air.

  • Orang ramai boleh melayari laman sesawang https://publicinfobanjir.water.gov.my seperti pada Rajah di bawah ini untuk mengetahui info terkini berkaitan dengan banjir terkini 2023 serta amaran-amaran yang dikeluarkan oleh pengkaji cuaca.
  • Semakan mengenai info banjir boleh dilakukan dengan klik pada bahagian “Cari Tempat atau Kawasan” untuk mengetahui amaran dan info banjir kawasan anda serta statistik banjir di malaysia 2023.

Penting untuk anda semak kawasan berisiko banjir 2023 daripada masa ke semasa.

BACA SINI >> Bsn myringgit i banjir

banjir jps malaysia

Met Malaysia Ramalan Cuaca 2023

Di samping segala persediaan yang dilakukan, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) bertanggungjawab dalam meramal dan memberitahu kajian cuaca dari semasa ke semasa bagi mengelakkan berlakunya banjir 2023 terkini yang teruk.

Oleh itu, pihak MetMalaysia akan mengemaskini keadaan cuaca di Malaysia dari semasa ke semasa untuk memastikan setiap individu bersedia dengan segala kemungkinan cuaca termasuk banjir tahun 2023 yang akan menjejaskan kehidupan seharian mereka.

Ramalan banjir besar november 2023 ini boleh dilihat pada laman sesawang https://www.met.gov.my seperti pada rajah di bawah ini. Jangan ambil mudah amaran banjir november 2023 kali ini. Dikatakan lebih teruk dari tahun 2021 berdasarkan ramalan banjir besar november 2023 kali ini.

portal met malaysia ramalan cuaca

Kepada anda pula, jangan sama sekali terlepas laporan berita banjir di malaysia yang terkini melibatkan perkembangan di kawasan anda.

Kesan Bencana Banjir Kilat

Kekerapan fenomena banjir yang berlaku di Malaysia semakin meningkat kebelakangan ini disebabkan oleh faktor cuaca yang tidak menentu pada akhir-akhir ini.

Fenomena banjir ini memberi kesan jangka masa panjang kepada orang yang ramai yang tersekesan daripada kejadian alam ini. Ianya memberi kesan dari segi sosial, kewangan dan persekitaran secara amnya.

  • Dari segi sosial, banjir terkini 2023 memberi kesan jangka masa panjang terhadap psikologi mangsa.
  • Mangsa banjir akan berdepan dengan kebimbangan sepanjang banjir itu berlaku. Ini kerana cuaca yang buruk akan menyebabkan peningkatan air banjir yang semakin teruk, sekali gus menyebabkan berlakunya perpindahan tempat tinggal.
  • Banjir yang teruk juga boleh memberi kesan kepada kehilangan nyawa dan menyakit berbahaya. Mengikut statistik oleh pihak kerajaan, kadar kematian ketika musim banjir meningkat, sebagai contoh ada mangsa yang lemas dibawa arus yang deras dan ada mati kebuluran disebabkan oleh terputusnya bekalan makanan.
  • Oleh itu, persediaan awal sangat penting bagi menghadapi bencana banjir.

Manakala, dari segi kewangan pula, banjir boleh menyebabkan berlakunya kehilangan harta benda.

  • Harta benda yang terjejas ketika banjir kebanyakkannya perlu diganti dengan yang baru.
  • Oleh sebab itu, ramai pihak NGO yang akan turun padang memberi bantuan banjir bagi mangsa-mangsa banjir bagi meringankan beban kewangan mereka.
  • Tambahan pula, ketika musim banjir, masyarakat akan menghadapi kenaikan harga barang yang melampau. Ini disebabkan oleh kesukaran untuk menghantar dan menerima barang keperluan di kawasan-kawasan banjir.
  • Natijahnya, persediaan dalam menyediakan bekalan makanan apabila menghadapi banjir sangat penting.
  • Fenomena banjir juga memberi impak kepada persekitaran.
  • Pasca banjir merupakan fasa yang sangat membebankan masyarakat kerana pada waktu itu, mereka akan mendapati harta benda mereka dipenuhi dengan lumpur-lumpur.
  • Persekitaran rumah dan halaman rumah juga akan terjejas. Pokok-pokok dan tanaman juga terjejas. Jalan raya biasanya akan berlubang dan rosak disebabkan banjir.
  • Oleh itu, pihak kerajaan dan badan-badan yang bertanggungjwab seperti Jabatan Jalan Raya, Jabatan Alam Sekitar dan lain-lain memainkan peranan penting dalam membaikpulihkan persekitaran yang dilanda bencana banjir.

Punca Banjir di Malaysia

Cuaca di Malaysia dibahagikan kepada dua jenis monsun iaitu Monsun Barat Daya dan Monsun Timur Laut.

Kesan berlakunya Monsun Timur Laut membawa kepada berlakunya fenomena banjir di kawasan-kawasan Pantai Timur Malaysia seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Kejadian monsun ini akan menyebabkan sistem angin yang bersilih ganti yang bertiup dari arah timur laut. 

  1. Punca utama kepada berlakunya banjir adalah disebabkan oleh berlakunya monsun Timur Laut.
  2. Monsun berlaku disebabkan oleh pemanasan sinaran matahari kerana berlakunya perbezaan suhu di bahagian darat dan laut.
  3. Musim monsun Timur Laut yang berlaku pada bulan November sehingga Mac merupakan musim hujan utama di negara kita.
  4. Akibat daripada musim ini, hujan yang berlarutan beberapa menyebabkan berlakunya banjir di Malaysia.

Kenapa Musim Banjir Pada November Disember (Akhir Tahun)

Musim banjir besar berlaku pada akhir tahun pada setiap tahun adalah disebabkan oleh keadaan musim monsun Timur Laut yang berlaku pada akhir tahun iaitu sekitar Novemebr sehingga Mac.

Monsun Timur Laut kebiasaannya aktif pada akhir tahun di mana ianya akan memberi kesan berlakunya hujan lebat secara berterusan dan fenomena musim hujan di malaysia 2023 berskala besar. 

Selain itu, hujan lebat yang berlarutan juga boleh menyebabkan paras air sungai dan air laut meningkat secara mendadak.

Ini juga merupakan kesan secara tidak langsung berlakunya bencana banjir.

Langkah Segera Kerajaan Bantu Mangsa Banjir

Kerajaan memainkan peranan penting dalam membantu mangsa-mangsa banjir.

Ini kerana kerajaan bertanggungjawab dalam menjaga kebajikan rakyat.

  1. Antara langkah-langkah segera pihak kerajaan dalam membantu mangsa-mangsa banjir, adalah dengan menyediakan bantuan kewangan kepada mangsa banjir.
  2. Sebagai contoh, banjir kilat yang berlaku di Hulu Klang. Kerajaan memperuntukkan bantuan kewangan sebanyak RM1,000 kepada mangsa-mangsa yang terjejas.
  3. Ini dapat meringankan beban mangsa-mangsa banjir disebabkan oleh kerugian dan kehilangan harta benda yang terjadi disebabkan banjir.
  4. Antara langkah lain adalah dengan menyediakan khidmat kaunseling dan pemeriksaan kesihatan secara percuma di hospital-hospital kerajaan untuk mangsa-mangsa banjir. Bantuan ini penting untuk menjamin kesihatan rakyat yang terkesan dengan bencana banjir.
  5. Ini kerana ketika berlakunya banjir, mangsa- mangsa ini berkemungkinan berhadapan dengan kehilangan orang yang tersayang atau menghidap penyakit kulit akibat dari air banjir yang kotor. 
  6. Bantuan dari segi keperluan makanan dan pakaian juga penting kerana ianya merupakan keperluan harian kita. Mangsa banjir semestinya kehilangan pakaian dan terputus bekalan makanan disebabkan banjir beberapa hari. Perkara ini penting untuk kelangsungan hidup mangsa.

Langkah Mengatasi Masalah Banjir Malaysia Terkini Pada Tahun 2023

Berita banjir ini tidak lagi asing kedengaran di bahagian negeri-negeri Pantai Timur, namun begitu ianya menjadi luar biasa apabila kejadian banjir berlaku di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur.

Akibat terlalu kerap berlakunya banjir di Malaysia pada akhir-akhir ini, kerajaan merancang untuk menangani masalah banjir ini dengan menggubal Kaedah Perancangan Bandar.

Kaedah ini merupakan satu inisiatif pihak Kerajaan untuk mengelakkan berlakunya banjir berskala besar.

Kaedah perancangan bandar ini merupakan proses teknikal yang berkaitan dengan kawalan penggunaan tanah dan reka bentuk persekitaran di kawasan banjir di malaysia yang cukup berisiko menjadi lebih buruk.

Jika dilihat pada negara maju seperti Jepun, kita boleh merujuk Pelan Pengurusan Risiko (Risk Management Plan) yang dikuatkuasakan di negara mereka bagi menghadapi banjir.

Pelan ini dirangka bertujuan untuk dijadikan sebagai panduan untuk menghadapi bencana alam seperti banjir.

Ini penting untuk memastikan setiap individu mengikut panduan yang telah ditetapkan. Natijahnya, setiap negeri mestilah mempunyai Pelan Pengurusan Risiko mereka yang sempurna untuk dirujuk apabila berlaku bencana.

Pihak kerajaan bertanggungjawab untuk menjalankan kajian lembangan sungai dari semasa ke semasa bagi mengenalpasti paras air sungai di Malaysia.

Informasi berkenaan dengan lembangan sungai ini penting untuk mengelakkan banjir dalam jangka masa yang panjang.

Paras air sungai harus dipantau untuk mengelakkan berlakunya limpahan air sungai di empangan. Limpahan inilah yang akan menyebabkan berlakunya banjir berskala besar.

Senarai Persediaan Menghadapi Banjir

Cuaca di Malaysia yang berubah dari hari ke hari membawa kebimbangan kepada masyarakat. Ini kerana masyarakat berdepan dengan hujan yang lebat pada waktu petang dan panas yang terik pada waktu pagi.

Banyak kemungkinan-kemungkinan yang boleh terjadi jika hujan lebat berlarutan secara berpanjangan.

Oleh itu, masyarakat digesa untuk sentiasa bersedia untuk menghadapi banjir. Tambahan pula, kini kita berada di fasa memasuki musim monsun Timur Laut.

Antara persediaan awal yang boleh dilakukan bagi menghadapi banjir adalah;

  1. Masyarakat mestilah mengambil cakna terhadap segala berita-berita terkini yang berkaitan dengan cuaca pada masa kini, terutamanya bagi mereka yang tinggal di kawasan yang berisiko tinggi berlakunya banjir seperti penduduk kawasan-kawasan lembah, kawsan berdekatan sungai dan kawasan yang mempunyai struktur longkang yang kurang baik.
  2. Masyarakat mestilah memastikan dokumen-dokumen penting seperti surat beranak, geran tanah, polisi insuran dan passport diletakkan di tempat yang selamat. 
  3. Penyedian ubat-ubatan, makan-makan asasi, minuman bersih dan lampu sangat penting untuk menghadapi banjir kerana mangsa banjir akan berdepan dengan terputusnya bekalan makanan dan eletrik yang bakal menyukarkan mangsa banjir untuk mendapatkan bantuan.
  4. Masyarakat mestilah mengenal pasti Pusat Pemindahan yang terdekat dan Pusat Bantuan Bencana bagi memudahkan urusan ketika berlakunya banjir.
  5. Masyarakat juga mestilah sentiasa dapatkan maklumat terkini daripada sumber yang boleh dipercayai seperti Jabatan Meteorologi untuk mengetahui keadaan semasa berkaitan banjir.

Karangan Banjir

Untuk yang nak buat karangan banjir untuk SPM / STPM, kami benarkan anda gunakan ulasan, idea perenggan seperti di atas dalam karangan anda, dengan cara kredit semua kepada halaman ini. Terima kasih

Natijahnya, persediaan seperti bak kata pepatah, “sediakan payung sebelum hujan” adalah penting supaya segala perkara yang berlaku dapat diuruskan dengan baik dan tidak berlakunya kemalangan jiwa. 

Semua artikel di bawah ini sedang 'TRENDING', follower MYPT3 sedang rancak baca untuk dapatkan info berkaitan.

xm malaysia

Untuk pastikan anda tidak terlepas walau satu Bantuan 2024 terkini dari kerajaan Malaysia dengan MUDAH & SENANG, join Telegram Bantuan Kerajaan Malaysia seperti yang tertera di bawah

Berita baik, ada tawaran hadiah GOLD BAR / TABLET PERCUMA untuk follower Telegram

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan MalaysiaTelegram Bantuan Kerajaan Malaysia