Senarai top Influencer Malaysia: Advertise & Marketing Dengan Social Media
Influencer dalam bahasa melayu bermaksud individu yang mempunyai pengaruh yang tinggi kepada masyarakat terutamanya di platform media massa seperti televisyen, radio dan media sosial.
Kebiasaannya, mereka ini ialah golongan muda yang membawa kelainan kepada masyarakat sama ada ianya positif atau negatif.
Bukan itu sahaja, social media influencer pastinya mempunyai pengikut yang ramai terutamanya di platform media sosial. Oleh itu, kandungan yang dipaparkan di media sosial oleh influencer memainkan peranan yang penting. Kandungan positif yang dimuat naik di media sosial boleh memjadi inspirasi kepada masyarakat hari ini.
Tuntasnya, semua individu boleh menjadi sorang influencer selagi mana mereka mampu melahirkan identiti dan content yang bermanfaat dan unik di media sosial.
Senarai Kandungan Penting:
Kelebihan Advertise Dengan Top Influencer Malaysia
Terdapat banyak kelebihan yang ditawarkan kepada masyarakat terutamanya kepada usahawan untuk mengiklankan produk atau servis mereka kepada masyarakat lain menerusi platform social influencer.
- BACA SINI >> Cara buat link di whatapps, https://mypt3.com/whatsapp
- BACA SINI >> Buat Email Baru: Sign Up & Daftar Login Akaun Google Gmail Sign In
- BACA SINI >> Cara bayar google payment, https://mypt3.com/google-payment
- BACA SINI >> Cara buat google form, https://mypt3.com/cara-buat-google-form
Antaranya adalah;
a) Kredibiliti Social Influencer 2023
Pengiklanan menerusi influencer media sosial akan meningkatkan kredibiliti pengikut untuk mempercayai apa yang dihantar menerusi platform influencer.
Influencer pastinya mempunyai pengikut yang ramai dan dikenali oleh pengikut-pengikutnya.
Segala pengiklanan yang dilakukan oleh influencer semestinya akan menarik minat pengikut mereka.
Oleh itu, pengaruh influencer media sosial akan memberi impak kepada produk dan servis yang diiklankan.
b) Komunikasi 2 Hala
Influencer dan pengikut mereka di media sosial pastinya melibatkan komunikasi dua hala yang dikenali sebagai komunikasi interaksional.
Ianya juga dikenali dengan “engagement”. Apabila terdapatnya interaksi, proses pengiklanan akan menjadi lebih mudah.
Influencer akan menyampaikan iklan mereka di platform media sosial mereka dan pengikut boleh memberi komen, bertanya soalan dan berkomunikasi dengan influencer mereka.
Melalui kaedah ini, engagement antara influencer dan pengikut akan meningkat sekaligus memberi kesan kepada aktiviti pengiklanan yang dilakukan.
c) Targeting Dengan Top Influencer Malaysia
Pengiklanan menerusi media sosial akan menjadi sasaran utama kerana ianya akan tersebar luas ke pelusuk dunia jika pengiklanan yang dihasilkan menjadi tular.
Pengiklanan tersebut akan mendapat perhatian masyarakat.
Ianya akan terpapar pada mana-mana platform media sosial tanpa batasan yang boleh menyebabkan iklan tersebut ditonton oleh semua masyarakat disebabkan oleh penggunaan media sosial dalam kehidupan harian masyarakat.
d) Kos Efektif Iklan Dengan Malaysia Influencer
Pengiklanan menerusi platform media sosial adalah lebih efektif dari segi kos. Ianya bahkan lebih murah berbanding pengiklanan televisyen dan surat khabar.
Kos yang perlu dibayar kepada influencer untuk memasarkan dan mengiklankan produk atau servis boleh dirunding mengikut harga yang berpatutan.
Proses untuk mengiklankan juga tidak rumit dan memakan masa yang lama untuk diiklankan.
Namun, jika pengiklanan menerusi televisyen atau radio, pemilik syarikat ini perlu membayar kos pengiklanan, kos melantik model, kos pengurusan dan sebagainya di mana ianya akan meningkat kos pengiklanan.
Tuntasnya, pengiklanan menerusi media sosial adalah lebih murah berbanding menerusi medium lain.
e) ROI Advertise Dengan Malaysia influencer
Kaedah “Return on Investment” adalah merupakan sebahagian daripada pelaburan yang dilakukan menerusi aktiviti pemasaran dan penjenamaan.
Begitu juga dengan influencer, hasil daripada pengiklanan yang dilakukan boleh menjamin hasil pelaburan yang positif.
Bukan itu sahaja, jalan cerita kehidupannya menjadi inspirasi kepada masyarakat hari ini.
Oleh itu, influencer yang melakukan pengiklanan di media sosial bukan sahaja dapat meningkatkan jumlah pengikut, bahkan mereka akan menerima hasil daripada pelaburan tersebut menerusi penjenamaan atau pengiktirafan.
SUMBER: Neillpatel
Social Media Influencer Marketing vs Advertise di Malaysia TV
Dengan kepesatan teknologi hari ini, ianya sedikit sebanyak akan mempengaruhi aktiviti sosial masyarakat.
Boleh dikatakan hampir 90 peratus masyarakat hari ini menggunakan media sosial dalam kehidupan seharian mereka.

Kandungan-kandungan dan posting harian mereka di platform media sosial seperti TikTok, Instagram, Facebook, Snapchat, Blog dan banyak lagi dapat mempengaruhi individu lain yang merupakan pengikut mereka.
Peredaran zaman yang berlaku begitu pantas teknologi yang makin canggih dihasilkan menjadikan televisyen tidak lagi menjadi platform yang penting oleh masyarakat hari ini.
Jika dahulu, televisyen menjadi medium penyampaian maklumat utama kepada masyarakat disebabkan kurangnya kepentingan media sosial.
Akan tetapi, disebabkan oleh media sosial hari ini memberi impak yang besar kepada masyarakat.
Segala informasi dan berita akan terpapar lebih awal berbanding televisyen.
Oleh itu, ramai individu terutamanya influencer menggunakan media sosial sebagai platform untuk mengiklankan produk dan servis mereka atau bagi pihak individu lain.
1. Faktor Influencer Malaysia Jadi Pilihan Advertiser
Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan pengiklanan produk atau servis menerusi influencer media sosial lebih baik berbanding pengiklanan menerusi televisyen.
- Influencer pastinya mempunyai jumlah pengikut yang ramai.
- Apabila influencer memuatnaik kandungan berbentuk iklan produk atau servis, pengikut-pengikut mereka akan berkongsi kandungan tersebut kepada pengikut yang lain.
- Kadar pengkongsian yang tinggi akan menyebabkan iklan tersebut tersebar luas ke pelusuk dunia. Ianya akan ditonton dan dilihat secara meluas dan pengiklanan tersebut akan menjadi perhatian dunia.
- Oleh sebab itu, pengkongsian dan pengiklanan oleh influencer lebih baik berbanding pengiklanan menerusi televisyen.
- Selain itu, televisyen tidak lagi menjadi medium yang ditonton oleh semua lapisan masyarakat terutamanya anak muda.
- Mereka lebih banyak menghabiskan masa melayari media sosial. Ini kerana segala informasi dan maklumat di media sosial tersebar dengan lebih pantas berbanding apa yang terpapar di televisyen.
2. Social Media Influencer Malaysia Terus Dominasi Pasaran
Oleh itu, pengiklanan menerusi televisyen tidak lagi releven kepada masyarakat hari ini.
- Akhir sekali, kos pengiklanan menerusi televisyen adalah lebih tinggi berbanding pengiklanan menerusi influencer.
- Influencer akan dibayar dengan kadar yang berpatutan bagi tujuan pengiklanan menerusi media sosial.
- Bukan itu sahaja, proses pengiklanan akan menjadi lebih cepat berbanding pengiklanan menerusi televisyen di mana individu yang ingin mengiklankan produk atau servis mereka perlu melalui beberapa proses atau prosedur yang rumit.
- Ianya bukan sahaja akan melibatkan kos pengiklanan, akan tetapi proses tersebut akan memakan masa yang lama.
Oleh itu, pengiklanan menerusi influencer malaysia marketing adalah lebih efektif dari segi kos yang terlibat berbanding pengiklanan televisyen.
Kepada mana-mana daripada anda yang mahu dominasi pasaran malaysia melalui saluran online, boleh hubungi kami untuk advertise di mypt3. Kami adalah antara malaysia top influencer yang sekarang ini menerima 2 juta trafik sebulan.