IWK Login: Bill Payment Indah Water Konsortium Online


Portal IWK Login: Bill Payment Indah Water Konsortium Online

login iwk payment bill online

Indah Water login Malaysia (IWK) merupakan syarikat membangunkan, menyelia, menguruskan dan menyelenggara sistem pembentungan di seluruh negara termasuk di indah water Selangor Johor Putrajaya Kuala Lumpur Kl Pahang Perak Sabah Sarwaak terengganu Kelantan Perlis Pulau Pinang Penang Negeri Sembilan Kedah Perak dan Negeri Sembilan.

Syarikat ini berjaya menghasilkan sistem pembentungan yang moden serta efisien bagi memastikan air loji rawatan kumbahan dirawat dengan baik sebelum disalurkan kepada sistem pengairan seperti sungai, laut dan parit. Secara tidak langsung, hal ini dapat memastikan kebersihan sumber air dan melindungi kesihatan orang awam apabila menggunakannya.

Syarikat Indah Water Malaysia ini ditubuhkan pada 2 April 1994. Syarikat ini beroperasi di bawah pentadbiran Jabatan Alam Sekitar.

Ini kerana sistem pembentungan yang baik dan bersih dapat melindungi dan menjamin kesihatan orang awam serta mengelakkan berlakunya pencemaran alam sekitar. Kini, Malaysia mempunyai sistem pembentungan yang terbaik dengan adanya Indah Water Konsortium Sdn. Bhd.

Cara Buat Bayaran IWK Payment di Internet Banking

Tertakluk pada Seksyen 86 dan 88 Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 seiring dengan Perintah Perkhidmatan Pembetungan (Kebenaran Kutipan Caj) 1994, pihak Indah Water Konsortium berhak menuntut dan mengutip kadar fi, levi, cukai dan caj kepada orang awam bagi setiap perkhidmatan pembentungan yang dilakukan. 

Individu yang dikenakan caj IWK ini boleh membuat bayaran melalui beberapa kaedah yang disyorkan oleh pihak IWK, antaranya menerusi perbankan internet.

Berikut merupakan cara-cara untuk membuat bayaran indah water payment secara online melalui perbankan internet;

  1. Pengguna hendaklah log masuk indah water login ke akaun bank pengguna (tanpa mengira jenis bank yang dimiliki oleh pengguna).
  2. Kemudian, pengguna hendaklah klik pada bahagian “Pay & Transfer” atau “Pay Bills” bergantung pada perbankan internet pengguna.
  3. Klik pada butang “JomPAY”.
  4. Seterusnya, klik pada bahagian “Biller” dan masukkan kod “68502”.
  5. Pada bahagian “REF 1”, masukkan nombor akaun pembentungan IWK pengguna.
  6. Pada bahagian “REF 2”, pengguna hendaklah memasukkan nombor telefon bimbit pengguna beserta alamat emel.
  7. Masukkan jumlah yang ingin dibayar dan buat bayaran berdasarkan jumlah tersebut.
  8. Akhir sekali, pembayaran berjaya dan resit pembayaran akan dihantar melalui alamat emel atau notifikasi berjaya membuat bayaran indah water online payment akan dihantar menerusi SMS.

Cara Daftar Akaun di Portal IWK Login Untuk Buat Bayaran

Pembayaran IWK juga boleh dilakukan secara atas talian menerusi portal rasmi Indah Water Konsortium (IWK).

Kaedah ini merupakan kaedah pembayaran yang paling mudah dan cepat.

Pengguna juga boleh memeriksa kadar caj yang dikenakan terhadap mereka pada setiap bulan.

Berikut merupakan cara-cara untuk membuat pembayaran IWK secara atas talian di portal rasmi IWK;

  1. Layari laman sesawang https://www.iwk.com.my
  2. Log masuk ke akaun E-bill dengan memasukkan nama pengguna dan kata laluan yang sah. Bagi pengguna baru, pendaftaran mestilah dibuat terlebih dahulu.
  3. Isi butiran yang dikehendaki dengan betul dan lengkap seperti nombor akaun IWK, alamat emel, nama persendirian atau syarikat, nombor MyKad atau nombor syarikat dan nombor telefon.
  4. Pengguna mestilah tanda pada kotak persetujuan yang disediakan terhadap terma dan syarat yang dinyatakan.
  5. Klik pada butang “Register”.
  6. Kemudian, pengguna hendaklah log masuk ke akaun pengguna dan membuat bayaran berdasarakan fi yang dikenakan.
  7. Akhir sekali, pembayaran berjaya dibuat.

Cara Buat Indah Water Payment di Pejabat Pos

Pembayaran IWK ini juga boleh dilakukan secara fizikal di mana-mana pejabat pos yang berdekatan dengan pengguna. Pembayaran secara tunai boleh dibuat di pejabat pos.

Pengguna hanya perlu membawa bil IWK bersama mereka apabila hadir ke kaunter pejabat pos untuk membuat bayaran.

Rajah di bawah ini menunjukkan contoh bil IWK yang wajib dibawa bersama untuk memudahkan urusan pembayaran.

login indah water payment bill online

Cara Nak Check Nombor Akaun Pembentungan Indah Water Login

Setiap kediaman individu atau syarikat yang menggunakan sistem pembentungan IWK mesti mempunyai nombor akaun pembentungan yang berbeza.

Semakan nombor akaun pembentungan ini boleh dilakukan menerusi iwk online, https://www.iwk.com.my seperti pada Rajah di bawah ini

semakan nombor akaun pembentungan

Pengguna boleh menghubungi atau emel pada syarikat indah water malaysia untuk membuat semakan nombor akaun pembentungan pengguna dengan menyatakan alamat kediaman pengguna.

Hal ini dapat memudahkan pengguna untuk membuat semakan bayaran dan membuat pembayaran terhadap kadar caj yang dikenakan setiap bulan.

Siapa Yang Bayar Bil Indah Water Konsortium

Bil utiliti ini menjadi kewajipan setiap individu yang mempunyai hartanah.

Isu berkenaan siapakah harus membayarnya adalah berdasarkan penjanjian sewa hartanah yang telah ditandatangani antara dua pihak iaitu tuan rumah dan penyewa.

Pembayaran IWK ini mestilah dinyatakan dan dijelaskan di dalam perjanjian tersebut sama ada ianya menjadi tanggungjawab penyewa atau pemberi sewa untuk membayarnya.

Hal ini penting untuk memastikan tiada tunggakan pembayaran berlaku terhadap kediaman tersebut.

Walaubagaimanapun, secara kebiasaannya, pembayaran bil IWK login ini adalah merupakan tanggungjawab penyewa untuk melunaskannya.

Ianya kerana penyewa yang menggunakan sumber air ini bagi menjalani kehidupan hariannya.

Berapa Rate IWK Bill Payment Untuk Rumah & Komersial

indah water check bill

Kadar bayaran yang dikenakan kepada pengguna pada setiap bulan adalah sepertimana yang dinyatakan dalam Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 dan Perintah Perkhidmatan Pembetungan (Kebenaran Kutipan Caj) 1994.

Ianya adalah berpatutan dan tidak membebankan masyarakat.

Rajah di bawah ini menunjukkan kadar yang telah ditetapkan oleh pihak Indah Water Konsortium Sdn. Bhd.

indah water customer service

Cara Contact Indah Water Customer Service

Untuk memudahkan urusan setiap pengguna apabila mempunyai masalah dengan pihak IWK, pengguna boleh terus menghubungi khidmat pelanggan IWK untuk pernyataan masalah dan maklumat lanjut.

Pengguna boleh menghubungi khidmat pelanggan pada +603 2083 2828 sepertimana yang tertera di https://www.iwk.com.my 

Kongsikan di Facebook, Telegram & Group Whatapps Kawan2 dan Family Anda!

Semua artikel di bawah ini sedang 'TRENDING', follower MYPT3 sedang rancak baca untuk dapatkan info berkaitan.


Untuk pastikan anda tidak terlepas walau satu Bantuan 2022 terkini dari kerajaan Malaysia dengan MUDAH & SENANG, join Telegram Bantuan Kerajaan Malaysia seperti yang tertera di bawah

Berita baik, ada tawaran hadiah GOLD BAR / TABLET PERCUMA untuk follower Telegram

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan Malaysiahttps://t.me/bantuankerajaanmalaysia