Immigration Malaysia: Bayaran Rekalibrasi Tenaga Kerja RTK 2.0


Portal Immigration Malaysia: Cek bayaran dan Surat permohonan Rekalibrasi Tenaga Kerja RTK 2.0 check status secara online

immigration malaysia online

Agen kerajaan ini adalah merupakan sebuah jabatan yang dikendalikan di bawah Kementerian Dalam Negeri. Jabatan ini ditubuhkan pada tahun 1947.

Jabatan ini bertanggungjawab dalam menguruskan hal ehwal warganegara Malaysia, penduduk tetap dan warganegara asing yang memasuki Malaysia. 

Secara amnya, Jabatan in menjalankan tugas-tugasnya sepertimana yang tertakluk di bawah undang-undang Akta Imigresenn 1959/63, Peraturan-peraturan Immigration 1963, Akta Pasport 1966, Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (pindaan 2010).

Jabatan ini juga menguruskan perkhidmatan pengeluaran dokumen perjalanan antarabangsa dan mengawal selia keluar masuk individu ke atau dari Malaysia. Tuntasnya, segala informasi yang berkaitan dengan immigration Malaysia boleh dirujuk pada laman sesawang https://www.imi.gov.my

Cara Daftar Permohonan Rekalibrasi Tenaga Kerja 2.0

Program Rekalibrasi Tenaga Kerja 2.0 rtk20 ini dijalankan sehingga 31 Disember 2023.

Oleh itu, majikan yang ingin menggajikan pekerja asing perlu membuat pendaftaran rekalibrasi tenaga kerja check status secara atas talian menerusi laman portal rasmi (JIM).

Berikut merupakan cara-cara untuk register dan daftar rekalibrasi tenaga kerja 2.0 check status RTK 2.0 ini;

surat permohonan rekalibrasi tenaga kerja 2.0 check status
  1. Majikan hendaklah melayari laman sesawang https://imigresen-online.imi.gov.my rtk20 seperti pada Rajah di atas ini
  2. Klik pada bahagian “Rekalibrasi Tenaga Kerja RTK 2.0”.
  3. Kemudian, baca terma dan syarat yang telah ditetapkan dan klik pada butang “Setuju dan Teruskan”.
  4. Masukkan butiran maklumat majikan dan pekerja asing dengan betul seperti pada Rajah di bawah ini dan klik pada butang “Teruskan”.
  5. Setelah isi semua maklumat yang diperlukan, klik pada butang “Hantar”.
  6. Permohonan majikan akan dihantar kepada pihak JIM
  7. Pihak JIM akan menghantar emel kepada majikan untuk membuat menetapan tarikh temujanji (STO).
  8. Setelah tarikh ditetapkan, majikan dan pekerja asing tanpa izin (PATI) perlu hadir bersama bagi urusan saringan biometrik PATI.
  9. Kemudian, surat pengesahan verifikasi PATI akan dikeluarkan oleh pihak JIM kepada PATI dan majikan.
  10. Selepas mendapat kelulusan daripada pihak JIM dan KDN, pemeriksaan kesihatan perlu dilakukan oleh PATI berkenaan.
  11. Jika lulus, bayaran fi perlu dibuat oleh majikan menerusi laman sesawang https://imigresen-online.imi.gov.my. Manakala, jika gagal, PATI tersebut perlu dihantar pulang ke negara mereka semula.
  12. Akhir sekali, PATI yang berjaya akan menerima pelekat (PLKS) yang akan diberikan kepada majikan dan PATI.
bayaran rtk 2.0 check status rtk20

Cara Login RTK 2.0

Untuk tujuan log masuk ke Program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK) 2.0 ini, majikan mestilah melayari laman sesawang immigration portal, https://imigresen-online.imi.gov.my

Berapa Yuran Bayaran RTK 2.0

Majikan perlu membayar kos bayaran jika ingin menggaji pekerja asing di bawah Program RTK 2.0 imigresen ini.

Berikut merupakan senarai kos rekab yang perlu ditanggung oleh majikan;

1. Fi rekalibrasi tenaga kerja bayaran RM1500 (seorang) – tiada wang cagaran yang diperlukan.

2. Levi

  • Sektor Perkilangan, Pembinaan, Perlombongan & Pengkuarian, Pengawal Keselamatan dan Perkhidmatan – RM 1850
  • Sektor Perladangan dan Pertanian – RM 640

3. Pas RM60

4. Proses RM125

5. Rekalibrasi visa check status (kos mengikut negara)

RTK 2.0 Check Status di Portal Immigration Malaysia

Semakan status pendaftaran rekalibrasi tenaga kerja 2.0 check status boleh dibuat secara atas talian. Berikut merupakan cara-cara untuk membuat semakan status RTK 2.0 imigresen;

  1. Layari laman sesawang rekab immigration portal, https://imigresen-online.imi.gov.my
  2. Klik pada bahagian “Semakan Status Pendaftaran / Kemaskini Permohonan rekab”.
  3. Masukkan nombor dokumen syarikat/ individu dan nombor pin yang sah.
  4. Kemudian klik pada butang “Sahkan”.
  5. Akhir sekali, status RTK 2.0 imigresen akan dipaparkan.

Apa Itu Rekalibrasi Tenaga Kerja 2.0

Bahagian Hal Ehwal Imigresenn memainkan peranan penting dalam menguruskan kemasukan warganegara asing ke Malaysia, termasuklah kemasukan tenaga kerja asing ke Malaysia.

Dasar dan peraturan telah ditetapkan bagi setiap kemasukan tenaga kerja ini bagi memastikan hak warganegara tidak dikecualikan atau diketepikan.

Oleh itu, satu program yang dikenali sebagai Program Rekalibrasi Tenaga Kerja RTK 2.0 imigresen telah diperkenalkan.

Program Rekalibrasi Tenaga Kerja RTK 2.0 telah diperkenalkan di bawah Immigration Malaysia.

Ianya merupakan program khusus bertujuan untuk meregularisasikan pendatang asing tanpa izin (PATI) ke Malaysia sebagai pekerja warga asing yang sah yang digajikan oleh majikan syarikat tempatan di mana ianya tertakluk pada syarat dan kelayakan yang ketat yang diluluskan oleh pihak immigration department of malaysia dan Kementerian Dalam Negeri Malaysia (KDNM).

Kelebihan Sistem Imigresen Rekalibrasi

Secara khususnya, sistem RTK imigresen ini banyak memberi manfaat kepada majikan dan PATI.

Dengan adanya sistem atas talian ini, ianya dapat memudahkan pihak Kerajaan mengawal kemasukan pekerja asing ke Malaysia.

Bilangan PATI dapat dikawal dengan baik bagi mengelakkan berlakunya lebihan pekerja asing yang boleh menyebabkan kekurangan peluang pekerjaan kepada warga tempatan.

Inisiatif ini dititikberatkan untuk mementingkan kepentingan warga tempatan dalam bidang pekerjaan di Malaysia berbanding warga asing. 

Sistem RTK 2.0 ini juga memberi kelebihan dari segi penggunaan sistem itu sendiri. Ianya dapat memudahkan pihak majikan untuk menggaji pekerja asing di dalam sektor yang tersenarai di bawah immigration department of malaysia dengan hanya melakukan pendaftaran secara atas talian.

Sistem rekalibrasi 2.0 ini dapat mengelakkan majikan daripada menggaji pekerja yang tidak berdaftar di bawah KDN dan JIM.

Bagi majikan yang menggaji PATI tanpa pendaftaran, tindakan undang-undang boleh dikenakan. 

Semua artikel di bawah ini sedang 'TRENDING', follower MYPT3 sedang rancak baca untuk dapatkan info berkaitan.


Untuk pastikan anda tidak terlepas walau satu Bantuan 2022 terkini dari kerajaan Malaysia dengan MUDAH & SENANG, join Telegram Bantuan Kerajaan Malaysia seperti yang tertera di bawah

Berita baik, ada tawaran hadiah GOLD BAR / TABLET PERCUMA untuk follower Telegram

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan Malaysiahttps://t.me/bantuankerajaanmalaysia