Idme KPM: Cara Daftar & Login Sistem Pengurusan IDentiti Guru

Cara Daftar Portal idme KPM & Login Sistem Pengurusan IDentiti Guru

portal idme kpm guru kelas

IDME KPM merupakan sistem pengurusan identiti bagi pengguna Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Ianya termasuklah pengguna daripada kakitangan dari Kementerian lain, agensi, institusi swasta, ibu bapa, pelajar, pendidik, pengusaha institusi pendidikan dan orang awam.

Sistem ini diwujudkan bertujuan menjadi medium utama untuk menyimpan dan mengesahkan identiti pengguna Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Bukan itu sahaja, ia juga merupakan pemangkin utama untuk Single Sign-On (SSO) yang membolehkan semua sistem membuat pengesahan pengguna bagi mengelakkan berlakunya duplikasi pengguna dalam sistem pengurusan identiti.

IDME ini menjadi laman utama untuk log masuk ke Modul-modul Sistem Bersepadu KPM yang dikenali dengan MOEIS. Antara sistem yang boleh diakses menerusi sistem pengurusan identiti ialah sistem pengurusan awam, sistem pengurusan murid, sistem pengurusan institusi, sistem pengurusan pentaksiran, sistem pengurusan guru dan sistem penubuhan dan pendaftaran institusi.

Cara Daftar Idme KPM

Pendaftaran idMe KPM ini boleh dilakukan secara atas talian. Berikut merupakan cara-cara untuk mendaftar akaun di sistem idMe KPM;

BACA SINI >> PAJSK 2023: ujian segak online KPM

  1. Layari laman sesawang https://idme.moe.gov.my daftar masuk seperti pada Rajah di bawah ini nanti
  2. Isi butiran maklumat yang dikehendaki dengan lengkap dan betul dan seterusnya klik pada butang “Daftar”.
  3. Akhir sekali, pengguna akan menerima notifikasi pendaftaran berjaya dan kata laluan sementara akan dihantar kepada pengguna menerusi emel untuk tujuan log masuk kali pertama.

BACA SINI >> Myportfolio guru kpm: download contoh format templete 2023

sistem pengurusan identiti guru kpm

BACA SINI >> Epangkat kpm: semakan kenaikan pangkat guru 2023

BACA SINI >> Pangkalan Data Murid: Pengurusan Kemaskini Borang Maklumat 2023

Cara Log Masuk Idme KPM Login

Setelah berjaya membuat pendaftaran, pengguna boleh mula log masuk ke akaun idMe untuk menyimpan dan mengesahkan maklumat pengguna Kementerian Pendidikan Malaysia.

Berikut merupakan cara untuk log masuk ke sistem idMe KPM;

  1. Layari laman sesawang idme.moe.gov.my login masuk 
  2. Pengguna perlu memasukkan ID Pengguna dan klik pada butang “Daftar Masuk”.
  3. Masukkan kata laluan telah diterima menerusi emel. 
  4. Kemudian, klik pada butang “Daftar Masuk”.
  5. Akhir sekali, pengguna berjaya log masuk ke dalam sistem idMe KPM.

Kelebihan Sistem Pengurusan IDentiti Guru KPM

idMe, iaitu sistem yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bertujuan memudahkan urusan pengguna terutamanya pihak guru.

Tenaga pengajar yang telah membuat pendaftaran akaun idMe boleh mengakses aplikasi aplikasi MOEIS untuk mengisi markah pelajar dan membuat penaksiran bilik darjah (PBD).

idMe ini penting untuk membolehkan pihak guru menganalisis pengurusan awam, guru, murid, institusi dan pentaksir melalui modul-modul yang disediakan.

Tambahan pula, sistem ini diwujudkan untuk menjadi medium utama kepada para pengguna KPM yang membolehkan mereka mengakses secara single sign-on.

Ianya dihasilkan untuk memenuhi keperluan teknologi pada hari ini bertujuan memperkasakan sistem pendidikan di Malaysia. 

Senarai Idme KPM Problem

Sistem Pengurusan Identiti ini baru sahaja diperkenalkan di peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia. Ianya bertujuan memudahkan urusan pengguna KPM.

Walaubagaimanapun, para pengguna mengalami banyak masalah dalam mengendalikan sistem ini kerana masih baru diperkenalkan.

Antara masalah yang dihadapi oleh para pengguna sistem ini ialah;

  1. Data yang dimasukkan tidak direkodkan di dalam sistem ini menyebabkan pengguna perlu mengisinya berkali-kali.
  2. Sistem ini kurang efisien kepada pengguna KPM terutamanya guru perlu memasukkan data satu per satu dan ianya tidak disambungkan dengan rekod yang terdahulu.

3 Cadangan Penambaikan

Masalah-masalah yang dihadapi oleh pihak guru terutamanya mestilah diambil serius bagi menambahbaik sistem ini bagi menjamin sistem yang lebih cekap dan efisien.

Antara cadangan penambaikkan sistem ini ialah;

  1. Data yang direkod dalam sistem terdahulu disambungkan ke dalam sistem ini yang boleh memudahkan para guru tanpa perlu memasukkan data beberapa kali.
  2. Mengambil langkah pemulihan bagi mengatasi isu gangguan pada pangkalan data sistem ini
  3. Mewujudkan sistem yang boleh menanggung capaian trafik yang tinggi.

Cara Tukar Password Idme KPM

Dengan adanya sistem ini, ianya dapat memudahkan pengguna untuk log masuk ke dalam satu akaun sahaja untuk mengakses banyak sistem atau modul.

Walaubagaimanapun, jika pengguna terlupa kata laluan, ia akan memberi kesan kepada pengguna di mana pengguna akan mempunyai masalah untuk mengakses modul lain.

Oleh itu, bagi pengguna yang terlupa kata laluan, berikut adalah cara menukar kata laluan dan password idMe KPM;

  1. Layari laman sesawang https://idme.moe.gov.my login masuk
  2. Klik pada bahagian “Lupa Kata Laluan”.
  3. Masukkan alamat emel yang telah didaftarkan seperti
  4. Klik pada butang “Hantar Tetapan”.
  5. Pengguna akan menerima emel untuk membuat penetapan semula kata laluan dan pengguna perlu klik pada butang “Penetapan Semula Kata Laluan Akaun Pengguna.”
  6. Kemudian, pengguna perlu memasukkan maklumat alamat emel, nombor kad pengenalan, kata laluan yang baharu dan sahkan kata laluan tersebut.
  7. Akhir skali, klik pada butang “Menetapkan Semula Kata Laluan” dan kata laluan pengguna berjaya diresetkan. 

Cara Hubungi Support Portal IDme KPM Help Desk

Disebabkan oleh sistem yang masih baru diperkenalkan, banyak masalah yang akan dihadapi oleh pengguna.

Bagi segala permasalahan yang dihadapi, pengguna boleh membuat pertanyaan lanjut mengenai sistem IdMe ini dengan menghantar emel ke supportidMe@moe.gov.my.

Semua artikel di bawah ini sedang 'TRENDING', follower MYPT3 sedang rancak baca untuk dapatkan info berkaitan.


Untuk pastikan anda tidak terlepas walau satu Bantuan 2024 terkini dari kerajaan Malaysia dengan MUDAH & SENANG, join Telegram Bantuan Kerajaan Malaysia seperti yang tertera di bawah

Berita baik, ada tawaran hadiah GOLD BAR / TABLET PERCUMA untuk follower Telegram

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan Malaysiahttps://t.me/bantuankerajaanmalaysia