Jadual Kwsp i Lestari Bayaran RM500 Setiap Bulan

Semakan tarikh pembayaran & jadual bayaran bagi Pengeluaran akaun 2 kwsp i lestari RM500 sebulan untuk setiap bulan dengan mudah dan senang. Teruskan Membaca…

tarikh pembayaran kwsp i lestari setiap bulan

Berita baik kepada semua pencarum kumpulan wang simpanan pekerja.

Kerajaan malaysia sedang dalam usaha untuk meningkatkan semua kantung poket dan perbelanjaan boleh guna rakyat malaysia.

Terbaru kerajaan malaysia telah pun meluluskan untuk membenarkan anda semua sebagai pencarum dan ahli kwsp untuk membuat pengeluaran akaun 2 sebanyak RM500 sebulan selama tempoh 12 bulan.

Kepada yang tercari-cari info terkini mengenai inisiatif dan skim terbaru kepada kalangan pencarum, boleh semak info yang kami rangkumkan untuk anda di bawah ini:

Permohonan Pengeluaran Kwsp i Lestari

Yang berminat untuk guna duit epf anda sebagai persediaan sepanjang wabak epf ini berlangsung boleh semak butiran di bawah ini:

PERKARABUTIRANNYA
Daftar borang pendaftaran kwsp dari akaun 2 andahttps://ilestari.kwsp.gov.my/
Cara Pendaftaran Permohonan baru Secara ManualAhli boleh lakukan di emel atau e-mel [email protected] atau secara pos ke alamat yang tertera di bawah bermula 1 APRIL 2020 ini
Pendaftaran Permohonan pengeluaran i-lestari secara online dengan kwspBermula 1 MEI 2020
Pos permohonan ke alamat ini(Pengeluaran iLestari Kwsp)
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
Karung Berkunci No 220,
Jalan Sultan 46720 Petaling Jaya
Selangor
Untuk pertanyaan lanjutBoleh terus hubungi akkitangan bertugas di emel, boleh terus emel [email protected] ataupun layari terus portal rasmi www.epf.gov.my untuk maklumat lebih lanjut

jadual pembayaran i lestari kwsp bulan ogos

BACA SINI: Jika anda mahu dapat RM600 sehingga Rm1200 sebulan tambahan melalui program subsidi upah perkso

  1. Sistem pengeluaran ini dinamakan i lestari yang diuruskan oleh kwsp
  2. Anda boleh membuat permohonan pendaftaran bermula 1 April 2020 melalui sistem pos atau sistem emel mereka
  3. Anda boleh menerima duit epf anda bermula Mei 2020 terus kredit ke akaun bank anda
  4. Walaubagaimana pihak epf telah menyediakan kemudahan untuk meningkatkan dan memudahkan lagi dengan menyediakan sistem online bermula 1 Mei 2020 ini
  5. Pengeluaran dibenarkan untuk semua pencarum yang umur 55 tahun ke bawah
  6. Setiap pengeluaran setiap bulan di bawah inisitif baru ini dihadkan kepada RM500 sebulan untuk setiap pencarum
  7. Permohonan hanya perlu dibuat sekali sahaja dalam tempoh 1 April 2020 sehingga 31 Mac 2021

Tujuan kerajaaan ini sebenarnya untuk membolehkan anda menggunakan duit ini pada tujuan yang betul terutamanya dalam keadaan ‘sesak’ dan ‘sempit’ untuk membeli barang keperluan rumah, bayar pinjaman rumah atau bayar bil elektrik dan juga bil air.

Cara Semakan Status i-Lestari Kwsp

Semakan status permohonan i-lestari boleh dibuat dalam tempoh DUA (2) hari selepas permohonan dibuat dan berjaya dihantar ke kwsp. Berikut di bawah adalah cara semak seperti di bawah :

  1. Pastikan laman web rasmi https://ilestari.kwsp.gov.my dilayari.
  2. Bahagian semak status permohonan dipilih.
  3. Nombor MyKad, nombor telefon bimbit anda dimasukkan dan butang semak ditekan.
  4. Akan dipaparkan status permohonan bagi tujuan semakan.

pengeluaran i lestari kwsp

Tarikh Pembayaran i Lestari Setiap Bulan

Jadual Pembayaran Kwsp I Lestari Untuk Bulan Ogos

Anda boleh semak jadual pembayaran yang akan dikreditkan terus ke akaun bank anda bulan ini

NOKUMPULAN / BATCHTARIKH PEMBAYARAN
1BATCH 1 JULAI3 Ogos 2020
2BATCH 2 JULAI4 Ogos 2020
3BATCH 3 JULAI5 Ogos 2020
4BATCH 6 JULAI6 Ogos 2020
5BATCH 7 JULAI7 Ogos 2020
6BATCH 8 JULAI10 Ogos 2020
7BATCH 9 JULAI11 Ogos 2020
8BATCH 10 JULAI12 Ogos 2020
9BATCH 13 JULAI13 Ogos 2020

Jadual Pembayaran I Lestari Kwsp JULAI 2020

NOKUMPULAN / BATCHTARIKH PEMBAYARAN
1BATCH 4 MEI & 1 JUN1 JULAI 2020
2BATCH 5 MEI & 2 JUN2 JULAI 2020
3BATCH 6 MEI & 3 JUN3 JULAI 2020
4BATCH 8 MEI & 10 JUN6 JULAI 2020
5BATCH 12 MEI & 5 JUN7 JULAI 2020
6BATCH 13 MEI & 9 JUN8 JULAI 2020
7BATCH 18 MEI & 10 JUN9 JULAI 2020
8BATCH 19 MEI & 11 JUN10 JULAI 2020
9BATCH 20 MEI & 12 JUN13 JULAI 2020
ilestari bulan julai
bukti pembayaran untuk bulan Julai 2020

Bayaran Jun 2020

Pembayaran dibuat secara bulanan ke dalam akaun bank ahli

NOKUMPULAN / BATCHTARIKH BAYARAN
1BATCH 4 MEI 20201 JUN 2020
2BATCH 5 MEI 20202 JUN 2020
3BATCH 6 MEI 20203 JUN 2020
4BATCH 8 MEI 20204 JUN 2020
5BATCH 12 MEI 20205 JUN 2020
6BATCH 13 MEI 20209 JUN 2020
7BATCH 18 MEI 202010 JUN 2020
8BATCH 19 MEI 202011 JUN 2020
9BATCH 20 MEI 202012 JUN 2020

13 Soalan Lazim & FAQ

1. Berapakah Tempoh Pengeluaran i lestari kwsp dikuatkuasakan?

Adalah berkuatkuasa bagi tempoh 1 April 2020 hingga 31 Mac 2021 bagi Pengeluaran.

2. Apakah Konsep am Pengeluaran i lestari dari kwsp ini?

Konsep am Pengeluaran seperti dinyatakan :

a)Pengeluaran hanya dari Akaun 2 sahaja.
b)Bayaran pengeluaran akan dilakukan secara bulan dan berulang untuk bulan-bulan selepasnya tertakhluk kepada kelayakan bilangan bulan pengeluaran seperti di item (c).
c)Kelayakan bilangan bulan pengeluaran dikira mulai dari tarikh terima permohonan pengeluaran yang KWSP luluskan sehingga 31 Mac 2021 iaitu tamat tempoh kuatkuasa Pengeluaran.

Ilustrasi :
a)Kelayakan bilangan bulan pengeluaran adalah bilangan maksimum selama 12 bulan, jika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan April 2020.
b)Kelayakan bilangan bulan selama 7 bulan, jika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan September 2020.
c)Kelayakan bilangan pengeluaran selama 1 bulan jika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan Mac 2021.

3. Apakah Kelayakan Ahli untuk memohon Pengeluaran?

a) Warganegara Malaysia, Pemastautin Tetap dan Bukan Warganegara Malaysia ;
b) Berumur di bawah 55 tahun ; dan
c)Mempunyai baki simpanan di dalam Akaun 2.

4. Tempoh Ahli boleh membuat permohonan Pengeluaran i lestari kwsp

Mulai 1 April 2020 hingga 31 Mac 2021, borang permohonan Pengeluaran boleh dihantar oleh Ahli.
(Permohonan mestilah diterima sebelum atau pada 31 Mac 2021 oleh KWSP)

5. Di bawah Pengeluaran, Berapakah Amaun yang layak dikeluarkan oleh Ahli?

Amaun yang layak dikeluarkan bagi Pengeluaran adalah minimum RM50 dan maksimum RM500 sebulan; tertakhluk kepada jumlah simpanan yang ada di dalam Akaun 2 semasa bayaran pengeluaran bagi bulan berkenaan dilakukan.

Amaun pengeluaran untuk bulan berkenaan adalah berdasarkan jumlah tersebut jika jumlah simpanan Akaun 2 adalah kurang daripada amaun yang dimohon.

6. Bilakah bayaran untuk permohonan yang diluluskan akan dibuat kepada Ahli?

Bayaran akan dibuat bermula pada bulan Mei 2020 bagi permohonan pengeluaran i lestari diterima dari kwsp selepas bulan April 2020.

Manakala bayaran pengeluaran akan bermula dari tarikh permohonan pengeluaran diterima oleh KWSP bagi permohonan pengeluaran yang diterima selepas bulan April 2020.

Tidak dibenarkan bagi permohonan untuk bayaran bulan kebelakang (backdated).

7. Permohonan untuk mengubah amaun bayaran kwsp i lestari?

Buat masa ini, amaun pengeluaran bulanan berulang yang telah diluluskan tidak boleh diubah oleh Ahli.

Saluran permohonan borang permohonan Pengeluaran
Mulai 1 April 2020, Permohonan Pengeluaran boleh dibuat melalui saluran-saluran berikut :

a) Secara dalam talian menerusi i-Lestari Online yang disediakan di laman web rasmi kwsp di www.kwsp.gov.my. Untuk mengakses permohonan melalui Online, KLIK DISINI.
b) Secara dalam talian melalui e-Pengeluaran dalam i-Akaun (Ahli)
c) Secara hantaran pos kepada alamat : Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Beg Berkunci No 220, Jalan Sultan 46720 Petaling Jaya. Sila catatkan di hadapan sampul surat dengan (UP : i-Lestari). Untuk mempercepatkan proses kelulusan, disarankan untuk Ahli untuk membuat permohonan melalui e-Pengeluaran dan Online dalam i-Akaun (Ahli).

Masa yang lebih lama untuk memproses jika permohonan secara manual yang dihantar melalui pos. Hanya akan dihantar melalui pos sahaja bagi permohonan pengeluaran oleh Ahli bukan warganegara Malaysia.

8. Mengapakah amaun Pengeluaran terhad kepada maksimum RM500 dan secara bulanan?

Meringankan beban kewangan Ahli bagi memenuhi keperluan asas bulan dalam tempoh pandemik COVID-19 ini merupakan tujuan Pengeluaran.

Jumlah yang berpatutan bagi menambah sumber kewangan Ahli bagi memenuhi keperluan asas untuk bulan yang berkenaan

9. Mengapakah kekerapan bayaran Pengeluaran terhad kepada sekali sebulan?

Kekerapan bayaran Pengeluaran terhad kepada sekali sebulan kerana tujuan pengeluaran ini adalah untuk menambah sumber pendapatan bulanan Ahli bagi memenuhi keperluan asas setiap bulan.

10. Mengapakah Pengeluaran hanya untuk tempoh setahun sahaja?

Pengeluaran bertujuan untuk membantu Ahli meneruskan kelangsungan hidup ketika berdepan dengan wabak pandemik COVID-19 pada ketika ini.

Perkembangan situasi ini akan terus dipantau dan keperluan pengeluaran i lestari kwsp ini hanya dari semasa ke semasa dan impak pandemik COVID-19 dijangka akan berakhir selepas tempoh tersebut. Sedikit sebanyak merancakkan ekonomi Malaysia yang sedia lembap pada ketika ini

11. Bolehkah saya menggunakan nombor akaun bank isteri/suami saya untuk terima pembayaran ilestari kwsp ini?

TIDAK BOLEH!

12. Bagaimana cara mudah untuk saya mengetahui bayaran dah masuk dalam akaun bank saya?

Anda akan mendapat notifikasi sms setiap kali pembayaran telah dilakukan.

Maklumat Lanjut

Sila layari maklumat berikut jika terdapat sebarang masalah atau pertanyaan berkaitan skim ini

Kesimpulan Permohonan Dan Semakan Status i-Lestari tanpa i-Akaun

Semoga dengan sedikit perkongsian berkenaan Permohonan dan Semakan Status i-Lestari tanpa i-akaun ini akan memudahkan urusan and dalam membuat permohonan pengeluaran wang KWSP Akaun 2 bagi meringankan beban yang ditanggung sepanjang menghadapi wabak COVID-19 yang melanda. Kongsikan artikel ini kepada ahli keluarga dan rakan taulan anda yang lain. Semoga bermanfaat!

P/S: Jikalau suami isteri merupakan pencarum,  setiap bulan akan ada tambahan maksimum RM1,000 untuk dibelanjakan setiap bulan. Alhamdulillah. Gunakanlah pada waktu dan keperluan yang betul.

PP/S: Dengan sekitar dana sebesar RM40 bililion bakal berlegar di pasaran tempatan untuk dibelanjakan oleh kalangan pencarum untuk tempoh 12 bulan mendatang, diharapkan ia dapat bantu merancakkan kegiatan ekonomi yang sudah lama terencat!

PPP/S: Share info terkini tarikh pembayaran i lestari kwsp ini di Facebook & Whatapps kawan-kawan rapat & ahli keluarga terdekat anda yang sama-sama dapat bantuan ini. JOM!