Home Tuition Malaysia: Yuran Fee Tuisyen di Rumah Sendiri

Best Home Tuition Malaysia: Berapa Yuran Fee Tuisyen di Rumah Sendiri tahun 2023

best home tuition malaysia

Pendidikan sangat penting untuk diterapkan kepada semua masyarakat daripada pelbagai lapisan dan golongan. Untuk melahirkan modal insan yang cemerlang, banyak kaedah pembelajaran dan pengajian boleh dipraktikkan, termasuklah kaedah Home Tuition.

Sistem pendidikan yang semakin maju menjadikan ibu bapa hari ini lebih sedar akan pentingnya home tuition ini. Home tuition merupakan kelas tuisyen yang dilakukan secara langsung di rumah pelajar. Ia merupakan kaedah pembelajaran secara langsung antara guru yang dikenali sebagai home tutor dan pelajar.

Kebiasaanya, pengajar atau home tutor akan datang ke rumah pelajar pada waktu-waktu yang dipersetujui oleh pengajar dan ibu bapa untuk mengajar secara bersemuka dan hanya seorang sahaja pelajar yang diajar dalam satu masa.

Hal ini kerana home tuition ini bertujuan memastikan sesi pembelajaran dan pengajian ini lebih berkualiti dan memberikan impak yang positif kepada perkembangan prestasi pendidikan pelajar. Justeru itu, Kepada yang mencari guru tuisyen di rumah home tuition ini juga diwujudkan di Malaysia kerana sistem pendidikan yang setaraf dengan negara-negara maju yang lain. 

Caj Yuran Home Tuition Untuk Pelajar Sekolah Rendah

Home Tuition merupakan kelas tuisyen yang mewajibkan home tutor datang ke rumah pelajar untuk mengajar secara bersemuka.

Home tuition ini bukan hanya melibatkan kos perkhidmatan tunjuk ajar dan pembelajaran, tetapi ianya juga melibatkan kos pengangkutan daripada rumah pengajar ke rumah pelajar.

Hal ini pastinya melibatkan kos yang tinggi jika ibu bapa berminat untuk mengadakan home tuition kepada anak mereka.

Umumnya, kadar harga untuk home tuition ini lebih tinggi berbanding menghadiri pusat tuisyen.

  • Anggaran kadar kos home tuition di Malaysia bagi pelajar sekolah rendah adalah RM50 per jam bagi satu mata pelajaran seorang.
  • Harga tuisyen di rumah sendiri ini yang perlu dibayar oleh ibu bapa jika mengambil sesi home tuition ini.

Home Tuition Fees in Malaysia Untuk Pelajar Sekolah Menengah

Silibus mata pelajaran bagi pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah adalah berbeza. Tahap kritikal tempoh pembelajaran dan pengajian juga berbeza.

Oleh itu, kos home tuition bagi pelajar sekolah rendah dan menengah juga berbeza. Kos bagi home tuition untuk pelajar sekolah menengah adalah lebih mahal berbanding sekolah rendah. 

Anggaran kadar kos home tuition di Malaysia bagi pelajar sekolah menengah terbahagi kepada dua iaitu pelajar menengah rendah (Tingkat 1 sehingga 3) dan pelajar menengah tinggi (Tingkatan 4 dan 5).

  • Bagi home tuition pelajar menengah rendah adalah RM60 per jam bagi satu mata pelajaran seorang.
  • Manakala, yuran tuisyen di rumah sendiri bagi pelajar menengah tinggi adalah RM70 – RM80 per jam bagi satu mata pelajaran seorang.

SUMBER: Malaymail

Beza Home Tuition vs Tuition Centre Malaysia

Berdasar semakan kami sekarang ini semakin ramai guru tuisyen di rumah baik di selangor, kuala lumpur Kl sabah sarawak pahang terengganu kelantan perlis melaka pulau pinang penang melaka negeri sembilan putrajaya perak kedah dan Johor

Tuisyen merupakan kelas tambahan untuk pelajar membuat ulangkaji dan belajar lebih mendalam berkenaan mata pelajaran yang diajar di sekolah.

Terdapat dua (2) jenis tuisyen yang diwujudkan di Malaysia iaitu Home Tuition dan Tuition Centre.

Kedua-duanya tuisyen ini memberikan impak yang signifikan kepada pelajar kerana kedua-duanya membawa peranan yang berbeza.

Berikut merupakan perbezaan antara home tuition dan tuition centre;

guru mengajar tusyen di rumah sendiri

1. Tuisyen di Rumah Sendiri

Home tuition merupakan tuisyen yang dilakukan di rumah pelajar. Home tutor atau guru mestilah hadir ke rumah pelajar bagi menjalankan sesi pembelajaran.

Ia merupakan sesi pembelajaran dan pengajian secara bersemuka antara seorang pelajar dan seorang guru tanpa melibatkan ramai pelajar. 

Kos bagi home tuition ini agak tinggi berbanding tuition centre. Guru akan dibayar dengan harga yang lumayan disebabkan kos sesi pembelajaran, kos bahan pembelajaran dan kos pengangkutan guru. 

Tambahan pula, home tutor boleh memantau dengan lebih dekat berkaitan kelemahan pelajar dalam sesi pembelajaran tersebut. Home tutor juga akan memberi tunjuk ajar secara khusus kepada pelajar mereka mengikut tempoh pembelajaran yang dibayar mengikut jam.

Oleh itu, kaedah home tuition ini dapat memberi impak yang sangat signifikan kepada perkembangan pembelajaran pelajar. Pelajar juga lebih senang untuk memahami dan boleh bertanya secara terus segala persoalan berkaitan pembelajaran kepada home tutor. 

Ini bermaksud penglibatan guru dan pelajar adalah bersifat penuh tanpa melibatkan mana-mana pihak atau pelajar lain. 

2. Tuition Centre di Malaysia

Tuition centre merupakan pusat tuisyen yang menyediakan prkhidmatan pembelajaran dan pengajian secara berkumpulan sama ada kumpulan besar atau kumpulan kecil.

Pelajar mestilah hadir ke pusat tuisyen yang didaftarkan untuk menyertai sesi pembelajaran. Kos pengajian di tuition centre ini jauh lebih murah berbanding home tuition.

Walaubagaimanapun, pengajar hanya mengajar dan menumpukkan pada pengajaran mereka untuk semua pelajar.

Pelajar perlu melibatkan diri secara aktif untuk mendapatkan input daripada sesi pembelajaran tersebut. Pelajar yang pasif akan ketinggalan sedikit berbanding rakan-rakan yang lain. 

Tambahan pula, pembelajaran menerusi tuition centre ini tidak begitu memberikan impak yang besar kepada prstasi pembelajaran pelajar.

Ianya bergantung kepada usaha pelajar itu sendiri. Guru juga tidak dapat menumpukan perhatian pada setiap pelajar dan mereka juga tidak dapat mengesan kelemahan pelajar dalam pembelajaran secara langsung. 

Ini bermaksud pembelajaran di tuition centre adalah pembelajaran secara bersemuka melibatkan ramai individu pelajar tanpa mengira tahap prestasi pembelajaran mereka.

Kebaikan Tuisyen di Rumah

Home tuition ini masih lagi tidak mendapat sambutan daripada para ibu bapa di Malaysia.

Walhal, home tuition ini memberikan banyak kelebihan kepada pelajar.

Perkembangan prestasi pelajar akan lebih meningkat jika menyertai home tuition ini. Antara kelebihan menyertai home tuition ini adalah;

  1. Sesi pembelajaran dan pengajian pelajar akan lebih efektif. Ini kerana seorang guru akan menumpukan sepenuh perhatian pengajarannya kepada seorang pelajar. Pengajar akan mengetahui titik kelemahan dan kelebihan dalam sesebuah mata pelajaran yang diambil oleh pelajar untuk membantu pelajar mendapatkan keputusan yang cemerlang.
  2. Pembelajaran menerusi home tuition adalah lebih selamat. Ini kerana pelajar tidak perlu ke pusat tuisyen untuk menghadiri sesi pembelajaran. Bahkan, guru akan datang ke rumah untuk melakukan sesi pembelajaran. Ibu bapa juga secara tidak langsung dapat memantau perkembangan pembelajaran anak-anak mereka.
  3. Adanya home tuition dapat menjimatkan masa ibu bapa daripada perlu menghantar anak-anak ke pusat tuisyen. Bukan itu sahaja, kos pengangkutan juga dapat dijimatkan.

Keburukan Mengajar Tuisyen di Rumah Sendiri

Dalam menyelusuri kebaikan home tuition ini. Terdapat juga kelemahan dan keburukan home tuition ini, antaranya ialah;

  1. Kos mendaftar sesi pembelajaran home tuition ini agak mahal berbanding tuition centre. Oleh itu, bukan semua ibu bapa mampu mengeluarkan duit untuk membayar kos home tuition ini.
  2. Tiada penglibatan secara berkumpulan antara pelajar jika menyertai sesi guru mengajar tusyen di rumah sendiri. Pelajar akan bersendirian dengan guru sepanjang tempoh pembelajaran di mana ianya agak membosankan kerana pelajar tidak dapat membina hubungan dengan kenalan baharu.

Best Home Tuition Malaysia 2023

Menurut satu kajian yang dilakukan di Malaysia, home tuition yang merupakan kaedah pembelajaran secara one-to-one antara pelajar dan guru adalah jauh lebih berkesan dan efektif berbanding menghadiri pusat tuisyen bersama rakan-rakan.

Berikut merupakan tiga (3) senarai perkhidmatan home tuition yang terbaik di Malaysia;

“akan dikemaskinikan”

Semua artikel di bawah ini sedang 'TRENDING', follower MYPT3 sedang rancak baca untuk dapatkan info berkaitan.


Untuk pastikan anda tidak terlepas walau satu Bantuan 2024 terkini dari kerajaan Malaysia dengan MUDAH & SENANG, join Telegram Bantuan Kerajaan Malaysia seperti yang tertera di bawah

Berita baik, ada tawaran hadiah GOLD BAR / TABLET PERCUMA untuk follower Telegram

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan Malaysiahttps://t.me/bantuankerajaanmalaysia