Stamp Lhdn: Hasil Stamp Duty Exemption 2023

Stamp Lhdn: Hasil Stamp duty Exemption 2023 & MOT Malaysia

hasil stamp lhdn 2023

Stamp Assessment and Payment System (STAMP) merupakan sistem taksiran dan bayaran setem yang diperkenalkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia yang berkuatkuasa pada 1 Julai bertujuan untuk memudahkan proses penyeteman secara atas talian.

Pengguna boleh melayari laman sesewang https://stamps.hasil.gov.my seperti pada Rajah bawah untuk mendaftar sebagai pengguna.

Sistem STAMPS ini diwujudkan dengan matlamat untuk melancarkan perkhidmatan penyeteman supaya lebih cekap dan berkesan kepada pengguna.

Selain dapat menjimatkan masa pengguna sama ada individu atau ejen tanpa perlu hadir ke LHDN, sistem ini bersifat fleksibel dan mesra pengguna. Ianya boleh diakses pada bila-bila masa sahaja.

Cara Daftar Hasil Stamp Lhdn Secara Talian

Akaun STAMPS boleh didaftarkan secara atas talian berdasarkan kategori pengguna, samaada individu atau ejen.

Bagi pendaftaran oleh ejen, iaitu pihak yang diberi kuasa oleh firma, agensi dan pihak berdaftar seperti pihak guaman, pihak syarikat insurans atau pihak setiausaha syarikat, ejen ini perlu mendaftar ID baharu sebagai ejen dengan menekan butang “Daftar Masuk” di https://stamps.hasil.gov.my seperti gambar Rajah di bawah

stamp assessment and payment system

Pengguna hendaklah mengisi semua maklumat yang dikehendaki seperti nama ejen, kad pengenalan ejen, nama syarikat dan banyak lagi.

malaysia stamp

Setelah pengguna berjaya mendaftar masuk, sistem STAMPING LHDN akan ke halaman kemaskini Pengenalan Diri seperti pada Rajah di bawah. 

register stamp

Sekiranya medan yang bertanda (*) yang berwarna merah diisi dengan betul, pengguna perlu menekan butang “Hantar” menandakan kemaskini telah dilakukan.

Kemaskini akan menunjukkan ianya Berjaya apabila notifikasi berjaya dipaparkan.

Kemudian, pengguna boleh mula log masuk ke dalam sistem dan mengisi borang taksiran. 

Namun ianya berbeza bagi pengguna individua tau persendirian yang tidak mewakili mana-mana pihak.

Bagi pengguna individu, pendaftaran boleh dilakukan dengan menekan butang “Daftar Masuk Individu” seperti pada Rajah di bawah.

Pengguna mestilah mengisi informasi yang dikehendaki dengan tepat dan betul supaya permohonan pendaftaran berjaya.

Setelah berjaya, pengguna bolehlah mula log masuk ke dalam sistem untuk tujuan penyeteman perjanjian secara atas talian.

Cara Bayaran Stamp Assessment And Payment System

Bayaran duti setem boleh dilakukan melalui dua (2) cara iaitu melalui kaunter LHDN atau secara atas talian.

Bagi pembayaran duti setem secara atas talian, ianya boleh dilakukan melalui perbankan elektronik menggunakan kaedah FPX (Financial Process Exchange).

Pengguna STAMP duty malaysia perlu mengisi maklumat perjanjian yang diperlukan di dalam sistem STAMPS, kemudian lampirkan dokumen sokongan untuk lengkapkan permohonan.

Permohonan akan diproses 3 hari sehingga 5 hari bekerja sama ada diterima atau ditolak.

Sekiranya permohonan berjaya seperti pada Rajah di bawah, status akan menunjukkan “sedia untuk bayaran duti”, maka pengguna boleh melakukan pembayaran secara atas talian untuk mencetak sijil dengan memilih bank individu untuk tujuan pembayaran.

tenancy agreement stamp duty

Caj Denda Penalti Lambat Bayar Stamp Duty Malaysia

Tempoh pembayaran duti setem adalah 30 hari dari tarikh dokumen itu disempurnakan dalam Malaysia atau dalam tempoh 30 hari selepas ianya diterima dalam Malaysia sekiranya ianya disempurnakan di luar Malaysia. 

Walaubagaimanapun, jika pembayaran setem duti yang melebihi tempoh 30 hari yang ditetapkan oleh pihak LHDN, individu atau ejen akan dikenakan caj denda atau penalti.

Penalti yang dikenakan adalah seperti berikut;

  1. Sekiranya penyeteman dilakukan dalam tempoh tiga (3) bulan selepas tempoh sepatutnya, individu atau ejen akan dikenakan penalty sebanyak RM25.00 atau 5% daripada duti yang berkurangan, atau mana-mana nilai yang lebih tinggi. 
  2. Sekiranya penyeteman dilakukan selepas tempoh tiga (3) bulan sehingga enam (6) bulan selepas tempoh sepatutnya, individu atau ejen akan dikenakan penalty sebanyak RM50.00 atau 10% daripada duti yang berkurangan, atau mana-mana nilai yang lebih tinggi. 
  3. Sekiranya penyeteman dilakukan selepas tempoh enam (6) bulan selepas tempoh sepatutnya, individu atau ejen akan dikenakan penalty sebanyak RM100.00 atau 20% daripada duti yang berkurangan, atau mana-mana nilai yang lebih tinggi. 

Penalti ini dikenakan oleh pihak LHDN bertujuan untuk mengelakkan daripada penyetem membayar duti setem lewat daripada masa yang telah ditetapkan.

Kelebihan Register Tenancy Agreement Stamp Duty Lhdn

  1. Tenancy agreement atau dalam Bahasa Melayu, perjanjian sewa antara penyewa dan tuan tanah merupakan satu dokumen berbentuk perjanjian bertulis yang perlu dibuat stamping lhdn
  2. Setiap perjanjian sewa ini wajib didaftarkan dan stamping lhdn mengikut tempoh yang dipersetujui. Ianya menjadi tanggungjawab pemberi sewa untuk menyediakan kontrak bertulis kepada penyewa untuk memelihara hak-hak kedua-dua pihak sepanjang tempoh menyewa.
  3. Tujuan perjanjian sewa ini didaftarkan adalah untuk menjaga dan menjamin hak-hak penyewa dan pemberi sewa.
  4. Perjanjian yang didaftarkan di bawah LHDN adalah sah disisi undang-undang dan jika berlaku sebarang perlanggaran terhadap perjanjian tersebut, individu yang melanggar perjanjian itu boleh didakwa di mahkamah.
  5. Oleh itu, perjanjian yang telah disetem dapat melindungi kepentingan kedua-dua pihak daripada segala tuntutan mahkamah.
  6. Tambahan pula dengan adanya sistem STAMPS, segala urusan duti setem boleh dibuat secara atas talian tanpa perlu ke kaunter LHDN.
  7. Ini sangat memudahkan para pengguna untuk menyetem perjanjian mereka serta dapat menjimatkan masa.
  8. Tempoh masa permohonan juga tidak terlalu lama untuk diluluskan jika pengguna memenuhi semua syarat yang dikenakan oleh LHDN.

Kekurangan Stamping Lhdn

Menurut Akta Setem 1949, pihak penyewa bertanggungjawab untuk membayar perjanjian sewa & tenancy agreement stamp duty yang ditandatangani oleh penyewa dan pemberi sewa.

Perjanjian sewa yang ditandatangi perlu mendaftar dan disetem dengan LHDN. 

  • Keburukan stamp duty perjanjian sewa yang didaftarkan dengan LHDN adalah dari segi kos pembayaran duti setem.
  • Nilai tenancy agreement stamp duty malaysia yang dikenakan akan berbeza mengikut tempoh sewaan dan pendapatan bulanan penyewa.
  • Semakin lama tempoh sewaan penyewa dan tinggi nilai pendapatan hasil sewaan, maka makin tinggi la nilai duti setem yang perlu dibayar kepada LHDN.
  • Sungguhpun begitu, bagi individu yang mengambil khidmat peguam untuk menguruskan perjanjian sewa itu, pastinya kos yang perlu dibayar semakin tinggi.
  • Oleh sebab itu, ramai diantara penyewa yang sanggup membuat perjanjian sewa tanpa stamping lhdn bagi mengelakkan kos yang terpaksa ditanggung.

Stamp Duty Exemption Malaysia 2023

Terdapat beberapa pengecualian stamp duty malaysia yang diisytiharkan oleh Perdana Menteri pada tahun 2023.

stamp duty exemption malaysia 2023
  1. Bagi industri hartanah, Kerajaan Malaysia telah memberi pengecualian ke atas Perjanjian Suratcara Pindahmilik (MOT) dan perjanjian pinjaman perumahan dibawah inisiatif Pemilikan Rumah Keluarga Malaysia (i-MILIKI).
  2. Bagi rumah yang bernilai RM500,000 kebawah akan mendapat pengecualian secara penuh, manakala rumah yang bernilai RM1 juta kebawah sehingga RM500,000 akan mendapat pengecualian sebanyak 50%.
  3. Tujuan inisiatif ini diperkenalkan adalah untuk menggalakkan rakyat Malaysia memiliki rumah sendiri. Tempoh pengecualian ini adalah bagi perjanjian jual beli yang disempurnakan pada 1 Jun sehingga Disember.
  4. Seterusnya, bagi industri perkhidmatan, pengecualian perintah duti setem terhadap perjanjian melibatkan perusahaan kecil dan sederhana dengan sesuatu institusi kewangan. Pengecualian ini diberikan adalah bertujuan untuk menggalakkan dan merancakkan lagi ekonomi negara pada masa kini.
  5. Tambahan pula, perintah stamping lhdn ini dikecualikan ke atas mana-mana perjanjian polisi insurans atau sijil takaful bagi produk Perlindungan Tenang dengan sumbangan tahunan tidak melebihi RM100. 

Tuntasnya, sebarang pengecualian yang dikenakan oleh pihak LHDN adalah bertujuan untuk memudahkan para pengguna dalam membuat perjanjian dan dikenakan kos ke atas stamp duty malaysia tersebut. 

MOT Stamp Duty

Hasil ekonomi negara kita sedikit sebanyak bergantung kepada hasil cukai yang diterima daripada pembayar cukai.

Hartanah juga tidak terkecuali daripada cukai, termasuklah penjualan dan pindah milik hartanah.

Pembeli rumah atau pemindah milik tanah perlu menitikberatkan duti setem yang dikenakan ke atas MOT/ Borang 14A. 

Kadar stamp duty MOT bagi hartanah bergantung kepada harga jualan hartanah itu sendiri.

Ianya dikira mengikut tingkat harga yang telah ditetapkan oleh pihak LHDN seperti pada Rajah 5.0 dibawah.

Cara kiraan bayaran bagi hartanah tersebut adalah sebagaimana contoh dibawah.

Katakan anda membeli hartanah bernilai RM700,000 dan membuat pinjaman RM630,000. Jumlah stamp duty malaysia yang perlu anda bayar adalah:

  • (RM100,000 pertama x 1%) + (RM400,000 berikutnya x 2%) + (Baki RM200,000 x 3%) + [0.5% daripada jumlah pinjaman rumah (RM630,000)]
  • = (RM1,000 + RM8,000 + RM6,000) + [RM3,150]
  • = RM15,000 + RM3,150
  • = RM18,150.00

Soalan Lazim & FAQ

1. Berapa sebenarnya kena bayar cukai mot?

Contoh pengiraan ada dikongsikan di atas ini

2. Berapa banyak pengecualian yang diberikan kerajaan untuk pembayaran duty stamp tahun ini

Secara khususnya ada 2 pengecualian. Senarai penuh ada di atas ini

xm malaysia

Untuk pastikan anda tidak terlepas walau satu Bantuan 2024 terkini dari kerajaan Malaysia dengan MUDAH & SENANG, join Telegram Bantuan Kerajaan Malaysia seperti yang tertera di bawah

Berita baik, ada tawaran hadiah GOLD BAR / TABLET PERCUMA untuk follower Telegram

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan Malaysiahttps://t.me/bantuankerajaanmalaysia