Harvey Norman Online Malaysia: Cara Order & Promotion 2023


Cara order Harvey Norman Online Malaysia Promotion 2023

harga harvey norman online malaysia promotion 2023

Harvey Norman merupakan sebuah syarikat yang dimiliki oleh Harvey Norman Holdings Limited yang beroperasi sebagai peruncit multinasional terbesar di Australia. Harvey Norman juga menekankan konsep gedung yang menyediakan dan menjual perabot, perhiasan rumah, komputer, peralatan tempat tidur, peranti elektronik dan banyak lagi.

Produk Harvey Norman merupakan antara produk yang berkualiti tinggi dan menepati citarasa pelanggan yang diimport esklusif daripada Itali, Australia serta Amerika Syarikat. 

Harvey Norman bukan sahaja menawarkan barangan yang berkualiti, akan tetapi ianya juga menawarkan barangan pada harga yang berpatutan serta boleh dibeli secara ansurans oleh pelanggan.

Pembayaran secara ansurans ini boleh dibuat tanpa dikenakan sebarang faedah tertakluk kepada terma dan syarat yang ditentukan oleh Harvey Norman.

Cara Order Harvey Norman Online Malaysia

Harvey Norman mempunyai lebih daripada 230 kedai fizikal yang boleh dikunjungi oleh pelanggan.

Walaubagaimanapun, dengan adanya teknologi yang semakin canggih dan semuanya di hujung jari, produk Harvey Norman juga boleh dibeli secara atas talian sesuai denga ledakan malaysian online shopping yang ada hari ini.

Barangan yang dibeli menerusi atas talian akan dihantar ke rumah pelanggan dengan selamat bagi menjaga kualiti dan reputasi Harvey Norman untuk kepuasan pelanggan apabila membeli belah bersama Harvey Norman.

Berikut merupakan antara cara-cara untuk membuat pembelian melalui Harvey Norman secara atas talian.

harvey norman laptop iphone
  • Pelanggan boleh klik pada butang “Browse Product” untuk memilih kategori produk yang ingin dibeli
  • Kemudian, pilih barangan yang ingin dibeli sebagai contoh, iPhone.
  • Seterusnya, klik pada jenis barangan yang ingin dibeli dan klik pada butang “Add to Cart” seperti pada Rajah di bawah ini
harvey norman iphone

Pelanggan boleh membuat pembayaran dengan klik pada butang “Proceed to Check Out” seperti pada Rajah di bawah.

harvey norman payment online

Akhir sekali, pembelian pelanggan bersama Harvey Norman berjaya dan pelanggan boleh klik pada “View the Cart” untuk melihat status barang pelanggan dan menjejaki penghantaran tersebut dari semasa ke semasa sehingga sampai ke rumah pelanggan.

Cara Dapatkan Harvey Norman Promotion

Harvey Norman juga menggunakan strategi mempromosikan produk mereka untuk menarik lebih ramai pelanggan.

Ramai pelanggan Harvey Norman yang berpuas hati dengan khidmat pelanggan yang disediakan dan juga produk yang ditawarkan.

Antara promosi-promosi lain yang ditawarkan oleh gedung ini adalah menerima baucer RM20 apabila melanggan pada kali pertama, promosi ulang tahun, jualan akhir tahun dengan potongan sehingga diskaun 75 peratus dan banyak lagi.

harvey norman promotion

Promosi-promosi ini boleh didapati melalui portal rasmi Harvey Norman seperti pada Rajah di bawah.

Pelanggan boleh klik pada bahagian “Katalog dan Promosi Semasa” untuk melihat promosi-promosi yang ditawarkan di Harvey Norman.

harga harvey norman

Cawangan Harvey Norman Near Me

Secara umumnya, Harvey Norman Malaysia mempunyai lebih kurang 27 cawangan di negeri-negeri yang terpilih seperti Selangor, Johor, Perak, Miri dan banyak lagi.

Pelanggan bleh melayari laman portal rasmi Harvey Norman dan klik pada bahagian “Store Finder” atau pelanggan juga boleh melayari laman sesawang https://www.harveynorman.com.my seperti pada Rajah di bawah ini untuk mengetahui cawangan Harvey Norman yang terdekat dengan pelanggan

harvey norman near me

Semua cawangan Harvey Norman yang terdapat di Malaysia akan terpapar di bahagian Store Finder tersebut.

Alamat dan waktu operasi juga dinyatakan untuk memudahkan pelanggan berkunjung ke cawangan Harvey Norman yang berdekatan dengan pelanggan.

Harvey Norman vs Senheng vs Courts Mammoth

Secara amnya, perniagaan secara francais yang berada di dalam industry yang sama pastinya mempunyai persaingan antara satu sama lain.

Persaingan yang terbesar Harvey Norman ialah SenHeng dan Courts Mammoth.

Kesemua gedung ini menawarkan produk ang lebih kurang sama, berbezanya hanya pada harga, pilihan produk dan kualiti produk yang ditawarkan. 

Pertama, kelebihan Harvey Norman ialah syarikat ini menawarkan pembayaran secara ansuran dengan kadar faedah 0 peratus.

Ini bermakna setiap ansurans yang dibuat tidak akan dikenakan interest, pelanggan hanya perlu membayar harga produk yang dibeli seperti yang tertera.

Namun, kadar harga produk agak tinggi berbanding SengHeng dan Courts Mammoth. Dari segi kualiti produk, ianya terjamin dan esklusif.

Kedua, SengHeng juga menawarkan produk yang pelbagai termasuklah barangan elektronik, barangan kelengkapan rumah, barangan perabot dan banyak lagi.

SengHeng menawarkan polisi pembayaran secara ansurans kepada pelanggan dengan kadar faedah sebanyak 1 peratus. Kualiti produk adalah sama dengan Harvey Norman. 

Ketiga, syarikat Court Mammoth yang dulu sangat terkenal, namun kian dilupakan kerana harga dan kadar faedah yang dikenakan sangat tinggi.

Walaupun pembelian bersama Court Mammoth sangat senang, namun ianya memberi kesan jangka masa yang lama jika membuat pembelian secara ansurans. Pembelian secara tunai tidak akan memberi kesan kepada pelanggan kerana pelanggan tidak terikat dengan polisi Court Mammoth. 

Secara tuntasnya, pelanggan mestilah bijak dalam membuat perbandingan antara Harvey Norman, SengHeng dan Courts Mammoth supaya barangan yang dibeli berkualiti dan berpatutan dengan harga.

YouTube video

Soalan Lazim & FAQ

1. Adakah ia merupakan syarikat francais di Malaysia?

Ianya merupakan antara syarikat francais yang berkembang ke pelusuk dunia dan kini beroperasi di Australia, New Zealand, Ireland, Slovenia, Croatia, Singapura dan Malaysia.

2. Bila syarikat ini mula bertapak di Malaysia?

Harvey Norman mula bertapak di Malaysia pada tahun 2003. Kini, Harvey Norman mula berkembang ke beberapa negara di Asia Tenggara.

Menurut pendapat masyarakat hari ini, ramai di antara mereka memilih untuk membeli produk Harvey berbanding yang lain disebabkan oleh kelebihan yang ditawarkan bermula dari promosi, pembelian, pembayaran dan penghantaraan kepada pelanggan.

Kongsikan di Facebook, Telegram & Group Whatapps Kawan2 dan Family Anda!

Semua artikel di bawah ini sedang 'TRENDING', follower MYPT3 sedang rancak baca untuk dapatkan info berkaitan.


Untuk pastikan anda tidak terlepas walau satu Bantuan 2022 terkini dari kerajaan Malaysia dengan MUDAH & SENANG, join Telegram Bantuan Kerajaan Malaysia seperti yang tertera di bawah

Berita baik, ada tawaran hadiah GOLD BAR / TABLET PERCUMA untuk follower Telegram

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan Malaysiahttps://t.me/bantuankerajaanmalaysia