Hari Kemerdekaan Malaysia 2023: Tema & Tokoh Sejarah Merdeka

Tema Hari Kemerdekaan Malaysia 2023: Logo Tokoh Sejarah Merdeka 2023

tema hari kemerdekaan malaysia 2023

Setiap tahun pada tanggal 31 Ogos, seluruh rakyat Malaysia akan menyambut Hari Kemerdekaan.

Hari Kemerdekaan atau juga dikenali sebagai Hari Kebangsaan disambut dengan begitu meriah pada setiap tahun di mana pelbagai acara mengikut tema Hari Merdeka 2023 seperti perarakan warna warni pembarisan di Dataran Merdeka, mengibarkan bendera Malaysia, pertunjukan pentas, pertandingan dan banyak lagi.

Sebagai contoh, menggantung bendera pada pintu rumah atau kereta. Kesemua acara ini diadakan bagi memupuk semangat patriotik dalam kalangan rakyat Malaysia sempena sambutan malaysia merdeka, serta secara tidak langsung mendidik generasi muda untuk mengenal sejarah negara dengan lebih dalam.

Peristiwa penting wajar disambut secara besar-besaran bagi menanam sifat sayangkan negara dalam diri setiap rakyat Malaysia. 

Sejarah Hari Kemerdekaan Malaysia

Peristiwa 31 Ogos 1957 menjadi peristiwa yang paling bermakna bagi seluruh rakyat Malaysia.

1. Stadium Merdeka, Tempat Laungan Kemerdekaan

Stadium Merdeka, Kuala Lumpur menjadi saksi peristiwa bersejarah iaitu pengisytiharan kemerdekaan yang menandakan Tanah Melayu bebas daripada penjajahan British secara rasminya sejak lebih 170 tahun.

Kehadiran lebih 20 ribu rakyat Persekutuan bersama-sama Raja-Rajanya serta perwakilan daripada negara-negara Komenwel dan negara-negara asing lain menyaksikan acara pengisytiharaan itu. Upacara Pengisytiharan Kemerdekaan ini sepenuhnya diketuai oleh Tunku abdul rahman merdeka.

Watikah perlembagaan dibawa oleh Adikung Duke dan diserahkan kepada Tunku Abdul Rahman sebagai lambang pengunduran daripada penjajahan British dan penyerahan kuasa pemerintahan kepada Persekutuan Tanah Melayu.

Upacara ini jelas menunjukkan lahirnya sebuah negara yang merdeka iaitu Malaysia pada hari ini. 

Pada 31 Ogos 1957, antara upacara-upacara yang tercatat sejarah adalah upacara menyanyikan lagu kebangsaan British di Persekutuan Tanah Melayu iaitu di Stadium Merdeka untuk kali terakhir.

Selain itu, Ratu Elizabeth II juga membaca perutusan dimana baginda mengalukan kemasukan Tanah Melayu ke dalam Komenwel serta mendoakan kedaulatan negara ini.

Kemudian, Tunku Abdul Rahman memberi ucapan penghargaan kepada Great Britain dalam membantu Tanah Melayu mencapai kemerdekaan dan membaca teks “Pemasyhuran Kemerdekaan”.

2. Laungan Merdeka 7 Kali

Peristiwa bersejarah ini berakhir dengan laungan keramat daripada Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu dengan laungan “Merdeka” sebanyak 7 kali yang bergema dengan penuh semangat di Stadium Merdeka yang disaksikan oleh semua pengunjung yang boleh dilihat pada Rajah di bawah

hari kebangsaan 2023

3. Bendera Malaysia Dinaikkan Buat Pertama Kali

Bendera Persekutuan Tanah Melayu dinaikkan dan berkibar seiring Lagu Kebangsaan Negaraku yang diperdengarkan buat pertama kali secara rasmi di khalayak ramai.

4. Seruan Azan & 101 Das Tembakan

Seruan azan oleh Hassan Azhari dilaungkan menjadi simbolik bahawa Islam menjadi agama rasmi negara. Seratus satu (101) das tembakan dilepaskan ke udara bagi memeriahkan lagi upacara pengisytiharaan Merdeka.

Dengan berakhirnya segala upacara pada 31 Ogos 1957 di Stadium Merdeka, maka terbentuklah sebuah negara Tanah Melayu yang merdeka dan berdaulat.

Rajah di bawah menunjukkan suasana hari pengisytiharan kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

sejarah kemerdekaan

Sejarah Tema Kemerdekaan 2023

TAHUNTEMA MERDEKA
Tema merdeka 2023Keluarga Malaysia, Teguh Bersama
2021Malaysia Prihatin
2020Malaysia Prihatin
2019Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih
2018Sayangi Malaysiaku
2017Negaraku Sehati Sejiwa

Logo Kemerdekaan 2023

Logo kemerdekaan 2023 bagi Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-65 berkonsepkan Jalur Liputan Internet seperti pada Rajah di bawah ini dengan bertemakan “Keluarga Malaysia Teguh Bersama” yang menunjukkan keharmonian dan keteguhan rakyat Malaysia sebagai satu keluarga.

logo kemerdekaan 2023
  1. Logo hari merdeka 2023 yang berbentuk lakaran jalur liputan internet itu membawa maksud pembangunan infrastruktur, system komunikasi dan perdigitalan yang canggih setaraf negara-negara maju berkembang dengan pesat bagi memudahkan urusan rakyat Malaysia serata negara.
  2. Seterusnya, tiga (3) jalur biru, merah dan kuning yang membawa definisi negara kita, Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan bangsa yang hidup harmoni walaupun mempunyai perbezaan kepercayaan dan ideologi.
  3. Titik merah logo merdeka pada jalur liputan internet itu mencerminkan jati diri seseorang rakyat dan semangat patriotisme yang tinggi menjadi tonggak kepada pembentukkan negara yang berwawasan.
  4. Kedudukan yang berselang seli pula melambangkan keterbukaan dalam meraikan perbezaan dari segi fahaman politik, agama dan adat demi keharmonian dan kemajuan bersama.

Siapa Tokoh Kemerdekaan Wanita

tokoh tokoh kemerdekaan wanita lelaki

Seperti yang kita sedia maklum, jika dilihat pada sejarah, nama-nama tokoh kemerdekaan wanita tidak terlalu menonjol.

Nama-nama yang menjadi sebutan masyarakat hari ini adalah seperti Mat Kilau, Tok Gajah, Tunku Abdul Rahman dan beberapa lagi tokoh yang disebut di dalam buku sejarah pelajar sekolah.

Tokoh wanita ini tidak menjadi tumpuan masyarakat tetapi pengorbanan mereka amatlah besar.

Antara gambar tokoh kemerdekaan wanita ialah Khatijah Sidek, yang memperjuangkan dan menyuarakan hak kaum wanita secara terbuka. Perjuangan beliau telah menyebabkan hampir 10,000 wanita melibatkan diri dalam menyertai UMNO untuk kemerdekaan negara di bawah kepimpinannya.

Beliau juga mendapat gelaran Puteri Kesateria Bangsa. Kelantangan suara beliau mempertahankan hak-hak wanita menyebabkan banyak hak-hak wanita terbela dan terpelihara. Hal ini telah menjadikan figura ini tokoh kemerdekaan wanita yang hebat dan dikenang sampai ke hari ini. 

Seterusnya, tokoh terkenal seperti Suriani Abdullah merupakan pejuang kemerdekaan yang menentang Jepun dan British. Perjuangan beliau adalah memperjuangkan kebajikan golongan buruh dan wanita dengan menjadi telinga terhadap keluhan dan masalah mereka.

Beliau mendapat gelaran “Serikandi Anti-Jepun” kerana pengorbanan beliau dalam mencapai kemerdekaan menentang Jepun sehingga dirinya pernah ditangkap, diseksa dan ditikam oleh tentera Jepun.

Tokoh kemerdekaan wanita yang juga tercatat di dalam sejarah ialah Shamsiah Fakeh atau dikenali sebagai Ratu Rimba Malaya. Seorang yang kental dalam memperjuangkan tanah air, di mana beliau sering masuk ke dalam hutan kerana semangat dan kesetiannya terhadap negara Tanah Melayu.

Beliau juga memimpin Angkatan Wanita Sedar (AWAS) dan menentang parti-parti berhaluan kiri demi kesejahteraan negara.

Nama yang mengukir sejarah sebagai tokoh kemerdekaan wanita ialah Aishah Ghani yang merupakan senator wanita pertama. Beliau menjadi wanita pertama yang menjadi wakil ke perhimpunnan agong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam memperjuangkan hak wanita.

Beliau berpendapat peranan kaum wanita terhadap kemajuan bangsa dan negara pada masa hadapan, bukan sahaja memainkan peranan sebagai ibu dan isteri semata-mata.

Tuntasnya, empat (4) tokoh kemerdekaan wanita ini hebat dalam melakar sejarah Malaysia yang hari ini kita kecapi.

Siapa Tokoh Kemerdekaan Malaysia Lelaki

Kesejahteraan dan keharmonian negara kita pada hari ini dicapai atas jasa dan pengorbanan tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan. Tanpa mereka, negara kita mungkin masih dijajah oleh penjajah. 

Tokoh negara sebagai contoh Mat Kilau, Tok Janggut, Tunku Abdul Rahman dan ramai lagi berkorban jiwa, tenaga, harta dan nyawa seperti lilin yang membakar diri untuk menerangi orang lain untuk mempertahankan tanah air Malaysia daripada ditakluk oleh penjajah.

Antara pahlawan pahlawan kemerdekaan yang berjuang sehingga titisan darah yang terakhir demi kesejahteraan negara ialah Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Beliau merupakan Perdana Menteri pertama Malaysia.

Beliau berjaya memerdekakan Tanah Melayu melalui rundingan tanpa melibatkan kehilangan nyawa. Rundingan secara aman diadakan bersama penjajah British bagi mencapai kemerdekaan untuk negara.

Selain itu, tokoh pejuang kemerdekaan yang melakar sejarah ialah Tun Dr. Ismail Abdul Rahman. Beliau berperanan penting dalam menjaga keamanan dan kesejahteraan negara ketika zaman pemerintahannya.

Beliau berjasa dalam menyelesaikan permasalahan ekonomi orang Melayu yang begitu tenant sehingga tercetusnya peristiwa 13 Mei. Banyak kolej-kolej dan institusi-institusi pendidikan meletakkan nama beliau sempena memperingati jasa dan pengorbanan beliau sebagai seorang negarawan yang disegani di Malaysia.

Disamping itu, Tun Tan Cheng Lock juga merupakan figura penting yang diiktiraf sebagai tokoh pejuang kemerdekaan. Beliau merupakan pemimpin politik Cina di Tanah Melayu yang memperjuangkan politik, pendidikan dan hak-hak orang Cina di Tanah Melayu.

Jasa dan pengorbanan beliau begitu banyak, antaranya menentang kedatangan komunis dan bekerjasama dengan Melayu dan India bagi mencapai kemerdekaan untuk pertiwi.

Walaubagaimanapun, terdapat ramai lagi tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan lelaki di dalam negara kita yang mana sehingga hari ini menjadi sejarah yang masih dikenang oleh rakyat.

Berapa Kali Laungan Merdeka

hari merdeka 2023
  • Pengisytiharaan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos 1957 disambut dengan laungan “Merdeka” sebanyak 7 kali oleh Tunku Abdul Rahman di Stadium Merdeka.
  • Seluruh penonton yang hadir menjadi saksi kepada hari kebebasan Tanah Melayu daripada penjajah British.
  • Laungan tersebut menandakan bahawa Tanah Melayu bergerak ke arah membentuk sebuah negara yang perpaduan dan berwawasan setanding dengan kemajuan negara-negara komenwel yang lain.

Apa Maksud Negara Komanwel Untuk Malaysia

negara komanwel malaysia

Negara Komanwel merupakan negara-negara tersenarai dan termasuk di dalam sebuah persatuan di mana negara-negara ini terdiri daripada negara yang berdaulat dan pernah dijajah oleh pihak British.

Komanwel merupakan persatuan antarabangsa melibatkan 54 buah negara yang bersatu atas matlamat yang sama, antaranya demokrasi, hak asasi manusia, kedaulatan undang-undang, kebebasan individual, keamanan negara dan nilai-nilai yang melibatkan urusan negara.

Sebagai contoh aktiviti yang dilakukan dibawah persatuan negara-negara Komanwel ini adalah Sukan Komanwel.

  • Malaysia telah tersenarai sebagai negara Komanwel pada tahun 1957 apabila Ratu Elizabeth mengisytiharkannya di Stadium Merdeka pada hari Merdeka 31 Ogos 1957.
  • Ratu Elizabeth merupakan ketua dalam memimpin negara Komanwel.
  • Pengisytiharan ini berlaku kerana Tanah Melayu telah berjaya bebas dari penjajahan British.  

Siapa Bapa Kemerdekaan Malaysia

siapa bapa kemerdekaan

Sejarah mencatatkan bahawa Tunku Abdul Rahman telah digelarkan dengan gelaran Bapa Kemerdekaan kerana jasa beliau dalam memerdekan Tanah Melayu daripada penaklukan pihak penjajah British.

Penganugerahan gelaran “Bapa Kemerdekaan” atau “Bapa Malaysia” mendapat sokongan dan persetujuan di dalam Persidangan Agong UMNO.

Bukan sahaja itu, Tunku Abdul Rahman juga merupakan Perdana Menteri Malaysia yang pertama.

Gelaran yang diberikan bukan semata-mata gelaran, akan tetapi ianya merupakan sebuah penghargaan atas sumbangan beliau terhadap negara terlalu besar sehingga berjaya memerdekakan Tanah Melayu.

  1. Sumbangannya dalam menyatupadukan masyarakat berbilang kaum dan memperjuangkan hak-hak rakyat menunjukkan betapa hebat susuk tubuh ini.
  2. Antara sumbangannya terhadap rakyat dan negara ialah menyatukan rakyat yang terdiri dari pelbagai kaum seperti Melayu, Cina dan India
  3. Kepimpinan beliau dalam bidang politik begitu unggul sehingga dilantik menjadi Yang Dipertuan Agong UMNO, bijak dalam membuat perundingan dengan pihak penjajah tanpa melibatkan pertumpahan darah
  4. Meraih kemerdekaan untuk negara dan membentuk Persekutuan Malaysia pada tahun 1963

Siapa Bapa Pembangunan Malaysia

siapa bapa pembangunan malaysia

Perdana Menteri Malaysia yang kedua ialah Abdul Razak bin Dato’ Hussein yang mendapat gelaran Bapa Pembangunan.

Beliau bertanggungjawab dalam memupuk semangat perpaduan antara kaum yang semakin jurang kerana masalah ekonomi dan sosial yang menyebabkan kadar kemiskinan meningkat dalam negara pada ketika itu sekitar tahun awal 1920.

Antara sumbangan beliau terhadap negara ialah :

  1. Beliau telah menubuhkan parti politik Barisan Nasional (BN), melancarkan Dasar Ekonomi Baru Malaysia (MNEP) bagi menyeimbangkan semula ekonomi dan pembangunan sosial yang sedang tenant
  2. Merancang pembangunan dengan menubuhkan Rancangan Pembangunan Malaysia dalam tempoh 5 tahun, melahirkan Penyata Razak 1956 yang kemudiannya termaktub sebagai Ordinan Pelajaran 1957 bertujuan untuk menyatupadukan system pelajaran dengan menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan
  3. Mewujudkan Maktab Rendah Sains MARA bagi mengetengahkan kepentingan sistem pendidikan terutamanya kepada bumiputera.

Siapa Bapa Perpaduan Malaysia

siapa bapa perpaduan malaysia

Bapa Perpaduan Malaysia” merupakan gelaran yang diberikan kepada Tun Hussein bin Dato’ Onn.

Beliau mendapat gelaran ini kerana sifatnya yang terkenal dengan menekankan perpaduan dalam kalangan masyarakat dan bertindak keras kepada individu yang menentang atau membangkitkan isu perkauman.

Bagi beliau, bagi melahirkan sesebuah negara yang harmoni, sesebuah negara itu perlu bersatu walaupun terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina dan India.

Tun Hussein Onn dikenali sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ketiga.

Antara sumbangan beliau terhadap tanah air ialah :

  1. Beliau dilantik menjadi Menteri Pelajaran pada tahun 1970 dengan menekankan kepentingan pembelajaran kepada masyarakat
  2. Meneruskan agenda negara dengan menggerakkan Dasar Ekonomi Baru bagi membangunkan ekonomi negara sejajar dengan ekonomi negara-negara maju, berjaya mengawal ekonomi negara walaupun dunia dilanda kemelesetan ekonomi yang teruk
  3. Memperjuangkan hak-hak orang Melayu dengan meningkatkan taraf hidup orang Melayu terutamanya dari segi ekonomi
  4. Memperkenalkan Skim Amanah Saham Nasional (ASN) untuk dana bumiputera bagi memperkukuhkan ekonomi negara dan menarik lebih ramai pelabur luar ke dalam Malaysia.

Siapa Bapa Pemodenan Malaysia

bapa pemodenan malaysia

Perdana Menteri Malaysia Keempat dan Ketujuh dikenali dengan Bapa Pemodenan iaitu Tun Dr. Mahathir bin Mohamad.

Gelaran beliau sebagai Bapa Pemodenan adalah disebabkan oleh kejayaan beliau dalam menukarkan Malaysia dari negara tanah pertanian kepada negara perindustrian moden.

Beliau dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia sebanyak 2 kali dan tercatat menjadi sejarah oleh kerana perlantikannya.

Jasa dan pengorbanan beliau yang begitu yang banyak menjadikan beliau figura yang begitu disegani dan dikenali bukan sahaja di Malaysia, bahkan di luar negara.

Sumbangan beliau yang begitu berharga kepada rakyat Malaysia begitu banyak, antaranya ialah :

  1. beliau telah menubuhkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU)
  2. Menentang penubuhan Malayan Union yang menindas hak-hak orang Melayu
  3. Memperkenalkan kempen Bersih, Cekap & Amanah (Bersih, Cekap & Dipercayai) bagi mengurangkan rasuah dalam kalangan penjawat awam, melancarkan sistem “punch card” untuk memupuk disiplin ketika bekerja, menubuhkan syarikat kereta kebangsaan yang

Soalan Lazim & FAQ

1. Kenapa perlu diadakan sambutan hari kemerdekaan malaysia

Hari Kemerdekaan ini disambut bertujuan untuk mengingatkan seluruh rakyat Malaysia tentang jasa, pengorbanan dan perjuangan pahlawan-pahlawan negara yang berjaya membebaskan negara kita daripada terus dijajah oleh penjajah.

2. Di mana tempat & tarikh pengisytiharan kemerdekaan

Bandar hilir melaka pada 20 Februari 1956

3. Siapakah tokoh yang mencadangkan tarikh kemerdekaan negara kita

Tuan Guru Haji Abdullah bin Haji Ibrahim bin Haji Thahir, dikenali dengan panggilan Syaikh ‘Abdullah Fahim. Merupakan seorang bekas Mufti Pulau Pinang yang pertama

Sumber: https://www.penerangan.gov.my

Aktiviti Sambutan Hari Kebangsaan 2023

YouTube video

Memang boleh nampak kali sambutan hari kebangsaan cukup meriah berdasarkan kreativiti rakyat malaysia, seperti:

  • buat hiasan basikal merdeka malaysia
  • mengadakan pertandingan mewarna merdeka
  • pertandingan kek merdeka malaysia
  • pertandingan baju merdeka 2023 kanak kanak, pakaian beragam merdeka mengikut tema hari kebangsaan
  • pertandingan sajak merdeka pendek
  • pertandingan replika merdeka di kampung / taman masing-masing
  • Pertandingan peragaan tanjak merdeka
  • Pertandingan hiasan merdeka di rumah dan kediaman masing-masing mengikut kawasan
  • Pertandingan lukisan kemerdekaan
  • Pertandingan membuat gambar poster kemerdekaan yang cantik dan kreatif
  • Pertandingan buku skrap kemerdekaan
  • Pertandingan kuiz kemerdekaan

Kehidupan yang merdeka yang dirasai dan dinikmati oleh rakyat Malaysia hari ini merupakan bukti perpaduan antara rakyat walaupun terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan bangsa.

Pada abad yang ke 21 ini, selaras dengan kemajuan sains dan teknologi, perpaduan antara masyarakat sangat signifikan bagi melahirkan negara yang berwawasan setanding negara-negara maju yang lain.

Ini juga penting, bagi mengelakkan daripada negara kita dijajah lagi seperti bak kata peribahasa, pisang tidak berbuah dua kali.

Secara kesimpulannya, Hari Kemerdekaan wajar disambut dan dikenang pada setiap tahun bagi memperingati tokoh-tokoh yang berjasa, peristiwa-peristiwa penting bagi membebaskan negara daripada terus dijajah dan memupuk sifat patriotisme dalam diri setiap rakyat Malaysia sejak kecil lagi.

Sambutan Hari Kemerdekaan ini bukan sahaja melibatkan perarakan warna-warni, mengibar bendera dan menyanyikan lagu “Negaraku” semata, tetapi ianya bertujuan untuk menghayati erti sebenar kemerdekaan yang dicapai oleh negara kita. 

Semua artikel di bawah ini sedang 'TRENDING', follower MYPT3 sedang rancak baca untuk dapatkan info berkaitan.

xm malaysia

Untuk pastikan anda tidak terlepas walau satu Bantuan 2024 terkini dari kerajaan Malaysia dengan MUDAH & SENANG, join Telegram Bantuan Kerajaan Malaysia seperti yang tertera di bawah

Berita baik, ada tawaran hadiah GOLD BAR / TABLET PERCUMA untuk follower Telegram

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan MalaysiaTelegram Bantuan Kerajaan Malaysia