Harga Toyota Yaris 2023 Malaysia

Harga Toyota Yaris 2023 malaysia adalah model kereta toyota baru yang bakal bersaing untuk myvi, honda city hatchback

harga toyota yaris 2023

Ini satu kereta yang menjadi perhatian kalangan rakyat Malaysia sekarang ini. Model yang kami maksudkan adalah Toyota Yaris Facelift 2023. Yang juga merupakan seteru kepada Honda City Hatchback dan tidak lupa juga Proton Iriz.

BACA SINI: Berapa bayaran bulanan toyota vios 2023

Sebelum keluar versi facelift ini, ia cukup dikenali dengan Vios keli atau Yariss keli merujuk kepada rupabentuk grill hadapannya. Masih ingat lagi?

Di sini, kami kongsikan butiran yang lebih lengkap model kereta Toyota baru ini, harga yaris baru, termasuk spesifikasi, kekurangan dan kelebihan yang ada seperti di bawah ini.

Harga Toyota Yaris 2023

Di bawah ini contoh senarai harga untuk kereta baru Toyota bagi model Yaris untuk di melaka sabah sarawak labuan langkawi pulau pinang penang perlis kedah perak melaka negeri sembilan johor pahang terengganu kelantan selangor kuala lumpur KL

NEGERI1.5J (AT)1.5E (AT)1.5G (AT)
SEMENANJUNG MALAYSIAHarga yaris: RM 73,510. Harga on the road RM73.8kHarga yaris: RM 83,010 Harga on the road RM 83.3kHarga yaris: RM 87,310
Harga di jalan raya: RM87.6k
SABAHHarga jualan: RM 76,160.00 Harga di jalan raya: RM 76,292.00Harga jualan: RM 85,660.00 Harga di jalan raya: RM 85,792.00Harga jualan: RM 89,960.00 Harga di jalan raya: RM 90,092.00
SARAWAKHarga jualan: RM 76,160.00 Harga di jalan raya: RM 76,342.00Harga jualan: RM 85,660.00 Harga di jalan raya: RM 85,842.00Harga jualan: RM 89,960.00 Harga di jalan raya: RM 90,142.00
LANGKAWIHarga jualan: RM 63,555.00 Harga di jalan raya: RM 63,800.00Harga jualan: RM 70,055.00 Harga di jalan raya: RM 70,300.00Harga jualan: RM 72,355.00 Harga di jalan raya: 72,600.00
LABUANHarga jualan: RM 65,205.00 Harga di jalan raya: RM 65,301.00Harga jualan: RM 71,705.00 Harga di jalan raya: RM 71,801.00Harga jualan: RM 74,005.00 Harga di jalan raya: RM 74,101.00
SUMBER: Toyota

Jadual Bayaran Bulanan Toyota Yaris 2023

a) Dengan 10 Peratus Downpayment Kereta

Dengan bayaran deposit 10 peratus, ini jadual pembayaran harga toyota yaris bulanan untuk tempoh 5 tahun, 7 tahun dan juga 9 tahun

VARIAN5 TAHUN (RM)7 TAHUN (RM)9 TAHUN (RM)
1.5 J1190885885
1.5 E135010001,000
1.5 G142010601,060

b) Tiada Deposit Kereta

Berapa bayaran bulanan Toyota Yaris jika tidak bayar deposit / no downpayment kereta, boleh semak semak jadual pembayaran di bawah.

VARIAN9 TAHUN (RM)
1.5 J830
1.5 E940
1.5 G992

NOTA: Senarai bayaran ini telah mengira faktor kadar faedah sebanyak 2.27 peratus. Kadar bayaran ini juga berbeza mengikut jumlah pinjaman yang diluluskan, diskaun, dan juga kawasan pembelian kereta.

5 Fakta Penting Toyota Yaris

1) Untuk rebentuk grill hadapan bagi versi facelift kali lebih cantik, berbanding sebelum ini. Lebih fresh dan tampak organik

2) Kereta ini adalah lebih panjang. Lebih panjang dari Perodua Myvi. Dan ia ada sporty line di bahagina pillar C dengan warna gloss hitam

3) Kami tidak berapa minat dengan dengan sport RIM yang digunapakai, 4 twin spoke. Tetapi ia bukanlah satu masalah yag besar ntuk anda. Benda boleh tukar kemudian.

4) Berapa jimat penggunaan minyak kereta yaris ini? Dianggarkan sekitar 16 hingga 17 km jarak pemanduan untuk seiap 1 liter penggunaan minyak petrol pada kereta yaris generasi keempat ini. Boleh dikatakan jimat untuk kereta segmen B ini.

5) Harga kereta ini bermula RM70900 hingga RM84800 tanpa roadtax dan insurance.

Kelebihan Toyota Yaris

i) Pengalaman Pemanduan Yang Baik

Walaupun tidak mempunyai kuasa yang tinggi, Toyota Yaris memiliki pengemudi atau stereng yang sangat responsif dan berat yang optimum.

Yaris memiliki pengemudi elektrik yang begitu selesa menjadikan pemanduan anda jauh lebih selesa. Walaupun tidak menggunakan platform terbaru Toyota New Global Architecture (TNGA), Yaris masih mampu memberikan pengalaman pemanduan yang komunikatif dan terbaik.

Berbanding Honda Jazz, Yaris memiliki transmisi CVT yang lebih dan ini memberikan pengalamn transmisi gear yang lebih lancar seterusnya tidak mengganggu pemanduan.

ii) Tahap Ciri Keselamatan Tertinggi

Kebanyakan kereta akan melengkapkan kereta dengan ciri keselamatan tertinggi bagi varian teratas sahaja.

Berbeza dengan Yaris, kesemua varian dilengkapkan dengan 7 beg udara beserta kawalan kestabilan elektronik (ESC).

Walaupun varian asas J tidak mempunyai pemantau titik buta, amaran lalu lintas belakang dan kamera 360 darjah, ianya tetap selamat kerana ciri-ciri ini tidak diperlukan bagi model kereta sekecil Yaris.

Bagi varian lain yang mempunyai pemantau titik buta, ianya tidak menegluarkan bunyi yang menjengkelkan semasa mengesan pergerakan pada titik tersebut sekaligus memberi keselesaan semasa pemanduan.

iii) Paling Selesa Dalam Kelasnya

Toyota Yaris tergolong dalam kereta jenis hatchback segmen B Perodua Myvi, Proton Iriz, Ford Fiesta, Kia Rio, Peugeot 208, BMW 1 Series, Volkswagen Polo dan Honda Jazz.

Berbanding kereta lain dalam kelasnya, kereta Yaris lebih selesa kerana mempunyai ruang kabin yang paling senyap ditambah dengan suspensinya yang lembut dan lentur menjadikan pemanduan sangat selesa.

Walaupun bergerak dengan kelajuan tinggi (110km/j) bacaan bunyi di dalam kabin Yaris hanya mencatat 68 dB sahaja berbanding 71 dB untuk Honda Jazz dan 70 dB untuk Mazda 2.

YouTube video

Masalah & Problem Toyota Yaris

i) Ruang Kabin Yang Kecil

Kelemahan terbesar Toyota Yaris berbanding kereta lain dalam kelas ini adalah ruang kabin yang sempit dan kekurangan ruang penyimpanan.

Walaupun ruang kaki hadapan boleh dianggap baik, namun ruang bahu adalah sedikit sempit. Tetapi kelemahan sebenar Yaris adalah kekurangan ruang penyimpanan.

Poket pintu kereta Yaris sangat kecil dan kurang ruang untuk menyimpan barang-barang seperti kunci, kad keselamatan, cermin mata, telefon, kad tol dan lain-lain.

Ruang penyimpanan belakang juga sangat kecil berbanding Honda Jazz iaitu 286 liter berbanding 363 liter untuk Jazz.

Memburukkan lagi kesempitan ruang memandu adalah rak pengemudi yang tidak mempunyai pelarasan teleskopik. Ini akan menyukarkan individu yang bertubuh tinggi untuk memandu dengan selesa. 

ii) Power Rendah

Yaris mempunyai kuasa yang rendah untuk beratnya yang agak berat.

Dengan injap 107 PS pada 6000 rpm dan tork maksima 140 Nm pada 4,200 rpm, Yaris mempunyai nisbah kuasa ke berat yang kurang baik.

Ini bermakan kuasa Yaris agak kurang untuk membawa beratnya yang tinggi. Kelajuan Yaris juga agak rendah di mana ia mengambil masa sehingga 12.5 saat untuk mencapai kelajuan 100km/j.

iii) Sistem Infotainmen Yang Kurang Menarik

Head unit Yaris sangat kurang menarik dengan grafiknya yang rapuh dan tiada sokongan untuk android dan juga apple.

Fungsi T-Link dan Mirror link pula tidak mesra pengguna kerana anda perlu memastikan skrin telefon anda tidak terpadam dan perlu dalam kedudukan melintang. 

Adakah Toyota Yaris Jimat Minyak Kereta Tak

Dari segi penjimatan minyak, Toyota Yaris merupakan antara yang terbaik.

Bagi perjalanan sejauh 100km, kereta Yaris hanya menggunakan 7.0 liter minyak.

Ini bermaksud sekiranya anda menggunakan minyak RON95, anda hanya memerlukan RM14 untuk bergerak sejauh 100km.

Antara Yaris vs Myvi Mana Lagi Bagus

Dari segi harga sudah tentu kereta Myvi lebih mampu milik berbanding harga Yaris 2023. Sebagai perbandingan, anda akan membayar sekitar RM614 sebulan untuk MyVi 1.5AV manakala bayarab bulanan untuk Yaris 1.5G RM885. Ini bermakna, anda perlu membayar RM245 lebih mahal sekiranya anda memilih untuk membeli Yaris 1.5G.

Sekiranya anda mempunyai kekangan bajet, MyVi merupakan pilihan yang bijak. Sekiranya anda sanggup membayar lebih demi jenama, Yaris merupakan pilihan ideal.

Dari segi keselamatan, masing-masing memiliki kelebihan. Kereta toyota yaris baru dilengkapi dengan 7 beg udara untuk semua varian serta memiliki kawalan kestabilan. MyVi pula memiliki 6 bag udara dan dilengkapi dengan sistem keselamatan Perodua Smart Drive Assist (PSDA).

Dari segi sistem kawalan Lorong, MyVi menawarkan ciri-ciri yang lebih lengkap. Ini termasuk sistem amaran tersasar dari laluan, sistem meghindari tersasar dari laluan dan kawalan mengekalkan laluan. Ciri-cir keselamatan lain adalah lebih kurang serupa seperti sistem pemantauan titik buta, anti-pelanggaran, dan sistem amalan lintas belakang.

Toyota Yaris pula dilihat memiliki kuasa yang lebih tinggi berbanding MyVi dengan 105 kuasa kuda dan 140Nm tork berbanding MyVi yang hanya memiliki 102 kuasa kuda dan 136Nm tork. 

Dari segi keselesaan pemanduan, Yaris dilihat lebih selesa dengan sistem kedap bunyi yang terbaik.

Semasa memandu kereta Yaris, anda tidak akan mendengar bunyi enjin, bunyi tayar ataupun bunyi angin luar.

Enjin, transmisi, pecutan, dan pergerakan cesi dalam kereta Yaris juga terasa lebih lembut menjadikannya terasa mahal.

Semua artikel di bawah ini sedang 'TRENDING', follower MYPT3 sedang rancak baca untuk dapatkan info berkaitan.


Untuk pastikan anda tidak terlepas walau satu Bantuan 2024 terkini dari kerajaan Malaysia dengan MUDAH & SENANG, join Telegram Bantuan Kerajaan Malaysia seperti yang tertera di bawah

Berita baik, ada tawaran hadiah GOLD BAR / TABLET PERCUMA untuk follower Telegram

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan Malaysiahttps://t.me/bantuankerajaanmalaysia