Harga Toyota Vios Baru 2023 Price: Bayaran Bulanan Kereta

Harga Toyota Vios baru 2023 adalah Pesaing Hebat kepada kereta Honda City?

harga toyota vios baru 2023 price malaysia

Kebetulan hari ini, kami mahu merasai sendiri kehebatan dan kelainan yang ada pada versi baru ini. Kami menguji bagi varian G iaitu varian yang paling tinggi, paling hebat katanya.

Dalam pada masa yang sama, boleh juga kami kongsikan bersama info ini bersama anda yang berminat? Berminat atau tidak? Anda juga jika berminat dengan keluaran dan pengumuman harga perodua axia boleh semak di pautan.

Untuk versi kali ini ia masih lagi generasi ketiga, yang mana platform yang digunakan masih lagi seperti pada versi sebelum ini.

Yang berbeza adalah rekabentuk luaran, dalaman, serta ditambahbaik beberapa fungsi yang dimasukkan untuk model keluaran kali ini. Kami sendiri akui lebih menarik, berbanding design sebelum ini yang agak konvensional, kuno, lama dan sebagainya.

7 Sebab Toyota Vios Baru Lebih Hebat

Itu sebablah orang muda lebih memilih Honda City berbanding model dari Toyota ini. Itulah salah satu sebabnya.

Tetapi untuk versi kali ini tidak lagi ada tanggapan sebegitu rupa.

Dan kami rasakan untuk versi kali ini, akan dapat menarik kalangan orang muda untuk beli kereta ini. Mungkin?

BACA SINi: Bagaimana cara claim insurans kereta terbaik

Rupabentuk

1) Penampilan, karakter kereta untuk versi kali ini adalah berbeza. Grill, bumper, kedudukan lampu semuanya baru. Tampak lebih sporty dan lebih aerodinamik

berapa bayaran bulanan toyota vios
SUMBER: https://toyota.com.my/vehicles/car/vios

Pemanduan

2) Sepanjang kami memandu uji kereta ini, dari Perak ke Kuala Lumpur dengan kelajuan sekitar 110, 120 km/j apa yang kami perasan adalah kadar NVH (Noise, vibration, and harshness) adalah lebih rendah berbanding versi yang lama. Dalam bahasa mudah bunyi dari luar kabin lebih senyap.

Enjin

3) Disebabkan ia menggunakan enjin CVT. Seperti yang anda sedia maklum, enjin CVT ini kalau anda tekan minyak, ia akan kedengaran sedikit mengaum. Tetapi yang bagusnya enjin CVT ini, banyak kelebihannya termasuk jimat minyak, pertukaran gear juga tidak rasa.

Paddle Shift

4) Anda cuba bayangkan kereta segmen B ada paddle shift. Kelasss!

Ciri Keselamatan

5)  Banyak ciri keselamatan yang dimasukkan dalam versi kali ini. Dulu 2 airbag, sekarang punya ditawarkan sehingga 7 airbag. Terbaik!

Sekarang ini semua varian dapat keyless entry. Kemudian ada juga blind spot monitor yang akan memberitahu anda jikalau ada kereta di belakang kereta anda pada ketika anda mahu memotong.

SPORT Mode

6) Walaupun ia adalah segmen B, tetapi kereta ini menawarkan sehingga 3 MODE iaitu ECO, NORMAL dan juga SPORT. Kami sendiri telah menguji paddle shift bersama-sama dengan mode SPORT, setakat 180km/j senang-senaang sahaja dapat. Puas hati!

Tak cukup dengan itu, ia menawarkan kamera 360 darjah. Yang mana ia bukan sahaja hanya boleh digunakan ketika parking tetapi juga boleh digunakan ketika anda sedang memandu untuk melihat apa yang ada disekeliling kereta anda sepanjang pemanduan di highway atau di kawasan bandar.

Nampaknya begitu banyak nilai tambah yang Toyota Malaysia tawarkan untuk versi kali ini. Berbaloi-baloi!

Promosi Harga Kereta Toyota Vios

Boleh semak samada harga vios baru sesuai dengan dengan anda atau tidak

VARIANHARGA
1.5 G (AT)RM87,300 RM86,132
1.5 E (AT)RM81,200 RM80,074
1.5 J (AT)RM77,200 RM76,101
Harga lebih murah di atas adalah hasil semakaan lebih kerajaan mengecualikan cukai baru-baru ini

Berapa Bayaran Bulanan Toyota Vios 2023

Anda bayar bayaran muka / deposit sebanyak 10 peratus, ini bayaran bulanan toyota vios baru

PERKARAPEMBAYARAN SEBULAN
1.5 G (AT)RM 912 sebulan
1.5 E (AT)RM 847 sebulan
1.5 J (AT)RM 805 sebulan
Contoh ini adalah melibatkan pinjaman kereta atau car loan selama tempoh 9 tahun pada kadar feadah bank 3 peratus yang ditawarkan sekarang

Jika anda pakai segmenB sekarang mahu upgrade ke segmen C boleh try dan cuba kereta honda civic yang baru

Kereta ini bukannya untuk pecutan, ia lebih kepada kereta keluarga untuk keselesaan. Kami mahu tanya anda pula, adakah kereta ini sesuai untuk anda?

P/S: Jom dapatkan kereta ini sementara harga toyota vios baru 2023 tengah ada diskaun.

xm malaysia

Untuk pastikan anda tidak terlepas walau satu Bantuan 2024 terkini dari kerajaan Malaysia dengan MUDAH & SENANG, join Telegram Bantuan Kerajaan Malaysia seperti yang tertera di bawah

Berita baik, ada tawaran hadiah GOLD BAR / TABLET PERCUMA untuk follower Telegram

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan MalaysiaTelegram Bantuan Kerajaan Malaysia