Harga Rumah 2023 di Malaysia: Terus Naik dan Punca Kenaikan

Apa punca kenaikan harga rumah 2023 di Malaysia naik lagi selepas ini

kenaikan harga rumah malaysia 2023

Saban tahun, pastinya ramai yang mengeluh dengan harga property malaysia hari ini yang dilihat tidak mampu milik khusus kepada rakyat Malaysia.

Kepada sesiapa yang mengharapkan agar harga untuk turun untuk unit baru yang dilancarkan atau rumah subsale, pasti hampir tiada kerana kebanyakan sekarang melihatkan trend naik pada ketika ini. Jikalau harga tidak berubah pasti keluasan rumah semakin mengecil, bumbung sudah tiada hanya slab semata dan lain-lain.

Ada memang ada untuk harga rumah turun tetapi mungin anda boleh dapat pada pasaran rumah lelong malaysia yang tidak semua mampu daripada segi modal dan ilmu hartanah untuk membelinya. Tidak mudah tetapi jika ada modal lebih dan ilmu tentang rumah lelong, insyaallah boleh dapat.

Hakikatnya, semenjak negara kita berjaya menempuh musibah COVID 19, kita boleh melihat sendiri pasaran hartanah di Malaysia kembali rancak. Permintaan agak memberangsang dan dalam masa yang sama trend memperlihatkan harga property malaysia semakin meningkat.

Pasaran Harga Rumah di Malaysia 2023

Berdasar kajian dari kalangan pakar, ini yang akan antara 12 bulan dan 24 yang akan datang:

BACA SINI >> Semakan cukai tanah 2023 dan Cara Bayar Online dengan pejabat tanah dan galian selangor

  • Harga rumah terkini di Malaysia dan juga kadar sewa akan naik untuk 12 hingga 24 bulan yang akan datang
  • Kadar harga dijangka akan naik sehinga 11.8 peratus di seluruh naik untuk tempoh 12 bulan dari sekarang.
  • Lonjakan tersebut akan naik ke paras 16.5 peratus untuk 24 bulan mendatang
  • Diharapkan anda semua lebih bersedia dengan lonjakan harga rumah di malaysia termasuk naik di Sarawak, kenaikan di Selangor, Kuala Lumpur Kl Sabah Sarawak Pulau Pinang Penang Kedah Perak Negeri Sembilan melaka Johor Pahang Terengganu dan Kelantan.
  • Sekarang, kita telah lihat sendiri ramalan sebelum ini yang mengatakan harga akan naik 2023 dan ia telah pun menjadi realiti.

BACA SINI >> Faizul Ridzuan: Nak Daftar Client FAR Capital Sdn Bhd Tapi Was2?

Sumber: https://www.thesundaily.my

BACA SINI >> cara isi borang 14a

Punca Harga Rumah Naik 2023

  • BACA SINI: Cidb login renew green card / kad hijau

Ada beberapa sebab, faktor dan punca yang sedang menyebabkan kenaikan untuk harga rumah malaysia. Antaranya ialah:

  1. Ekonomi Malaysia terus mencatatkan pertumbahan yang memberangsangkan
  2. Semakin ramai orang kaya di Malaysia terutamanya orang kaya baru yang lahir di zaman COVID 19 yang lalu ditambah dengan kalangan orang kaya sedia ada yang berjaya ‘kalis’ dan keluar dari zaman kemelesetan di zaman covid 19 dengan jayanya
  3. Disebabkan covid 19 juga jumlah pelancaran unit baru menjadi kurang di pasaran hartanah. Banyak pemaju dan kontraktor yang ‘tersungkur’ di tengah jalan tidak dapat meneruskan projek sedia. Banyak rumah terbengkalai. Akhirnya pilihan yang sedia menjadi kurang untuk kalangan pembeli hartanah di Malaysia.
  4. Tidak cukup dengan itu, gara gara COVID 19 & perang Ukraine Rusia juga telah menyebabkan rantaian sumber bahan, pengeluaran bahan binaan menjadi terbatas menyebabkan lonjakan harga bahan binaan seperti kenaikan harga logam, harga simen naik dan harga pasir naik. yang berlaku hari ini. Kos pembinaan menjadi meningkat.
  5. Jumlah kawasan strategik untuk dibangunkan untuk projek pada masa akan datang semakin berkurang
  6. Perang tarif antara dua kuasa besar dunia antara negara seperti Amerika Syarikat dan China masih lagi tidak berkesudahan dan turut memberikan impak dan kesan teruk kepada rantaian bekalan dunia
  7. Tidak lupa juga, perkembangan baru mengenai varian COVID 19 yang sudah kembali menganas termasuk di negara negara Eropah dan juga negara Jepun menyumbang kepada lonjakan dan kenaikan harga hartanah malaysia
  8. Inflasi di Malaysia yang terus naik sekarang sebenarnya menyumbang kepada perkadaran harga property di Malaysia naik
  9. Tidak lupa juga kenaikan gaji minimum turut membantu melonjakkan lagi harga yang ada pada hari ini.
  10. Margin keuntungan pemaju semakin berkurang yang mana akhirnya beban tersebut akan dipulangkan dan dialihkan kepada kalangan pembeli mereka
  11. Semakin ramai pelabur hartanah yang mampu membeli lebih banyak unit hartanah dan mempunyai kewangan yang lebih kukuh untuk mengekalkan unit tersebut walaupun di era kemelesetan ekonomi. Sekaligus sukar untuk melihatkan harga jatuh pada masa akan datang.

Berdasarkan rekod sebenarnya dalam keseuruhan kos projek sebenarnya 50 ke 60 peratus datangnya dari kos dan harga bahan binaan itu sendiri.

Jika kos bahan binaan naik sebagai contoh sebanyak 20 peratus, memang tidak boleh dielakkan harga untuk rumah kediaman di malaysia juga akan naik sekurang-kurangnya 10 peratus.

YouTube video

Adakah Harga Turun Pada Masa Akan Datang

Harga memang boleh turun tetapi hanya untuk sesetengah lokasi dan projek sahaja.

  1. Kawasan tersebut banyak rumah lelong
  2. Kawasan pembangunan hartanah tersebut tidak strategik memberikan persepsi buruk dan negetif kepada pembeli dan pelabur hartanah
  3. Unit rumah tersebut dibeli oleh kalangan yang mempunyai masalah kewangan untuk mengekalkan simpanan untuk tempoh yang lebih lama
  4. Kawasan tersebut mempunyai kadar jenayah yang tinggi yang boleh menyebabkan harga turun

Trend Harga Hartanah Malaysia 10 Tahun Akan Datang

Harga untuk 10 tahun akan datang dijangka akan terus meningkat naik. Dan pastinya akan lebih banyak saiz rumah kecil daripada biasa yang akan diperkenalkan.

  • Contohnya saiz rumah teres setingkat akan banyak ditawarkan 18 x 65 atau 18 x 60 berbanding keluasan 20×70 atau 22×70 seperti yang ditawarkan sekarang
  • Begitu juga pada masa akan datang keluasan saiz untuk semi D setingkat akan berkurang kepada 30 x 70 atau 30 x 65 berbanding 35 x 70 atau 40 x 80 seperti yang ditawarkan sekarang

Yang pastinya tidak kiralah harga banglo atau harga kondominium, teres, semi d, semuanya akan naik selepas ini. Diharapkan kerajaan hari ini dapat berbuat sesuatu sebelum keadaan menjadi lebih buruk pada masa akan datang.

Semua artikel di bawah ini sedang 'TRENDING', follower MYPT3 sedang rancak baca untuk dapatkan info berkaitan.


Untuk pastikan anda tidak terlepas walau satu Bantuan 2024 terkini dari kerajaan Malaysia dengan MUDAH & SENANG, join Telegram Bantuan Kerajaan Malaysia seperti yang tertera di bawah

Berita baik, ada tawaran hadiah GOLD BAR / TABLET PERCUMA untuk follower Telegram

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan Malaysiahttps://t.me/bantuankerajaanmalaysia