fbpx

Harga Proton Saga Baru 2020: City Vios Pun Kalah

Harga Proton Saga 2020 : City toyota vios Pun Kalah Dengan Model Ini

harga baru proton saga 2020

Ini dia boleh kami katakan satu kereta yang cukup ‘legend’ dan paling-paling IKONIK di Malaysia.

Siapa yang tidak kenal model kereta ini daripada zaman atuk kita sehinggakan ke generasi muda hari ini.

Nah, kereta Saga baru. Kami akan ceritakan dan kongsikan kepada anda, apa yang terbaru dan terkini ditawarkan oleh pihak Proton Malaysia untuk versi kali ini.

Kami akan kupas model kereta ini¬†daripada rekabentuk luaran, dalaman, prestasi, penggunaan minyak dan juga harga saga baru ini. Berbaloi atau tidak? Teruskan membaca….

10 Fakta Proton Saga Baru 2020

1) Kunci ada upgrade. Tiada lagi kunci konvensional sebelum ini. Sekarang ini boleh bukak bonet pakai smart key mereka. Semestinya cantik

2) Tampak kemasan lampu DRL (Day Running Light) dipasang pada semua varian. Terbaik!

3) Nampaknya Proton sudah tidak lagi terikut-ikut design daripada Honda, Toyota yang banyak menggunakan chrome yang tebal-tebal. Mereka ada DNA design mereka sendiri. Contohnya, grill infiniti wave, profil bumper. Nampak lebih gah

4) Sport rim 15 inci

5) Jikalau anda perasan, sudah tiada lagi emblem dan digantikkan dengan tulisan PROTON. Ala-ala macam Volvo bukan? Sudah tentu, sebab Geely juga adalah pemilik kepada jenama Volvo.

harga saga baru 2020
SUMBER: https://www.proton.com/en/find-a-car/saga

6) Untuk bahagian belakang, untuk versi kali ini dipertingkasan kemasan dan rekabentuk termasuk meletakkan fake air vent, lip spoiler dan juga horizontal line di bahagian bawah. Mantap!

7) Bahagian kabin, ada floating touch screen. Saiz besar lagi, 7 inci. Ada reverse kamera. Nampak kemas design.

8) Untuk enjin pula, Proton tidak pakai lagi gearbox CVT yang akan problem jikalau pemanduan di kawasan bandar. Ada masalah jikalau hanya tekan minyak sikit atau terlebih. Yang mana sekarang ini mereka gunakan gearbox automatic 4 speed yang dihasilkan Hyundai.

9) Tidak boleh dinafikan layan corner untuk kereta Proton termasuk model kereta ini jauh lebih baik berbanding model kereta Perodua.

10) Daripada segi pecutan masih ada lag. tetapi jikalau pakai gerbox CVT dahulu lagi teruk lag. Tetapi kereta ini pun bukannya direkabantuk untuk memecut.

Cuma apa yang kami kurang minat adalah tombol aircond masih lagi nampak kuno dan murah. Please Proton, upgrade untuk versi akan datang.

Lagi baik, jikalau letakkan sekali leather wrap pada stereng kereta.

Berbaloi Harga Saga Baru

Berdasarkan pemanduan yang telah kami lakukan, untuk satu liter minyak RON95 kami dapat sekitar 16.5 km untuk pemanduan di lebuhraya. Not bad.

Manakala di kawasan bandar kami dapat sekitar 15.7km.

Bertambah baik berbanding penggunaan gearbox untuk versi sebelum ini.

Jikalau and bandingkan antara model ini untuk varian Premium dengan perodua Bezza (full spec), beza sehingga sehingga RM8,000 lebih untuk kereta segmen A.

Bagai kami harga Saga lebih berbaloi-baloi terutamanya untuk kalangan yang sudah berkeluarga bagi pembelian kereta pertama.

VARIANHARGA + Insurance
Standard MTRM33,954 RM32,400
Standard ATRM37,037 RM35,300
Premium ATRM41,500 RM39,300

Nampaknya pihak Proton Malaysia telah belajar kesilapan-kesilapan yang dilakukan oleh mereka selama bertahun-tahun lama mengabaikan kemahuan pengguna mereka, dan akhirnya bergerak pantas untuk cepat memperbaiki sekaligus meningkatkan kembali keyakinan pasaran automotif Malaysia

Scroll to Top