Harga Perodua Myvi Baru 2023 Price Malaysia

Berapa Harga Perodua Myvi baru 2023 price di Malaysia dan bayaran bulanan? Ikuti Review kereta anak muda ini

harga perodua myvi baru 2023 price dan bayaran bulanan

Pada tahun 2005, pihak Perodua Malaysia telah melancarkan model terbaru dan terkini mereka pada masa itu yang dikenali dengan Produa myvi. Setakat ini sudah lebih sejuta unit terjual. Sehingga diangkat sebagai model paling laris dan laku sepanjang sejarah automotif Malaysia

Memang ramai yang suka model ini, termasuklah golongan wanita. 12 tahun kemudian, mereka menjadi lagenda dengan wajah yang baru. Tetapi rekod kereta paling jimat minyak masih Perodua Bezza. Semak di sini harga perodua bezza

Pandang pertama, cantik juga model kereta ini. Cukup berubah. Dahulu, nampak kotak yang besar, sekarang sudah jadi slim pula. Untuk pengetahuan semua, model Perodua Myvi baru ini direkabentuk 100 peratus di Malaysia.

Apa yang mereka ambil adalah platform yang asal dan mereka lebarkan dan panjangkan. Ketua rekabentuk adalah dari Sungai Petani Kedah dan ketua jurutera Perodua adalah dari Gombak Selangor.

7 Fakta Harga Perodua Myvi 2023 Baru

1) Rekabantuk

Design dan rekabentuk kali sudah berubah.

Lebih cantik, slim dan sporty pada pendapat kami, sesuai dengan citarasa orang muda hari ini. Daripada berbentuk bulat pada mula-mula dilancarkan dahulu.

Lampu dan highbeam menggunakan LED sepenuhnya. Sukar mendapatkan kereta mampu milik full LED, nah inilah dia.

Biasanya untuk dapat yang macam ini, mesti RM100 ribu ke atas, tetapi realitinya harga kereta myvi baru masih lagi mampu milik.

Model ini kali ini begitu cantik terletaknya kemasan chrome.

harga bayaran bulanan kereta perodua myvi baru
Sumber: http://www.perodua.com.my/ourcars/myvi

2) Keyless

Model kali ini didatangkan dengan smart entry. Jadi, anda sudah tidak perlu lagi pakai kunci konvensional seperti sebelum ini.

3) Ruang Dalam Agak Luas

Jikalau anda perhatikan rebentuk luaran model ini, anda pasti tidak percaya bahagian dalam kereta ini agak luas.

Rahsianya terletak pada rekabentuk dashbordnya yang membolehkan bahagian hadapan ada ruang lebih dibahagian kaki.

Satu lagi rahsianya adalah mereka telah pendekkan panjang tempat duduk kereta Perodua Myvi terbaru ini.

Di mana kebaikkannya adalah anda dapat ruang kaki yang lebih luas tetapi kaki anda tidak disokong sepenuhnya oleh tempat duduk. Anda rasailah sendiri pengalamannya.

4) Built In Touch N Go Reader

Kereta ini, pihak Perodua Malaysia berikan sekali apa yang dipanggil “TOLL READER” macam smart tag.

Ada tempat untuk anda letakkan kad touch n go anda. Siap boleh check baki touch n go anda sekali. Fungsi ini sangat-sangat berguna. Terbaik!

5) Praktikal Dan Kemasan

Perodua sedar model kereta ini, golongan wanita yang suka. Jadi mereka letakkan fungsi yang berguna untuk golongan wanita ketika memandu seperti penyangkut beg tangan atau handbag holder dan juga ada poket di bahagian kerusi untuk golongan muda meletakkan smartphone masing-masing.

Bagi kami, Perodua Malaysia bijak menawan hati bakal pembeli mereka yang rata-rata golongan muda dan wanita yang mana mereka turut menggunakan leather wrap pada stereng.

Ia bagi membolehkan pemandu meresa selesa ketika memandu ditambah ruang dalam yang agak luas.

Promosi Diskaun Harga

Di bawah ini adalah harga baru Perodua Myvi selepas kerajaan Malaysia bagi pengecualian cukai cukai 100 peratus untuk kereta CKD pasca COVID 19

VARIANBUTIRANNYA
1.3 G (MT)RM42,790 RM41,292
1.3 G (AT)RM44,590 RM43,029
1.3 X (AT)RM46,590 RM44,959
1.5 H (AT)RM50,290 RM48,530
1.5 AV (AT)RM54,090 RM52,197

6) Prestasi

Untuk point yang ke 6, model kereta ini didatangkan dengan enjin 1.5L dan 1.3L. Kami ada cuba bawa varian 1.5L. Pickup sangat memuaskan dengan 136Nm torque. Ini adalah enjin yang sama dengan Toyota Vios.

Enjin agak bising sedikit sehingga kedengaran jelas di bahagian kabin apabila kami tekan minyak lebih sedikit.

Dan apabila RPM sudah melepasi 3000 lebih sudah mula rasa kurang pickup.

Daripada sudut handling pula, not bad. Masih ada lagi body roll. Cuma lebih baik daripada versi bulat sebelum ini. tetapi masih kurangkan dibandingkan model kereta Proton.

7) Penggunaan Minyak

Untuk pemanduan kami dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru di laluan lebuhraya, untuk satu liter, kami dapat sekitar 17.6KM untuk kelajuan sekitar 100km/j. Boleh tahan jimat juga.

Berapa Bayaran Bulanan Perodua untuk model Myvi tahun 2023

Ini contoh bayaran bulanan berdasar harga myvi baru jika anda buat bayaran muka / deposit sebanyak 10 peratus

PERKARAPEMBAYARAN SEBULAN
1.3 G (MT)RM437
1.3 G (AT)RM455
1.3 X (AT)RM472
1.5 H (AT)RM 514
1.5 AV (AT)RM 552
Contoh ini adalah melibatkan pinjaman kereta atau car loan selama tempoh 9 tahun pada kadar faedah / interest bank 3 peratus yang ditawarkan sekarang

P/S :Satu perkara kalau boleh kami highlight di sini, jikalau Perodua Malaysia benar-benar mahu cut cost pada masa akan datang, boleh pertimbangkan untuk buang “ECO IDLE”. Katanya boleh jimatkan minyak.

Hakikatnya, tidak jimat banyak mana pun. Malah, boleh menyebabkan anda terpaksa membayar harga yang lebih untuk menggantikan bateri kereta terbaik yang baru dek kerana penggunaan “ECO IDLE” ini boleh menyebabkan kereta kerap berhenti.

Sebenarnya tidak ramai yang guna fungsi ini pun.

PP/S: Jom rebut peluang ini dengan tawaran harga perodua baru ini yang cukup menarik sekarang ini

xm malaysia

Untuk pastikan anda tidak terlepas walau satu Bantuan 2024 terkini dari kerajaan Malaysia dengan MUDAH & SENANG, join Telegram Bantuan Kerajaan Malaysia seperti yang tertera di bawah

Berita baik, ada tawaran hadiah GOLD BAR / TABLET PERCUMA untuk follower Telegram

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan Malaysiahttps://t.me/bantuankerajaanmalaysia