All New Harga Perodua Axia baru 2023 untuk kereta baru : Raja Segmen A di Malaysia?
Nampaknya perang antara Proton dan Perodua tidak akan berkesudahan. Masing-masing mahu segera bangkit meningkatkan saiz pasaran masing-masing di dalam industri automatif di Malaysia.
Tak lama selepas proton mengumumankan harga proton saga yang baru, kini Perodua tidak menunggu terlalu lama untuk mengeluarkan ‘buah tangan” mereka yang terbaru dengan mengumumkan harga Perodua Axia 2023.
Maisng-masing samada dari Perodua atau Proton mahu menarik seberapa ramai pelanggan baru mereka untuk kereta segmen A. Biarkan mereka berlawan, biarkan mereka bersaing. Akhirnya anda sebagai pengguna mempunyai pilihan terbaik untuk memilih. Terbaik.
Nah, untuk artikel kali ini kami akan berkongsi apa yang menariknya disebalik senjata baru Perodua Malaysia. Selain itu, semak juga tawaran harga tesla di malaysia
10 Fakta Harga Perodua Axia Baru 2023
Seperti yang anda dapat lihat pada gambar di atas dan gambar di bawah ini, inilah dia model terbaru Perodua yang mana menawarkan sehingga 5 varian untuk anda semak dan pilih.
- BACA SINI >> Harga alza baru
- BACA SINI >> Harga perodua bezza 2023 price malaysia
- BACA SINI >> harga honda city 2023 price malaysia
Kami telah memilh untuk memandu uji (test drive) varian Style untuk berkongsi pemanduan kepada anda semua. Enjoy
- Anda boleh lihat sendiri rekebentuk baru model baru ini kelihatan seperti mini crossover dengan penggunaan dua tona warna. Nampak bentuknya lebih gah. Antara bahagian jalan dengan body kelihatan lebih tinggi
- Menggunakan sport rim 15 inci
- Side mirror pun menggunakan warna gloss black. Cantik.
- Ada smart entry. Tak perlu susah-susah seluk kunci setiap kali mahu buka dan tutup pintu
- Ada spoiler di bahagian cermin belakang. Menarik
- Untuk bahagian dalam pula, di konsol tengah tampak ada perubahan berbanding versi sebelum ini. Kami katakan lebih kemas dan cantik!
- Jangan main-main varian ini ada push start button
- Varian ini ada kelengkapan keselamatan seperti Adavance Safety Assist(ASA) dan Traction Control yang boleh anda on off. Untuk yang tidak tahu ASA itu apa? Dalam bahasa mudahnya ialah apabila ada orang dihadapan anda, anda tak sempat untuk tekan brek, sistem ASA akan berhenti kereta untuk anda. Penting bukan fungsi ini?
- Cuma Kami ada kecewa sedikit apabila tempat duduknya tidak dilengkapi dengan ‘leather seat’
- Di bahagian belakang pula, kami terkejut. Agak luas juga ruang yang ada dibandingkan dengan saiz luaran yang boleh kami katakan agak mini. Cuma apa kami sandarkan pada tempat duduk belakang, agak tidak selesa juga dengan kedudukannya yang agak menegak
Untuk apa yang kami rasa semasa test drive Perodua Axia boleh terus baca di bahagian bawah ini
Test Drive

Nod bad sebenarnya daripada segi pickup dan pecutan. Ada mengaum sedikit ketika menekan minyak. Tetapi seperti yang kita sudah maklum, kereta ini bukan dibangunkan untuk pecutan pun.
Sesuai dengan pemanduan santai di bandar, jikalau harga minyak petrol terkini tinggi pun tak risau kerana jimat minyak, nak parking senang, pergi pasar, ambil dan hantar anak ke sekolah.
Jikalau itu yang anda mahukan, model ini adalah yang terbaik untuk anda sesuai dengan tawaran harga axia untuk anda.
Kami sudah cuba daripada sudut fuel consumption (penggunaan minyak). Bawa di kawasan bandar seharian, kami dapat sekitar 21.2km untuk setiap liter minyak. Jimat bukan?
Promosi Diskaun Harga Axia Baru 2023
VARIAN | HARGA |
---|---|
Harga Perodua Axia Varian 1.0L Standard E (MT) | |
Varian 1.0L G (AT) | |
Varian 1.0L GXtra (AT) | |
Harga Perodua Axia Varian 1.0L STYLE (AT) | |
Varian 1.0L SE Auto Transmission (AT) | |
Harga Perodua Axia Varian 1.0L Advance Auto Transmission (AT) |

Bayaran Bulanan Perodua Axia 2023
Ini contoh harga bayaran bulanan tanpa bayaran muka kereta perodua axia.
Jika ada bayaran deposit, ia jauh lebih murah pada setiap bulan
PERKARA | PEMBAYARAN SEBULAN |
---|---|
Varian 1.0L Standard E (MT) | RM298 |
Varian 1.0L G (AT) | RM413 |
Varian 1.0L GXtra (AT) | RM432 |
Varian 1.0L STYLE (AT) | RM480 |
Varian 1.0L SE Auto Transmission (AT) | RM480 |
Varian 1.0L Advance Auto Transmission (AT) | RM532 |
Bagaimana? Tertarik dengan model kereta ini dibandingkan dengan tawaran harga perodua axia untuk kali ini?