Harga Renew Passport Malaysia: Cara Buat Online

Berapa Harga untuk buat dan renew Passport Malaysia Baru 2020, semak gambar berukuran pasport malaysia serta denda hilang kali pertama Rm400 hingga RM1200

harga buat dan renew passport malaysia online

Dahulu untuk pergi ke luar negara, adalah boleh dikatakan hampir mustahil. Dengan kos penerbangan yang mahal menyebabkan peluang rakyat Malaysia bercuti ke luar negara hanyalah impian semata-mata.

Bercuti ke luar negara seringkali dikaitkan hanya untuk golongan kaya sahaja. Sehinggalah adanya air asia promo kemudian Malindo Air dan banyak lagi syarikat tambang murah yang menawarkan harga tiket flight yang mampu milik untuk rakyat Malaysia keluar negara.

Begitu juga harga passport Malaysia. Dahulu mahal sekarang harga sudah turun dan semakin turun harga.

Terkini Jabatan Imigresen Malaysia telah membuat tawaran yang cukup menarik apabila menawarkan harga buat passport online yang baru dengan hanya serendah RM200 sahaja.

Berapa Harga Renew Passport Malaysia

Dan passport anda akan aktif selama tempoh 5 tahun lamanya. Menarik bukan?

  • Harga lama : RM300
  • Harga baru untuk umur 13 tahun hingga 59 tahun : RM200
  • Harga untuk warga emas 60 tahun ke atas : Rm100
  • Harga untuk jemaah haji : Rm100
  • Harga untuk kanak kanak 12 tahun dan ke bawah : Rm100
  • Harga untuk OKU (Orang Kelainan UPaya) : PERCUMA dan FREE

Kos Harga Passport Hilang Kali Pertama 2020

Anda akan dikenakan denda passport hilang yang tinggi berdasarkan kadar yang diumum Jabatan Imigresen Malaysia baru baru ini seperti pada jadual di bawah ini :

KATEGORIKali PertamaKali KeduaKali Ketiga
Semua orangRM400RM700RM1200
Bawah 12 tahun @ umur 21 tahun belajar di luar negaraRM300RM600RM1100

harga passport hilang kali pertama 2020

1) Anda boleh pergi ke mana cawangan Jabatan Imigresen Malaysia di UTC yang berhampiran dengan anda. Ada di setiap negeri. Ada Selangor, Putrajaya, Kuala Lumpur, Melaka, Selangor, Perak, Sarawak, Sabah, Perlis, Pulau Pinang, Pahang, Kedah, Terengganu, Kelantan, Johor.

2) Antara dokumen untuk buat baru yang perlu anda bawa bersama di Pejabat Imigresen adalah semestinya kad pengenalan anda. Itu sahaja.

Tidak perlu bawa gambar passport bersama.

Ini kerana kakitangan Imigresen yang akan ambil gambar anda menggunakan kamera canggih mereka yang diintegarasikan dengan sistem mereka

3) Jikalau anda mahu renew secara online, boleh buat menggunakan sistem Myonline Pasport. Pautannya di bawah. sangat mudah.

Hantar permohonan secara online, buat bayaran secara online. dan boleh ambil pasport malaysia anda di cawangan Imigresen yang tersenarai dalam sistem online tersebut

PerkaraButirannya
Permohonan pembaharuan pasport malaysia secara onlinehttps://eservices.imi.gov.my/myimms/myPassport

P/S : Berdasarkan ranking, pasport negara kita diletakkan antara yang berpengaruh di dunia kerana boleh masuk lebih 180 buah negara di dunia. Hebat bukan?

PP/S : Jikalau boleh berhati hati. Jangan biar passport hilang. Ini kerana jumlah denda dan penalti yang dikenakan terhadap anda cukup tinggi iaitu antara RM400 (hilang kali pertama), RM700 (hilang kali kedua) dan Rm1200 (hilang kali ketiga dan seterusnya)

PPP/S : Untuk pengetahuan anda tiada caj ke sabah ataupun caj harga ke sarawak.

Untuk yang mahu melancong atau pergi ke Sabah atau Sarawak, anda akan diberikan dokumen di balai ketibaan airport Sabah atau Airport Sarawak. Ia membolehkan anda tinggal di Sabah dan Sarawak tidak lebih 3 bulan lamanya.

PPPP/S : Untuk anda yang bekerja di Brunei, harga passport Brunei dikenakan caj serendah 5 tahun (sah selama 5 tahun maksimum)